Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan ini.
Namun, terdapat pelbagai persoalan berkaitan hukum hakam yang sering menjadi kekeliruan di kalangan umat Islam.
Salah satu persoalan yang sering timbul ialah mengenai keluar air mani semasa bulan Ramadan dan adakah ia menjejaskan ibadah puasa serta solat.
Berikut adalah penjelasan daripada penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini.
@anasrazali77 Ustaz Azhar Idrus : Bab Puasa: Adakah Sah Puasa Jika Mandi Wajib Selepas Waktu Subuh #foryour #foryourpage #fyp #foryou #foryoupage #soaljawabagama #uai #ustazazharidrus #soaljawabustazazharidrus #ustazazhar #ramadhan #puasa #puasaramadhan #hadas ♬ original sound – anasrazali77
Menurut Ustaz Azhar Idrus, keluar air mani sama ada secara sendirian, mimpi atau bersama pasangan yang halal pada malam bulan Ramadan tidak membatalkan puasa seseorang.
Walaupun seseorang itu dalam keadaan berhadas besar, puasa yang dilaksanakan tetap sah.
Hal ini kerana yang membatalkan puasa adalah haid dan nifas bagi wanita, bukan hadas besar akibat keluar air mani.
Sebagai contoh, jika seseorang melakukan hubungan suami isteri pada waktu malam dan tertidur sebelum sempat mandi wajib, kemudian bangun selepas azan Subuh, puasanya masih dikira sah.
Ini kerana syarat sah puasa tidak memerlukan seseorang untuk berada dalam keadaan suci sebelum azan Subuh.
Walau bagaimanapun, mandi wajib tetap perlu dilakukan sebelum menunaikan solat Subuh.
Jika seseorang melewatkan mandi wajib sehingga melewati waktu solat Subuh, solat tersebut dianggap tidak sah kerana syarat sah solat adalah berada dalam keadaan suci daripada hadas besar.
Oleh itu, penting untuk segera mandi wajib sebelum menunaikan solat meskipun sudah masuk waktu Subuh.
BACA LAGI : Bila Waktu Terbaik Workout di Bulan Ramadan? Ini Tips dari Jaifitness!
Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan bahawa keluar air mani secara sengaja pada siang hari bulan Ramadan adalah salah satu perkara yang membatalkan puasa.
Ini termasuklah dengan cara onani atau perbuatan lain yang disengajakan sehingga mengeluarkan air mani.
Manakala, jika air mani keluar secara tidak sengaja seperti melalui mimpi basah, maka puasa tidak terbatal.
Semoga penjelasan ini dapat membantu umat Islam memahami hukum hakam berkaitan ibadah puasa dan solat sepanjang bulan Ramadan dengan lebih jelas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.