Hari ini, rakyat Malaysia pilu dengan pemergian 6 anggota bomba yang lemas akibat cuba menyelamat seorang remaja yang depercayai lemas di kawasan lombong, Puchong malam tadi. Disebalikt rragedi yang menimpa Malaysia ini, Pencetus Ummah Azman dan Pencetus Ummah Amin menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa.
Ini merupakan reaksi PU Azman menerusi laman Instagramnya.
“Semoga Allah mengampunkan mereka dan menempatkan mereka di kalangan para hamba Nya yang soleh. Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di Sulawesi. Semoga kita di Malaysia ini menjadi jiran dan insan yang paling cepat menghulurkan sebarang bantuan yang termampu sama ada materi atau maknawi.”
Tidak memberi komen yang banyak, inilah reaksi PU Azman mengenai perkara ini.
Sementara itu PU Amin mengeluarkan post di laman Instagram turut menunjukkan rasa sedih dan hiba atas pemergian 6 Anggota terbabit.
” Dua orang dalam gambar-gambar ini adalah kenalan saya. Allah menjemput kalian dahulu. Besar jasa kalian. Hidup didunia untuk memberikan manfaat pada manusia lain. Kematian kalian menghidupkan hati kami. Moga kalian hidup selama-lamanya di Syurga. Kalian pejuang. Moga berjumpa disana nanti duhai pewira.”
Anggota yang terlibat ialah, Mohd Fatah Hashim, 34 tahun, Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun, Mazlan Omar Baki, 25 tahun dan Yahya Ali, 24 tahun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Video viral ketika 6 anggota bomba lemas semasa menyelamat.
Terkini, kesemua jenazah telah selamat di sembahyangkan dan kita bergerak ke kampung halaman mereka untuk dikebumikan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, ketika kejadian keenam-enam anggota berkenaan berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan meninggal dunia sewaktu operasi mencari seorang remaja lelaki tersebut. Walaubagaimanapun, remaja tersebut masih belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.
*Sumber Sinar Harian