Selepas imejnya dikongsi beberapa minggu lalu, ramai yang menantikan apakah spesifikasi dan harga yang ditawarkan oleh Proton untuk model terbaru SUV, Proton X50. Pada pagi hari ini, Proton Holdings Bhd telah menlancarkan secara rasmi menerusi laman media sosial mereka.
Dalam kenyataan medianya, Proton berkata acara ini merupakan kemuncak kepada publisiti selama enam minggu. Ia bermula dengan pengenalan produksi unit pertamanya di Tanjung Malim serta preview untuk media terpilih.
Proton X50 merupakan model SUV yang kedua diusahakan bersama oleh Proton dan rakan kongsunya Zhejiang Geely Holding Group. Seperti model sebelumnya iaitu Proton X70, model terbaharu ini dijangka mampu meletakkan nama Proton bersaing dalam segmen pasaran kelas ini.
Pengeluar kereta nasional ini juga mempunyai turut meletakkan model ini sebagai antara fokus utama jenamanya untu tahun 2020 dan 2021. Ini terutamanya buat pengguna yang ingin melakukan ‘updgrade’ kepada kenderaan pertama mereka sedia ada.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, minat serta tumpuan orang ramai terhadap model Proton x50 sangatlah tinggi. Apatah lagi dalam situasi semasa yang melanda negara.
Dan pada tengahari hari ini, MASKULIN cuba untuk masuk ke laman sesawang rasmi Proton namun tidak berjaya. Besar kemungkinan laman sesawang ini telah diserbu oleh orang ramai yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Proton X50.
Beberapa pengguna laman media sosial juga melahirkan rasa terkilan dan tidak sabar untuk melihat dengan lebih lanjut tentang model ini menerusi laman sesawang mereka. Ternyata aura yang dibawa oleh model terbaru Proton ini bukanlah calang-calang.
Menurut pengumuman yang dilakukan sebanyak empat varian =ditawarkan oleh Proton iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Kesemuanya dikuasakan dengan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan tiga silinder.
Ia juga lengkap dengan headlamp LED, skrin sesentuh 10.25-inci serta rim 17/18-inci berdasarkan varian berbeza. Manakala fungsiyang tular paling menarik perhatian pengguna pastinya ‘parking assist’.
Teknologi hebat yang diperkenalkan pada model ini bakal membantu pengguna untuk melakukan parkir kereta secara automatik baik dari tepi mahupun secara biasa.
Tempahan awal telah dibuka sejak 16 September lalu dan sehingga kini sebanyak lebih 20 ribu tempahan telah diterima. Antara tawaran istmewa ditawarkan ialah 30 ribu tempahan paling awal sebelum atau pada 31 Disember 2020 akan menerima caj buruh percuma untuk servis.
Ikuti YouTube rasmi Majalah MASKULIN untuk kandungan video menarik seperti di bawah!