PUMA Tampilkan ‘Away Kit’ Juara Treble, Man City Bertemakan Identiti Bandar Manchester

Share

Musim bola sepak liga utama di Eropah kini sudah bermula. Liga Perdana Inggeris atau EPL sebagai contohnya sudah pun memulakan sepak mula perlawanan pertama bermula pada awal pagi Jumaat lalu menyaksikan juara bertahan yang juga juara Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah, Manchester City memulakan langkah kanan dengan menumpaskan Burnley 3-0.

Selain perpindahan perpindahan pemain pada awal musim salah satu perkara yang cukup dinantikan oleh peminat bola sepak ialah rekaan terbaru jersi bagi setiap pasukan.

Bagi Man City mereka telah bekerjasama dengan PUMA sejak beberapa musim bermula pada pertengahan tahun 2019.

Terbaru, PUMA memperkenalkan jersi away terbaru Man City bagu musi 2023/24 dengan meraikan identiti bandar Manchester yang kaya dengan sejarah kota industrinya.

Sama seperti bandar itu sendiri, jersi baru dibuat ‘sedikit berbeza’. Manchester terkenal dengan era perindustriannya, sejarah dan warisannya.

Kit Away baharu mendapat inspirasi daripada kilang yang menjulang tinggi, gudang yang sibuk dan industri bandar.

CETAKAN GRAFIK

Cetakan grafik tonal keseluruhan memberikan baju rasa retro dan mendapat inspirasi daripada corak tenunan arkib dari Manchester.

Untuk melengkapkan asas putih klasik, baju itu menggunakan warna aksen yang menghormati warisan kreatif bandar, termasuk sorotan nyalaan api emas yang bertenaga, yang diilhamkan oleh kerja bata terkenal Ancoats, di Manchester.

Manakala pada bahagian leher bahagian dalam pula menampilkan simbolik latar langit kilang di bandar Manchester.

Jersi ini sendiri memastikan Cityzen mewakili pasukan mereka dan bandar di mana semuanya bermula dari jalanan di Manchester hingga ke pentas terbesar dan terulung di Eropah.

“Kami mahu mereka bentuk kit yang sesuai untuk juara”, jelas Marco Mueller, Ketua Pegawai Kanan Pengurusan Barisan Produk Pakaian PUMA.

“Bagi mereka yang menggayakannya sama ada di atas padang atau di tempat penonton jersi ini membawa semangat dikuasakan bandar Manchester dengan gabungan warna industri dengan kolar tradisional yang benar-benar memberikan gaya progresif tetapi klasik,” tambahnya lagi.

DUA VERSI

Jersi versi ‘Authentic’ baharu menampilkan teknologi canggih dengan manwarkan prestasi optimum dan keselesaan di atas padang.

Dicipta dengan fabrik ULTRAWEAVE, kit ini mempunyai reka bentuk regangan 4 hala berstruktur yang mengurangkan berat dan geseran, membolehkan pemain bergerak dengan bebas dan selesa.

Teknologi dryCELL yang disepadukan ke dalam fabrik direka untuk memastikan badan anda bebas daripada peluh.

Manakala versi ‘Replica’ pula dihasilkan daripada bahan 100% poliester kitar semula dan dilengkapi dengan teknologi penyerap peluh dryCELL untuk memastikan anda kering dan selesa sepanjang masa.

Paling penting kedua-dua jersi ini dihasilkan dengan 100% bahan kitar semula, tidak termasuk trim dan hiasan sebagai langkah ke arah masa depan yang lebih baik.

Buat anda peminat Man City atau pengumpul jersi bola sepak boleh mendapatkannya di butik PUMA terpilih di seluruh negara dan juga di laman sesawang e-dagang rasminya, PUMA.com.

@maskulinmy Kasut trail runnjng terbaru dari New Balance yang sesuai untuk pelbagai jenis permulaan. Grip atau cengkamannya memang mantap! Ikuti review penuh di YouTube atau FB Maskulin ya. @New Balance #maskulin #majakahmaskulin #fyp #fypmalaysia #newbalanceMalaysia #runningshoes #fesyen ♬ original sound – Maskulin
Published by
Farizul Izwany Ibrahim