Lihat dari jauh penampilan sangat segak dan kacak. Rambut panjang yang kemas dibuai angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Namun apabila berada dekat dengannya terpaksa menutup hidung kerana bau busuk yang datang dari kepala.
Memang agak sayang bukan. Wajah elok dan kacak tapi rambut pula bermasalah dan ada bau kurang enak. Ramai lelaki tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah ini. Apa tidaknya mereka sudah terbiasa dengan bau yang ada pada diri sendiri.
Masalah rambut dan kulit kepala berbau sebenarnya cukup sinonim dan bukanlah perkara berlaku di kalangan lelaki. Jika dibiarkan berlarutan ia boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja dari segi keyakinan diri malah hubungan dengan orang lain.
Bagi mengatasi masalah ini kita terlebih dahulu perlu kenal pasti apakah punca rambut dan kulit kepala jadi berbau.
Boleh dikatakan punca utama rambut berbau adalah disebabkan peluh yang keluar dari kulit kepala. Apabila melakukan aktiviti aktif seperti senaman anda akan mengeluarkan peluh dengan baik. Jika tidak dicuci dengan baik atau secara konsisten ia akan meninggalkan bau busuk dalam masa beberapa hari.
Teknik cucian yang tidak betul juga boleh menyababkan rambut dan kulit kepala menjadi berbau. Apatah lagi jika tidak melakukan cucian dalam tempoh beberapa hari secara berturut.
Cucian rambut yang ditinggalkan selama beberapa hari boleh menyebabkan minyak berkumpul di atas kulit kepala dan rambut. Dan itulah punca mengapa ia mengeluarkan bau busuk.
Faktor pemakanan juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah ini. Jika anda memakan makanan yang mempunyai elemen bau yang kuat seperti bawang putih, kulit kepala akan memberikan reaksi terhadapnya.
Pengambilan yang banyak akan menyebabkan kulit kepala mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Selain faktor dalamam faktor luaran juga boleh menjadi punca kepada masalah ini. Apabila terdedah kepada pencemaran alam sekitar ia boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala memberikan reaksi kurang baik.
Elemen pencemaran dalam udara bercampur dengan sebum dan minyak di kulit kepala menyebabkan bau tengik dan tidak enak terjadi.
Jika anda selalu stres ia boleh menyababkan kulit kepala anda berpeluh dan mengeluarkan minyak berlebihan. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kegatalan kulit kepala!
Berfesyen biarlah kena dengan tempat dan masa. Jika selalu memakai topi bukalah sekali-sekala. Ini merupakan antara punca uatama lelaki mempunyai rambut dan kulit kepala berbau.
Setiap individu mempunyai jenis kulit kepada tersendiri. Bagi anda yang berdepan masalah kelemumur yang banyak mungkin turut berdepan masalah ini. Rawatlah dengan menggunakan syampu dan juga tonik sesuai untuk rambut.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini lebih mantap!