Mesti anda tertanya-tanya, kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat berbeza-beza kan? Ada jerawat timbul di hidung, muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain. Sebenarnya jerawat yang naik di tempat berbeza-beza ini ada maksud mengenai tahap kesihatan badan kita.
Jom ketahui 6 maksud di sebalik tumbuhnya jerawat ini.
Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan zon T ini disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan berlakunya ‘breakout’.
Cara mengatasinya: Kurangkan pemakanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan cuba elak makanan yang membuatkan anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.
2. Jerawat di garis rambut
Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat. Sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.
Ads
Cara mengatasinya: Hindari penggunaan produk rawatan rambut secara berlebihan dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat. Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Lakukan secara perlahan dan lembut agar tidak berlakunya iritasi. Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di kawasan tersebut untuk rawatan ekstra.
Ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak sehingga menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Kesannya menyebabkan kulit berjerawat.
Cara mengatasinya: Seminggu sebelum datang bulan, gunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ dengan kandungan benzoyl peroxide secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum timbul jerawat.
Ads
4. Jerawat di pipi
Tangan anda mempunyai banyak kekotoran. Jerawat di bahagian ini mudah terjadi apabila anda sering menyentuh permukaan wajah dengan tangan yang tak bersih. Bukan itu sahaja, ia juga disebabkan oleh suhu badan panas dan sarung bantal tidur yang kotor.
Cara mengatasi: Pastikan anda membersihkan tangan sebelum menyentuh permukaan wajah. Ambillah makanan yang boleh menyejukkan badan dan jangan lupa minum banyak air masak. Pastikan sarung bantal anda bersih dan basuh secara kerap untuk menghilangkan debu dan kekotoran.
Jerawat di sekitar bahagian mulut ini berkait rapat dengan diet anda. Sisa daripada pengambilan banyak makanan berasid seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit di sekitar kawasan ini. Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga disebabkan oleh masalah penghadaman.
Cara mengatasi: Setiap sahaja anda sudah makan, gunakan tisu basah untuk mengelap sekitar mulut dan membuang semua sisa makanan yang melekat.
6. Jerawat di dada atau belakang badan
Ia sering dialami oleh wanita yang ada masalah dengan pakaian atau baju dalam yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat mudah tumbuh di kawasan yang lembap. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan mudah ditumbuhi jerawat.
Cara mengatasi: Guna pakaian yang menyerap peluh sama ada ketika bersukan ataupun membuat aktiviti luar. Selain itu, kawal pemakanan misalnya makan oat kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko jerawat tumbuh di bahagian ini. Anda juga boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit. Jika kulit anda terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.
Bisul selalunya terjadi bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar.
Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Bisul boleh timbul pada mana-mana bahagian tubuh tetapi yang kerap muncul adalah di muka, leher, ketiak, punggung atau paha termasuk kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel.
Namun awas! Bisul ini tidak boleh dipecahkan dengan cara mencucuknya menggunakan jarum kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria.
Cara yang lain, anda boleh buat dengan menggunakan 8 tip ini :
1. Tuam dengan tuala panas
Ambil tuala bersih dan rendamkannya dalam air panas. Kemudian perah dan tuam pada bahagian yang tumbuh bisul di antara lima hingga 10 minit. Lakukan sebanyak tiga atau empat kali sehari. Kaedah tuaman ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.
2. Cuci dengan sabun antibakteria
Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.
3. Sapu krim antibakteria
Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap. Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.
4. Jaga kebersihan diri
Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.
5. Rawat luka dengan segera
Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.
6. Elak duduk terlalu lama
Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.
7. Jangan kongsi tuala
Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda boleh miliki kulit bersih dan bebas jerawat jika anda amalkan rutin penjagaan wajah yang betul. Ramai lelaki menganggap mereka tidak perlu menjaga wajah seperti wanita.
Sudah memadai dengan mencuci wajah dengan air. Sama sekali salah kerana kulit anda juga perlu sihat dan kekal bersih agar bebas jerawat.
Bagi menjaga kulit, pastikan anda amalkan 4 rutin mudah ini. Nak kulit bersih dan cantik, yang penting anda jangan malas!
1. Pilih pencuci muka ikut jenis kulit
Jangan gunakan sabun badan untuk mencuci muka kerana ia boleh mengeringkan kulit muka, malah sesetengahnya boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk jenis kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak merupakan pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda ada masalah jerawat, gunakan pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen untuk merawat jerawat.
2. Cuci wajah setiap hari
Mencuci muka lebih daripada sekali boleh mengeringkan kulit muka. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupun setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali. Jika anda ingin menyegarkan muka, bilas muka dengan air (seperti anda mengambil wuduk) tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan gunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh mengeringkan kulit muka dengan cepat. Elak menggosok muka selepas mencuci, cukup hanya menepuk kulit wajah dengan kain sehingga kering.
3. Elak tidur dengan krim pelindung matahari
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, lebih baik anda membilasnya dahulu sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit jika anda biarkan terlalu lama pada kulit wajah.
4. Buat exfoliate secara berkala
Skrub muka 2-3 kali seminggu boleh menghilangkan sel-sel kulit mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa anda mencuci kulit muka setiap hari. Exfoliate boleh menjadikan kulit lebih cerah dan sihat. Ia juga memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas anda skrub muka.
Semasa menyapu skrub muka, anda perlu gosok perlahan-lahan. Ataupun anda boleh menggunakan berus muka khas untuk muka. Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Semasa mencuci muka, utamakan bahagian dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat-tempat ini mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar muzik dan fesyen nama Pharrell Williams mungkin tidak asing. Penyanyi, penerbit, pencipta lagu dan kini mula dikenali sebagai pereka fesyen, Pharrell dilihat sebagai antara salah seorang individu berpengaruh pada masa kini.
Kolaborasi menerusi jenamanya, Humanrace bersama adidas dengan memperkenalkan koleksi pakaian dan kasut menjadi rebutan ramai.
Dan terbaru, Pharrell mengumumkan Humanrace bakal memperkenalna pulak koleksi produk penjagaan kulit, Menurutnya, produk penjagaan kulit diperkenalkan ini selari dengan falsafah mencipta sebuah dunia yang memetingkan kesejahteraan hidup.
Apa yang menarik ia juga bakal dipasarkan sebagai produk penjagaan kulit yang universal – boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita. Selain itu ia juga bersifat vegan, tidak mempunyai sebarang bauan dan mempunyai tahap kebersihan tinggi.
KERJASAMA PAKAR
Terdapat tiga produk pertama diperkenalkan iaitu The Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator dan Humidifying Cream. Ketiga-tiga produk Humanrace ini dibangunkan bersama dengan pakar dermatologist atau pakar kulit yang merupakan doktor peribadi Pharrell, Dr Elena Jones.
Sesuai dengan tema jenama Humanrace yang memetingkan kelestarian alam, setiap pakej produk penjagaan kulit ini boleh dikitar dan digunakan semula. Ia juga dihasilkan daripada 50 peratus bahan kitar semula.
Jelas Pharrell, produk kebanggaannya ini bakal dilancarkan bermula pada 25 November 2020 di laman seswang rasmi Humanrace.
Ikuti YouTube MASKULIN serta subscribe untuk video-video menari tentang gaya hidup lelaki seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.