Punca 6 Lokasi Ini Jadi Favourite Jerawat. Sebelum Makin Merebak, Ini Cara Nak Elak!

Share

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat berbeza-beza kan? Ada jerawat timbul di hidung, muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain.

Kehadiran jerawat di tempat berbeza-beza ini ada kaitan dengan tahap kesihatan badan kita. Sebelum jerawat tumbuh dan makin merebak, seeloknya anda ketahui cara untuk mengatasinya terlebih dahulu.

BACA: Berhenti Makan Coklat & Minuman Soda, Doktor Ini Kongsi Ilmu Elak Jerawat Makin Teruk!

1. Jerawat di dahi atau hidung

Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan zon T ini disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan berlakunya ‘breakout’.

Cara nak elak: Kurangkan pemakanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan cuba elak makanan yang membuatkan anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.

2. Jerawat di garis rambut

Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat. Sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.

Cara nak elak: Hindari penggunaan produk rawatan rambut secara berlebihan dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat. Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Lakukan secara perlahan dan lembut agar tidak berlakunya iritasi. Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di kawasan tersebut untuk rawatan ekstra.

BACA: Lelaki Yang Nak Wajah Kacak, Glowing & Bebas Jerawat Wajib Guna Pencuci Muka Ini!

3. Jerawat di dagu atau leher

Ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak sehingga menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Kesannya menyebabkan kulit berjerawat.

Cara nak elak: Seminggu sebelum datang bulan, gunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ dengan kandungan benzoyl peroxide secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum timbul jerawat.

4. Jerawat di pipi

Tangan anda mempunyai banyak kekotoran. Jerawat di bahagian ini mudah terjadi apabila anda sering menyentuh permukaan wajah dengan tangan yang tak bersih. Bukan itu sahaja, ia juga disebabkan oleh suhu badan panas dan sarung bantal tidur yang kotor.

Cara nak elak: Pastikan anda membersihkan tangan sebelum menyentuh permukaan wajah. Ambillah makanan yang boleh menyejukkan badan dan jangan lupa minum banyak air masak. Pastikan sarung bantal anda bersih dan basuh secara kerap untuk menghilangkan debu dan kekotoran.

BACA: Pilihan 10 Produk Toner Bebas Alkohol Dari Drugstore, Sesuai Untuk Kulit Sensitif & Berjerawat!

5. Jerawat di sekitar mulut

Jerawat di sekitar bahagian mulut ini berkait rapat dengan diet anda. Sisa daripada pengambilan banyak makanan berasid seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit di sekitar kawasan ini. Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga disebabkan oleh masalah penghadaman.

Cara nak elak: Setiap sahaja anda sudah makan, gunakan tisu basah untuk mengelap sekitar mulut dan membuang semua sisa makanan yang melekat.

6. Jerawat di dada atau belakang badan

Ia sering dialami oleh wanita yang ada masalah dengan pakaian atau baju dalam yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat mudah tumbuh di kawasan yang lembap. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan mudah ditumbuhi jerawat.

Cara nak elak: Guna pakaian yang menyerap peluh sama ada ketika bersukan ataupun membuat aktiviti luar. Selain itu, kawal pemakanan misalnya makan oat kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko jerawat tumbuh di bahagian ini. Anda juga boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit. Jika kulit anda terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.

BACA: Kalau Tak Mahu Jerawat Di Badan Makin Merebak, Atasinya Dengan 11 Produk Ini!

Published by
Roselinda