Pucuk Ubi Memang Pahit, Namun Terdapat 8 Khasiat Yang Baik Untuk Tubuh Badan Kita!

5536

Pucuk ubi adalah sejenis ulam kampung yang segar. Jika anda tergolong dalam kalangan penggemar pucuk ubi masti anda sering menjadikan pucuk ibu ini sebagai ulam-ulaman sewaktu makan bersama nasi panas.

Dalam pada rasanya yang pahit, rupanya banyak khasiat ingin terkandung dalam pucuk ubi. Ia merupakan sejenis sayur-sayuran organik 100 peratus menerusi cara pertumbuhannya.

Selain itu, ubi kayu boleh ditanam di merata-rata tempat dan boleh membesar tanpa penjagaan khusus, dibaja mahupun disembur dengan racun.

Selain mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan, ini adalah rahsia khasiat yang terkandung dalam ulaman ini, MASKULIN dah kumpulkan maklumatnya untuk anda.

BACA: Udang Galah Boleh Bantu Anda Turunkan Kolesterol, Ini 8 Kebaikan Lain Yand Anda Dapat

1. Pembina sel badan

Protein sayuran yang terkandung dalamnya berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.

2. Pemecah karbohidrat

Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

3. Protein setara menu lain

Kandungan protein dalam daunnya disebut-sebut setara dengan protein pada telur, dan mengandungi lebih dari 60% asid amino esensial.

4. Cegah sembelit & masalah tubuh

Disebabkan oleh kelebihannya ini, pucuk ubi sangat baik untuk mencegah sembelit, menjaga kesihatan mata dan mampu meningkatkan kekebalan tubuh.

5. Perbaiki sel & kulit

Asid amino dalam pucuk ubi berguna untuk pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak.

6. Kuatkan tulang & daya ingatan

Selain berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, pucuk ubi boleh menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik.

BACA: Selain Mudah Dapat Sakit Jantung, Ini Yang Akan Terjadi Jika Banyak Makan Makanan Tak Berkhasiat

7. Agen rawat kanser

Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.

8. Turunkan berat badan

Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan.