Kalau anda perasan kaum lelaki lebih cenderung untuk tumbuh uban pada peringkat usia lebih awal. Adakah ia disebabkan oleh peningkatan usia atau hormon semata?
Bagi MASKULIN, uban itu mewakili satu boleh menjadi anjakan pemangkin perubahan identiti seorang lelaki untuk lebih matang. Malah tak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa uban juga adalah simbol maskuliniti.
Jadi apakah yang menyebabkan uban tumbuh di atas kepada anda? Ini 10 sebab berbeza mengala ia boleh berlaku.
1. Stres
Boleh Jadi Punca UtamaPernah tak dengar orang kata “Banyak uban ni sebab banyak berfikir”. Ya… terbuktilah bahawa tekanan jiwa sedikit sebanyak menyumbang pada masalah rambut beruban. Selain uban, stres juga bisa menyebabkan rambut rontok dan gugur.
2. Keturunan
Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga bisa terjadoi andainya kamu mewarisi genetik yang cepat beruban daripada waris dan ahli kelurga kamu. Jika kedua ibu bapa mu jenis orang yang lekas beruban dahulu, maka kamu turut berisiko masalah rambut beruban sebelum waktunya.
Ads
3. Haba Dari Alatan Elektronik Rambut
Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menyumbang masalah rambut beruban awal.Jika selalu digunakan terhadap rambut, rambut jadi lemah dan rapuh,. Suhu panas turut menganggu penghasilan melanin lalu, lekas beruban.
4. Mewarna Rambut
Rambut berwarna memang nampak cantik tetapi hakikatnya, pewarna boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih.
5. Merokok
Ads
Sebuah kajian yang pernah diterbit hasil J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban (cepat beruban).
6. Makanan Segera
Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan jajan akan merosakkan kesejahteraan tubuh bahkan, dalam masa yang sama, ia akan memberi efek negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut. Hasilnya rambut menjadi putih.
7. Kurang Asid Folik & Zat Besi
Ads
Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjeas pertumbuhan rambut baru yang sihat.8. Kerap Cuci RambutSerius ke? Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu. Justeru pilihlah syampu yang bebas bahan kimia kerana bahan kimialah yang boleh menyebabkan rambut beruban cepat.
8. Kerap Cuci Rambut
Serius ke? Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu. Justeru pilihlah syampu yang bebas bahan kimia kerana bahan kimialah yang boleh menyebabkan rambut beruban cepat.
9. Diet Tak Seimbang
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
10. Kurang vitamin B12 dan zat besi
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melihat janggut lelaki dari sudut pandangan biasa, ia adalah sesuatu yang normal dan langsung tidak mencetuskan apa-apa ‘rasa’.
Tetapi menerusi beberapa laman sosial hari ini, telah mula satu trend baharu yang dilakukan oleh lelaki iaitu mengambil gambar janggut apabila sedang mendongak.
Kedengarannya agak pelik namun itulah.. kita sendiri tak pernah terfikir bagaimana rupa janggut kita dari sudut pandangan bawah.
Berdasarkan gambar yang Maskulin kongsikan ini, penulis sendiri pun tergelak sendirian melihat ‘wajah-wajah dagu’ yang cukup aneh ini.
Nak tengok? Semuanya ada di dalam entri :
Nombor 1
Nombor 2
Nombor 3
Nombor 4
Nombor 5
Nombor 6
Nombor 7
Nombor 8
Nombor 9
Nombor 10
Nombor 11
Nombor 12
Nombor 13
Nombor 14
Nombor 15
Nombor 16
Nombor 17
Nombor 18
Nombor 19
Hahaha.. macam mana? Terhibur? Dalam banyak-banyak gambar janggut ini, yang mana satu hampir serupa dengan janggut anda? Kongsikan bersama Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zaman sekarang boleh dikatakan produk penjagaan wajah lelaki memang sudah tidak kalah dengan produk untuk wanita.
Dengan lambakan produk yang ada di pasaran pastinya ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan kulit anda. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi bagaimanakah kita nak kenal pasti sama ada produk itu bersesuaian dengan kulit atau tak?
Dan nasihat MASKULIN, janganlah percaya sangat dengan pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Jika menggunakan produk yang tak betul anda mungkin alami gejala seperti di bawah:
Terasa panas
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda.
Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Kering & kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kuit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu.
Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
Lebih sensitif
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu. Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit menggelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gara-gara nak pentingkan imej, jangan sampai anda abaikan cara basuh rambut yang betul. Tak guna ada potongan rambut terkini tapi anda masih salah basuh rambut sehingga menyebabkan ia mudah gugur, rosak dan berbau.
Sebenarnya rutin basuh rambut lelaki sama pentingnya dengan basuh rambut wanita. Jika anda inginkan rambut yang sihat, kuat dan wangi, pastikan anda basuh rambut ikut 7 cara ini.
1. Basuh seminggu 2-3 kali sahaja
Selalunya setiap kali mandi, lelaki akan mencuci rambut. Tahukah anda, amalan mencuci rambut setiap hari adalah salah. Sebaiknya basuhlah rambut anda dua atau tiga kali seminggu. Selang-selikan penggunaan syampu yang anda biasa pakai dengan perapi untuk melebatkan rambut bagi tujuan mengekalkan minyak semula jadi pada rambut anda.
2. Tiada mitos basuh rambut dua kali
Anda pasti pernah dengar mitos mengatakan rambut akan lebih bersih jika disyampu dua kali. Jangan tertipu dengan mitos yang menyuruhkan rambut dicuci, dibilas dan diulangi sekali lagi. Mencuci rambut sekali sahaja sudah mencukupi. Yang penting, gunakan syampu dan perapi yang sesuaian dengan jenis rambut anda.
3. Guna jumlah syampu ikut kepanjangan rambut
Tidak perlulah anda gunakan syampu yang banyak ketika mencuci rambut, cukup hanya menuang syampu di tapak tangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan rambut. Paling penting, tumpukan pada bahagian akar rambut. Urut secara lembut menggunakan hujung jari sehingga berbuih dan gunakan air untuk meratakannya. Ini bagi memastikan akar rambut anda bersih daripada kekotoran. Biarkan seminit dua agar syampu meresap di dalam rambut. Kemudian, cucilah rambut dengan air bersuhu suam.
4. Basuh dengan air suam
Elak mencuci rambut dengan air yang terlalu panas kerana akar rambut akan mudah terbuka sehingga menyebabkan rambut bercabang, mudah gugur, kering dan rosak. Sebaiknya gunakan air bersuhu suam untuk membasuh dan merapikan rambut. Kemudian, basuhkan dengan air bersuhu rendah untuk menutup folikel rambut anda dan memberikannya sinar.
5. Gosok rambut dengan lembut
Rambut yang basah masih lagi lemah dan terdedah kepada kerosakan. Gara-gara nak cepat kering, anda selalu menggosok rambut dengan tuala secara kasar. Elak buat perkara macam tu kerana ia akan merosakkan rambut. Sebaiknya gunakan tuala daripada kain kapas. Tekapkan rambut yang basah secara perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan pada kulit kepala.
6. Pakai syampu yang sama
Setelah habis syampu, gunakan semula syampu daripada jenama yang sama. Jika anda asyik bertukar syampu, rambut anda tidak akan konsisten dan mudah rosak.
7. Lindungi rambut dengan ‘hair mask’
Bagi menggantikan peranan perapi rambut, anda juga boleh gunakan ‘masker rambut’ untuk perlindungan dan hidrasi. Jika anda miliki rambut kasar, ratakannya ke seluruh bahagian kepala. Namun jika rambut anda lembut, tumpukan hanya pada bahagian hujung rambut saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.