Selepas imejnya dikongsi beberapa minggu lalu, ramai yang menantikan apakah spesifikasi dan harga yang ditawarkan oleh Proton untuk model terbaru SUV, Proton X50. Pada pagi hari ini, Proton Holdings Bhd telah menlancarkan secara rasmi menerusi laman media sosial mereka.
Dalam kenyataan medianya, Proton berkata acara ini merupakan kemuncak kepada publisiti selama enam minggu. Ia bermula dengan pengenalan produksi unit pertamanya di Tanjung Malim serta preview untuk media terpilih.
Proton X50 merupakan model SUV yang kedua diusahakan bersama oleh Proton dan rakan kongsunya Zhejiang Geely Holding Group. Seperti model sebelumnya iaitu Proton X70, model terbaharu ini dijangka mampu meletakkan nama Proton bersaing dalam segmen pasaran kelas ini.
Pengeluar kereta nasional ini juga mempunyai turut meletakkan model ini sebagai antara fokus utama jenamanya untu tahun 2020 dan 2021. Ini terutamanya buat pengguna yang ingin melakukan ‘updgrade’ kepada kenderaan pertama mereka sedia ada.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, minat serta tumpuan orang ramai terhadap model Proton x50 sangatlah tinggi. Apatah lagi dalam situasi semasa yang melanda negara.
Ads
SAMBUTAN LUAR JANGKAAN
Dan pada tengahari hari ini, MASKULIN cuba untuk masuk ke laman sesawang rasmi Proton namun tidak berjaya. Besar kemungkinan laman sesawang ini telah diserbu oleh orang ramai yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Proton X50.
Beberapa pengguna laman media sosial juga melahirkan rasa terkilan dan tidak sabar untuk melihat dengan lebih lanjut tentang model ini menerusi laman sesawang mereka. Ternyata aura yang dibawa oleh model terbaru Proton ini bukanlah calang-calang.
Ads
Menurut pengumuman yang dilakukan sebanyak empat varian =ditawarkan oleh Proton iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Kesemuanya dikuasakan dengan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan tiga silinder.
Senarai harga Proton X5
Ia juga lengkap dengan headlamp LED, skrin sesentuh 10.25-inci serta rim 17/18-inci berdasarkan varian berbeza. Manakala fungsiyang tular paling menarik perhatian pengguna pastinya ‘parking assist’.
Ads
Teknologi hebat yang diperkenalkan pada model ini bakal membantu pengguna untuk melakukan parkir kereta secara automatik baik dari tepi mahupun secara biasa.
Tempahan awal telah dibuka sejak 16 September lalu dan sehingga kini sebanyak lebih 20 ribu tempahan telah diterima. Antara tawaran istmewa ditawarkan ialah 30 ribu tempahan paling awal sebelum atau pada 31 Disember 2020 akan menerima caj buruh percuma untuk servis.
Ikuti YouTube rasmi Majalah MASKULIN untuk kandungan video menarik seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=us_B64a_ZbQ&t=7s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bilakah kali terkahir anda menonton sebuah program TV yang berteraskan automotif dan selebriti di Malaysia? MASKULIN akui penggemar automotif di negara kita cukup dahagakan sebuah program TV yang mengkhususkan fokusnya terhadap dunia permotoran automotif.
Anda tidak perlu rasa kecewa dan tertunggu-tunggu lagi kerana sebuah program TV terbaru terbitan NU Ideaktiv Sdn Bhd. berjudul ‘Roda Panas’ mampu memenuhi keinginan anda menyaksikan kandungan tempatan yang turut menampilkan selebriti terkenal.
‘Roda Panas’ merupakan program TV berteraskan automotif berdurasi selama 30 minit. Ia akan mebawa penontotn menelusuri dunia berkaitan automotif mengenai enjin, roda dan aktiviti yang berkaitan.
Program ini juga bakal berkongsi pelbagai info menarik tentang modifikasi kereta dan motosikal, ‘review’ kenderaan dalaman dan luaran. Selainitum ia juga sarat dengan info untuk penonton tentang segala macam trend terkini tentang permotoran bersama dengan pemilik kenderaan tersebut.
Jadi anda tak harus lepaskan peluang menonton ‘Roda Panas’! Masih ragu-ragu?
Di sini MASKULIN senaraikan 10 sebab mengapa anda wajib menonton ‘Roda Panas’!
1.
Dapat saksikan secara eksklusif koleksi kereta dan motosikal selebriti terkenal tanah air.
2.
Menyingkap di sebalik apa yang membuatkan selebriti yang ditampilkan setiap episod mempunyai minat mendalam terhadap kenderaan mereka.
3.
‘Roda Panas’merupakan sebuah program automotif hiburan yang paling sensasi masa kini.
4.
Setiap minggu, ‘Roda Panas’akan tampilkan episod yang membawa tema berbeza seperti supercar, superbike, off road vebicle, modifikasi kerera dan sebagainya.
5.
Pelbagai input dan perkongsian modifikasi trendy masa kini turut diserlahkan menerusi ‘Roda Panas’.
6.
Bakal menjadi program TV tentang automotif yang satu-satunya boleh memberikan kepuasan kepada penonton khususnya buat kaki kereta dan motosikal.
7.
Menonjolkan aktor pujaan ramai, Remy Ishak sebagai hos!
8.
Bersesuaian dengan nama programnya, ‘Roda Panas’adalah program berteraskan automotif TERHANGAT pada masa kini.
9.
Pendekatan setiap episod bukan hanya sesuai untuk tontonan peminat automotif tetapi untuk seisi keluarga.
10.
Pengisian yang mantap, paparan visual yang hebat serta paparan setiap kenderaan bakal dipertontonkan dengan cukup terperinci!
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan ‘Roda Panas’ bermula pada 12April 2021 pada jam 9:30 malam menerusi saluran Astro Naura!
Teruskan bersama MASKULIN untuk nantikan pelbagai content behind the scene, preview setiap episod dan banyak lagi tentang ‘Roda Panas’ menerusi laman sesawang serta laman media sosial!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekarang kalau cuaca panas, memang bahangnya cukup memeritkan.
Jadi tidak dapat nak dibayangkan bagaimana memandu kereta atau kenderaan berbumbung yang tidak mempunyai aircond atau penghawa dingin yang berfungsi dengan sempurna.
Tapi ada juga keadaan bila naik kereta, walau dah aircond kita tetap rasa panas. Jangan terus melulu ke bengkel. Sebelum pergi bengkel yang boleh buat poket kita rabak, elokkah kita periksa sendiri dulu masalahnya.
Kadang-kadang puncanya hanya kerana penapis penghawa dingin yang kotor, kalau penuh dengan habuk memanglah penghawa dingin jadi tak sejuk. Jadi anda boleh buat langkah ini untuk bersihkan sendiri penapis atau air filter. Jangan bimbang mudah jer, orang perempuan pun boleh buat.
Lihat foto-foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook , Erry Hashim Jebat berkenaan tips tersebut.
1. Buka drawer, dan tarik ia keluar.
2. Anda akan nampak ada satu box kecil dan keluarkan box tersebut.
3. Cari penapis berbentuk segi empat okay!
4. Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk.
5. Ketuk or kuarkan segala habuk.
6. Selepas cuci segala habuk, pasang kembali penapis tersebut.
7. Percaya atau tidak, angin air cond akan kuat dan kembali sejuk seperti biasa.
INFO: Air filter ini harus ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, tak perlu tukar, bersihkan saja sudah mencukupi.
BMW 5 Series baharu hadir dalam varian hibrid ‘plug-in’ dan varian petrol. BMW 530e M Sport dam BMW 530i M Sport yang baharu ini membawakan sistem bantuan pemandu generasi terkini, iras yang diperbaharui, serta bakal menjadi ahli portfolio milik pengeluar kenderaan premium ini yang dipasang di Malaysia.
Lengkap dengan pakej M Aerodynamics, kedua-dua varian kini membawakan gril ‘kidney’ yang lebih besar, dan lampu hadapan yang langsing dengan sentuhan baharu pada rekaan lampu waktu siang (daytime running light). BMW 530e M Sport baharu didatangkan dengan lampu hadapan Adaptive LED, di samping lampu hadapan LED yang standard, manakala BMW 530i M Sport dilengkapi dengan BMW Laserlight. Kedua-duanya merangkumi kemudahan bantuan lampu puncak dengan fungsi pengaktifan automatik mengikut keadaan trafik, dikawal melalui sensor yang terdapat di hadapan cermin interior.
BMW Individual Shadow Line yang berglos tinggi membingkaikan BMW 530e M Sport baharu, manakala BMW 530i M Sport baharu dibingkaikan dengan BMW Individual Exterior Line Aluminium Satinated. Bampar hadapan dan belakang kedua-dua varian ini juga direka semula dengan salur masuk udara yang lebih besar, berserta dengan elemen lampu belakang LED dalam bentuk L yang menjadi keunikan BMW. Buat julung kali, sumber cahaya diintegrasikan secara langsung ke dalam lapisan lampu belakang yang paling luar, lantas memaksimumkan lagi efek 3D.
Dinamisme yang tulen dipancarkan melalui roda aloi ringan M 19” Y-Spoke 845 M Bi-Colour Jet Black dengan tayar bercampur dan tayar ‘runflat’. Varian-varian baharu ini turut menampilkan Suspensi Adaptif (Adaptive Suspension) serta brek M Sport dengan angkup brek M Sport berwarna biru dan designasi M. Di seksyen belakang kedua-dua varian ini, kemasan paip ekzos dwisisi dapat dilihat dengan gubahan berbentuk trapezium serta sisipan peresap yang unik.
KEUPAYAAN & TAHAP EFISIEN TERTINGGI
Model terbaru ini dilengkapi dengan enjin petrol sebaris 4 silinder BMW TwinPower Turbo 2 liter. Sambil menyaksikan BMW 530e M Sport hadir dengan motor elektrik BMW eDrive generasi terkini. Sistem transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian ini.
BMW 530e M Sport baharu menawarkan output maksimum gabungan berjumlah 292 kk dan nilai tork berjumlah 420 Nm – output sebanyak 109 kk dijana oleh motor elektrik. Varian berelektrik ini mampu membuat pecutan abad dalam masa 5.9 saat. Dengan kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, BMW 530e M Sport baharu hanya mengguna pakai bahan api yang berjumlah 2.3 l/100 km dengan emisi CO2 berkadar 53 g/km. Motor elektriknya mempunyai jarak capaian setinggi 67 kilometer (dengan korelasi NEDC) – memungkinkan keupayaan pemanduan elektrik sepenuhnya untuk menyelusuri kota dan perjalanan yang pendek.
BMW 530e M Sport
Sementara itu, output sistem keseluruhan bagi BMW 530i M Sport ialah 252 kk dan nilai torknya berjumlah 350 Nm, membolehkan jentera ini memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.4 saat. Dengan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j, BMW 530i M Sport baharu mengguna pakai bahan api berjumlah 6.7 l/100 km dengan emisi CO2 berkadar 154 g/km.
BMW 530i M Sport
Turut memperkayakan pengalaman pengguna ketika memandu BMW 530e M Sport atau BMW 530i M Sport, Kawalan Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) hadir dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control), Kawalan Brek Membelok (Cornering Brake Contro), Kawalan Brek Dinamik (Dynamic Brake Control), dan Sistem Pembrekan Antikunci dengan Bantuan Brek (Antilock Braking System with Brake Assist).
REKA BENTUK MENAWAN & SOFISTIKATED
Kedua-dua jentera ini turut dilengkapi dengan keupayaan serba pintar dalam bentuk BMW Live Cockpit Professional, ia memanfaatkan Sistem Operasi BMW 7 (BMW Operating System 7) yang terkini. Konsep maklumat hibur diserlahkan melalui tataatur paparan yang baharu, ia mencakupi kluster instrumen 12.3 inci yang boleh dikonfigurasi, serta Paparan Kawalan (Control Display) dengan skrin sentuh yang sama besarnya. BMW Live Cockpit Professional hadir dengan ciri navigasi, BMW Intelligent Personal Assistant, sambungan 4G LTE, dua port USB, dan fungsi-fungsi lain seperti Pengemaskinian Perisian Berjarak Jauh (Remote Software Upgrade) serta pengemaskinian peta tanpa sambungan wayar bagi sistem navigasi.
BMW 530e M SportBMW 530e M Sport
Dengan BMW Intelligent Personal Assistant, BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport baharu menaik taraf interaksi antara pemandu dan kenderaan ini. Ciri-ciri kefungsian kenderaan yang boleh diakses dan dikawal melalui BMW Intelligent Personal Assistant meliputi panggilan telefon, pelarasan suhu, navigasi, pengaktifan bidai, serta pengoperasian kesemua tingkap secara automatik.
Demi kemudahan tambahan, varian-varian baharu ini menawarkan sistem Comfort Access, di samping penyaman udara automatik dengan 4 Zon kawalan dan tirai gulung elektrik untuk tingkap belakang.
BMW 530i M SportBMW 530i M Sport
Bantuan Memandu (Driving Assistance) disediakan bagi jentera-jentera ini melalui Amaran Pengeluaran dan Penukaran Laluan (Lane Departure and Lane Change Warning), amaran perlanggaran hadapan dengan intervensi brek, pencegahan perlanggaran belakang dan amaran perentasan trafik. Fungsi Parking Assistant Plus membawakan kamera Pandangan Keliling (Surround View) untuk kedua-dua varian. Para pemilik BMW 530i M Sport baharu juga dapat memanfaatkan Kawalan Luncur Aktif (Active Cruise Control) dengan fungsi Stop&Go.
Tambahan eksklusif untuk BMW 530i M Sport baharu ialah Shadow Line Package yang berharga RM 5,437.12. Bagaimanapun, para pelanggan dapat menikmati kadar rata istimewa iaitu RM 5,000 (tidak merangkumi kos buruh) sahaja mulai hari ini sehingga 31 Disember 2021. Pakej ini akan melengkapi kenderaan tersebut dengan gril ‘kidney’, trim saluran udara dan bingkai tingkap dalam warna High Gloss Black.
Varian-varian BMW 5 Series baharu ini bakal disediakan di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara mulai 28 Mei 2021. Para pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk memiliki sedan eksekutif premium baharu ini dengan bayaran RM 1,000 melalui platform BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/ mulai 29 Mei 2021.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.