PUMA Perkenalkan Kolaborasi & Koleksi Menarik Bakal Berada Di Pasaran Tahun Hadapan

92

Selaku jenama sukan dan gaya hidup terkenal, PUMA sentiasa menawarkan seleksi pakaian, aksesori dan kasut yang seiring dengan trend masa kini.

Sepanjang tahun 2019, PUMA telah banyak memperkenalkan kolaborasi yang hebat dengan pereka fesyen dan jenama fesyen terkemuka dunia.

Menjelang penghujung tahun yang bakal tiba PUMA mengakhiri kalendar 2019 yang rancak dengan pelbagai kempen, kolaborasi dan produk eksklusif dengan mengadakan sebuah acara parti preview istimewa di Malaysia.

Berlangsung di EX8, Subang Jaya pada Isnin lalu, PUMA turut memperkenalkan koleksi utama yang bakal dilancarkan sempena koleksi Spring/Summer 2020. Acara yang cukup dinantikan ramai tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Asia Tenggara PUMA, Philippe Le-Bretton.

Jelasnya, “Tahun 2019 merupakan tempoh yang cukup membanggakan buat PUMA kerana sokongan yang sangat hebat daripada peminat produk-prodyuk kami. PUMA family akan terys berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anda semua”.

Sepanjang tahun ini juga menyaksikan PUMA turut memperkenalkan beberapa buah kedai konsep di serata Asia Tenggara untuk segmen pengguna dari pelbagai lapisan umur dan sukan. PUMA juga telah melancarkan semula segmen bole keranjang yang telah mendapat sambutan luar biasa di peringkat global.

Bagi memberikan pengalaman lebih menarik dan kepuasan maksima kepada pelanggannya, PUMA turut melancarkan platform e-dagang sendiri bagi pasaran Malaysia dan Singapura.

Di antara kempen yang cukup membanggakan bagi mereka ialah PUMA Cali Travelog yang dikepalai oleh K-pop idol terkenal, Hyolyn. Ia merupakan kempen yang paling berjaya pernah dianjurkan oleh PUMA setakat ini.

Pada masa yang sama PUMA turut mengakadan Press Preview bagi koleksi SS2020. Persembahan dari rapper terkenal Indonesia, Tuan Tigabelas menghangatkan lagi malam preview tersebut.