Image by jcomp on Freepik

Amat tidak enak bila berada dalam kereta yang dipasang penghawa dingin tetapi sepanjang masa ada bau yang tidak menyenangkan.

Apabila penghawa dingin ditutup bau tersebut pula boleh hilang. Maka anda pun menggaru kepala tanda kebingungan dari mana puncanya bau busuk apabila ia dipasang.

Lebih memburukkan keadaan lagi cuaca di negara kita yang sering panas dan hujan bersilih ganti. Itu juga memainkan peranan membuatkan masalah ini menjadi lebih teruk.

Usah pandang rendah dengan masalah ini kerena bau busuk boleh menyebabkan kita tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika memandu. Bila tak fokus maka terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.

Punca Penghawa Dingin Kereta Berbau, Salah Satu Puncanya ‘Gas Aircond’ Sudah Habis
Image by stefamerpik on Freepik

Jadi apakah punca yang menyebabkan aircond kereta mengeluarkan bau kurang menyenangkan? Besar kemungkinan ia tiada kaitan dengan komponen penghawa dingin pun!

Berikut MASKULIN kongsikan beverapa punca utama mengapa masalah ini boleh berlaku.

IKLAN

PELAPIK KAKI & SEAT LEMBAP

Perkara basic yang boleh menyebabkan aircond berbau apabila digunakan. Kondisi pelapik kaki atau karpet kereta dan tempat duduk yang lembap boleh menyebabkan ada bau yang sangat tidak menyenangkan.

Oleh itu jangan amalkan minum di dalam kereta dan hadkan aktviti seperti itu. Jika berlaku tumpahan dan tidak dikeringkan dengan cepat, ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta anda.

AIRCOND FILTER KOTOR

Cuci air filter atau penapis atau filter dari semasa ke semasa. Jika tidak dibersihkan dalam jangka masa yang lama, debu yang terkumpul dan melekat boleh jadi punca aircond ada bau tak best.

IKLAN

KOTORAN DI EVAPORATOR

Di komponen inilah biasanya menjadi lokasi kegemaran untuk kulat tumbuh. Ini kerana permukaan evaporator sering berada dalam kondisi lembap ketika aircond dihidupkan. Lalu menyebabkan kulat dapat tumbuh dengan mudah.

Pembentukan kulat di evaporator akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Dan bau ini akan memasuki ke dalam ruang kereta anda ketika aircond pertama kalinya dihidupkan.

Punca Penghawa Dingin Kereta Berbau, Salah Satu Puncanya ‘Gas Aircond’ Sudah Habis
Image by senivpetro on Freepik

PEWANGI KERETA

Ya, penggunaan pewangi kereta yang terlalu banyak atau jenis bau pelik boleh jadi salah satu punca. Jika anda menggunakan secara berlebihan, ia akan menyebabkan bahan kimia di dalam minyak wangi itu melekat pada permukaan kereta. Apabila terbiar lama ia akan berubah jadi bau busuk.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Cara Terbaik Elak Tayar Botak Dengan Cepat, Jaga Tekanan Udara & Pam Ikut Cara Betul

GAS AIRCOND HABIS

Selain kurang berasa sejuk, salah satu petanda gas aircond anda semakin kurang atau telah habis ialah apabila ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Jadi jika ada bau, periksalah kandungan gas aircond sekali ya.

Jadi untuk mengelakkan perkara di atas berlaku, lakukan servis dan pemeriksaan secara berkala. Andai aircond mula ada bau kurang baik, usah biarkan ia berlanjutan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

Subscribe YouTube MASKULIN ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI