Adakah Malaysia sudah boleh menerima Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)? Aktivis LGBT terkenal iaitu Nisha Ayub baru-baru ini telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dimana perjumpaan dia bersama Datuk Dr. Mujahid bin Yusof yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi Sinar Harian pertemuan antara dirinya dan Nisha Ayub baru-baru ini tidak bermakna beliau bersetuju dengan semua yang diperjuangkan mahupun mengiyakan golongan LGBT.

“Nisha telah menghubungi saya sendiri untuk mengadakan pertemuan dan saya menerima kehadirannya dengan ikhlas memandangkan isu berkaitan transgender perlu diselami serta difahami khususnya yang berkaitan dengan peranan institusi agama bagi menangani fenomena ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. (Sumber Sinar Harian)

Tular di laman sosial media berkaitan dengan isu ini dimana golongan Mak Nyah dibenarkan untuk masuk ke tandas awam wanita. Walaupun ia baru dalam fasa perbincangan, namun ada segelintir masyarakat sudah mula tidak selesa dengan perihal ini, malah mula membuat spekulasi liar bahawa Malaysia kini menyokong LGBT.

Ads

Sidang media pertemuan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusuf dan Aktivis, Nisha Ayub

Sidang media pertemuan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusuf dan Aktivis, Nisha Ayub di Kompleks Islam Putrajaya.Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Posted by Sinar Harian on Friday, 10 August 2018

 

Ini pula komen netizen

PU Azman: Membenarkan Transgender/ Mak Nyah Masuk Ke Dalam Tandas Wanita Itu…

Ads

Ini pendapat PU Azman berkenaan perihal ini.

“Membenarkan Transgender ataupun mak nyah masuk ke dalam tandas wanita itu bertentangan dengan norma-norma ataupun adab tatasusila fitrah manusia. Tak boleh lah. Akan mendatangkan fitnah. Sebab yang masuk itu  itu lelaki tulen. Lelaki sejati. Masuk tandas perempuan akan memperlihatkan aurat perempuan, walaupun bentuk badan lelaki itu sudah seperti wanita.”

Ads

PU Azman: Membenarkan Transgender/ Mak Nyah Masuk Ke Dalam Tandas Wanita Itu…

Walaubagaimanapun pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus. Apa yang paling utama ketika ini ialah kita perlu hapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutamanya di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam. (Sumber Sinar Harian)

Apa pandangan anda pula?

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI