Populariti serta pengaruh yang dibawa oleh selebriti muda kini tidak lagi dipandang sepi terutamanya oleh jenama-jenama antarabangsa.
Ternyata selain populariti dimiliki di media tradisional, pengaruh dibawa menerusi laman media sosial menjadikan mereka sebagai pilihan tepat sebagai duta jenama.
Mungkin bagi PUMA Malaysia itulah antara ciri-ciri yang membuatkan mereka memilih penyanyi muda popular dan berbakat bersar, Ismail Izzani sebagai duta jenamanya.
Lebih hebat lagi, Ismail Izzani bukan sahaja bertindak sebagai wajah jenama PUMA untuk pasaran tempatan malah untuk Asia Tenggara.
Hari ini, PUMA Malaysia mengesahkan pelantikan Ismail Izzani sebagai duta terbarunya dan bakal menyaksikan wajah penyanyi popular menerusi lagu ‘Sabar’tersebut mewakili jenama mereka.
Dengan jumlah tontonan video YouTube melebihi 25 juta view, Ismail Izzani dilihat sebagai pilihan tepat dan berpengaruh di kalangan generasi muda. Namun dalam meniti kejayaan dalam karier Ismail juga berdepan dengan pelbagai cabaran.
Semangat itulah yang terkait dengan DNA jenama PUMA yang dianggap cukup signifikan dan penting.
Selain Ismail Izzani terdapat dua selebriti dari Singapura dan Indonesia turut diumumkan sebagai duta PUMA. Mereka ialah Tosh (Singapura) dan Adipati (Indonesia). Mereka bertiga dijangka bakal melakukan pelbagai kolaborasis erta kempen merentasi sempadan di wilayah Asia Tenggara.
Kempen pertama mereka dijangka akan diperkenalkan pada 22 Februari 2020. All the bst MASKULIN ucapkan terutamanya kepada Ismail Izzani!
Foto: PUMA Malaysia