PUMA x KARL LAGERFELD, Kolaborasi Koleksi Streetwear Premium Kini Di Malaysia

Share

Nama mendiang Karl Legerfeld terukir dalam lipatan sejarah sebagai salah seorang ikon fesyen yang mempunyai pengaruh dan sumbangan cukup luar biasa.

Pemergiannya pada awal tahun ini cukup dirasakan bukan sahaja dikalangan penggiat industri fesyen tetapi peminat-peminat rekaannya. Insan yang menjadi tunjang utama jenama Chanel ini juga telah banyak melakukan kolaborasi dan membantu pereka fesyen muda serta label-label fesyen yang lain.

Antara kolaborasi yang menarik perhatian penggemar fesyen muda ialah bersama dengan PUMA. Tahun lalu PUMA dan Karl Lagerfeld telah mengeluarkan koleksi kolaborasi khas untuk Fall 2018. Ia mendapat banyak pujian dan rekaannyanya juga telah menjadi buruan penggemar fesyen.

Dengan kejayaan itu PUMA meneruskan kerjasamanya bersama Karl Legerfeld dengan memperkenalkan koleksi kolaborasi yang kedua.

BACA: Fred Perry REXKL, Pop-Up Store Ekslusif Tampilkan Koleksi High End & Premium

Kali ini PUMA x KARL LAGERFELD mengetengahkan koleksi berkonsepkan sttreetwear untuk lelaki dan wanita. Ia menampilkan pelbagai variasi pakaian dan aksesori.

Menariknya koleksi-koleksi ini menggunakan rekaan klasik PUMA yang diberi sentuhan baru.

Ia sekaligus menjadikan PUMA x KARL LAGERFELD sebagai koleksi yang bersifat timeless dengan pendekatan moden, mewah dan mengekalkan tradisi jenama tersebut.

Dengan sentuhan baru ini, rekaannya menggunakan kain fabrik berkualiti tinggi, perincian yang lebih terperinci dan membawa elemen premium.

Koleksi ini akan akan mula berada di pasaran tempatan bermula pada 12 Oktober 2019 hanya di PUMA KLCC dan PUMA Sunway Pyramid.

Published by
Farizul Izwany