Bulan Ramadan sudah pun hampir tiba. Jadi tidak hairanlah untuk kita lihat semakin banyak jenama pakaian fesyen memperkenalkan dan mula mempromosikan koleksi Hari Raya mereka untuk tahun ini.
Kebiasaannya jenama-jenama yang sinonim dengan fesyen tempatan sahaja yang tampil dengan koleksi tema Hari Raya. Tapi tahun ini cukup istimewa buat jenama sukan dan gaya hidup popular PUMA turut menlancarkan koleksi Raya mereka yang tersendiri.
Buat julung kalinya, PUMA Hari Raya Collection diperkenalkan dan sudah mula berada di pasaran bermula pada 17 Mac yang lalu.
Koleksi eksklusif ini merupakan sebahagian daripada kempen Memori Aidilfitri yang diangkat oleh PUMA dengan menggabungkan unsur rekaan Raya berciri ranggi dan klasik.
Bukan itu sahaja PUMA juga juga mengetengahkan gubahan yang versatil selain senang untuk digayakan dan pastinya dapat memudahkan pemakainya untuk turun beraya sepanjang hari.
“Di PUMA, kami ingin merangkap cerita setiap sambutan perayaan yang unik, dan pada tahun ini, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan PUMA Hari Raya Collection sempena Hari Raya.
“Berlandaskan pendekatan tersebut juga, kami berharap menerusi koleksi Hari Raya kami yang pertama ini para pelanggan kami dapat mengukir memori-memori yang unik bersama insan tersayang sepanjang musim lebaran ini,” jelas Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara, Eleanor Wang.
Tambahnya lagi seleksi pakaian PUMA bersifat sepanjang zaman jadi untuk koleksi ini mereka memilih sesuatu yang tampak segar, menarik dan kena dengan tema Hari Raya.
“Rekaan koleksi ini serba minimalis umpama sebuah kanvas untuk pemakainya mencipta kenangan baharu. Malah selepas Hari Raya melabuhkan tirainya, pakaian tersebut masih boleh dipakai untuk acara istimewa yang lain kerana versatilitinya, justeru membolehkan anda terus mengukir kenangan untuk tahun-tahun yang akan datang,” tambahnya lagi.
PUMA Hari Raya Collection juga menampilkan variasi pakaian dan kasut buat lelaki dan juga wanita dengan mengutamakan keselesaan tanpa mengkompromikan gaya.
Gambaran yang berunsur tidak ketat merupakan elemen signatur koleksi berkenaan, memastikan pemakainya dapat menikmati keselesaan dan tarikan fesyen tersebut semasa sambutan Hari Raya.
Di samping itu, kombinasi warna koleksi antara hitam klasik dan pelbagai warna berciri pastel memberikan pemakai lebih banyak kebebasan untuk memperibadikan busana mereka.
Turut menyempurnakan koleksi tersebut adalah sneakers PUMA Roma Classic Gum, yang tampil kemas, praktikal dan pastinya sesuai untuk dipakai bagi apa jua acara.
Kempen Memori Aidilfitri bukan sahaja peluang untuk kelihatan bergaya, tapi untuk menyuntik semangat Hari Raya. Didatangkan bersama koleksi ini adalah sebuah aktiviti diilhamkan oleh Hari Raya yang akan berlangsung di outlet PUMA.
Bermula dari 17 Mac hingga 21 April 2023 pelanggan yang membeli mana-mana item PUMA Hari Raya Collection layak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ‘Shop Raya & Get Rewarded’.
Menerusi aktiviti tersebut, peserta dapat memilih sekeping Raya Reward Card, dan di belakang kad tersebut akan ternyata ucapan Hari Raya berserta hadiah menarik yang dimenangi, antaranya baucar beli-belah dan juga barangan PUMA.
Artikel Menarik: 5 Senaman Wajib Lakukan Kalau Nak Teras Badan & Otot Abdomen Bertambah Mantap
Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan follow Facebook MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!