PUMA Umum Kolaborasi Bersama Jenama Mewah, MCM Menerusi Tiga Seleksi Edisi Terhad

Share

Dunia fesyen kini seakan terhubung dalam apa jua genre. Bagi peminat fesyen streetwear atau gaya sukan jenama PUMA pastinya tidak asing lagi pada mereka. Jenama asal Jerman ini cukup berpengaruh dan banyak memainkan peranan dalam stail serta fesyen dalam pelbagai genre.

Terbaru, PUMA mengumumkan kolaborasi yang cukup menarik bersama jenama yang sinonim dengan barangan mewah iaitu MCM. Kedua-dua jenama ini berkolaborasi bagi meraikan dunia glamor bola keranjang menerusi pengenalan PUMA Slipstream Lo istimewa.

Kedua-dua jenama gergasi ini dilihat sebagai gabungan yang cukup mantap apatah lagi mereka pernah bekerjasama sejak tahun 2018 lagi menerusi pengenalan edisi ikonik Puma Suede. Kolaborasi kali ini dilhat lebih berani dengan PUMA X MCM merangka untuk menampilkan karisma dan keterujaan dalam sukan bola keranjang.

KEMPEN GLOBAL

Meraikan kempen ini, mereka turut melantik pemain bola keranjang yang sedang meningkat naik, Mikey William sebagai ‘triple-double’ bagi kempen kolaborasi ini di peringkat global.

“Kisah ‘cinta’ di antara fesyen mewah dan sukan kini menjadi semakin jelas dan menarik apabila kami menghasilkan kolaborasi bersama MCM. Kedua-dua elemen jenama ditonjolkan menerusi rekaan serta bahan yang digunakan,” jelas Pengarah Kreatif Global PUMA, Heiko Desens.

Jelasnya lagi, kejayaan menerusi kolaborasi lalu memberikan harapan dan keterujaan cukup tinggi bagi koleksi terbaru ini.

Siri pertama bakal dilancarkan pada 8 September dengan konsep ‘Show Love’ menampilkan PUMA Slipstream Lo edisi MCM. Pada bulan Oktober pula menyaksikan ‘Show Up’ dengan PUMA Slipstream Lo hadir dengan warna hitam dan kemasan putih. Manakala yang terakhir bakal dilancarkan pada suku pertama tahun 2023 dengan menampilkan kasut PUMA TRC Blaze Court Shoe.

Untuk pasaran Malaysia, koleksi PUMA X MCM Slipstream Lo boleh didapati bermula 10 September menerusi outlet Atmos KL di KLCC dan Mid Vallet serta di lama e-dagangnya, atmos-kl.com dengan harga RM2,299.

Bagi peminat kedua-dua jenama ini pastinya tidak mahu lepaskan peluang mendapatkan koleksi eksklusif ini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim