Hari ini, PROTON memperkenalkan PROTON X50 2024 yang hadir dengan peningkatan terkini untuk pengalaman pemanduan lebih unggul.
Model yang popular PROTON menampilkan pelbagai peningkatan canggih pada SUV segmen-B mereka yang sangat popular.
Sejak dilancarkan pada 2020, PROTON X50 telah mencatatkan jualan lebih 110,000 unit. Sekali gus menjadikannya sebagai SUV terlaris di Malaysia.
Kini, model PROTON X50 2024 hadir dengan teknologi terkini dan pengalaman pemanduan yang lebih baik. Sama seperti model Geely Binyue yang menjadi asasnya yang telah terjual lebih 770,000 unit di seluruh dunia.
Legasi Keselesaan
Model PROTON X50 2024 meneruskan legasi pendahulunya dengan menawarkan pengalaman pemanduan lebih senyap dan lancar melalui penambahbaikan kadar bising, getaran, dan kekasaran (NVH).
Lebih 20 bahagian telah diperbaiki untuk meningkatkan penebat bunyi, memberikan suasana dalaman yang lebih baik. Pintu belakang berkuasa telah ditambah pada varian Premium dan Flagship untuk kemudahan tambahan.
Unit kepala infotainment (IHU) 10.3 inci pada 2024 PROTON X50 kini dilengkapi dengan pemproses dual quadcore baharu. Ia memberikan kelajuan but dan masa pemuatan yang lebih pantas.
Ads
Ini membolehkan operasi aplikasi berjalan lancar tanpa gangguan. Ia juga menampilkan arahan suara “Hi PROTON” dan aplikasi PROTON Link yang membolehkan enjin dihidupkan serta kabin disejukkan dari jarak jauh.
Keselamatan dan Kemudahan
PROTON terbaru ini menawarkan kombinasi keselamatan dan kemudahan yang unggul. Kamera 360 Definisi Tinggi baharu memberikan imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah, memudahkan parkir.
Fungsi Auto Park Assist turut disediakan untuk membantu pemandu dalam tugas parkir. Paparan pandangan 3D persekitaran akan muncul ketika memberikan isyarat untuk mengurangkan titik buta semasa manuver penukaran lorong, berfungsi sehingga kelajuan lebuh raya 150 km/j.
Enjin suntikan langsung turbocharged 1.5 liter pada 2024 PROTON X50 menghasilkan 177 PS dan 255Nm tork, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.
Gabungan ini membolehkan SUV mencapai masa pecutan 0-100 km/j dalam hanya 7.9 saat. Model ini juga dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan 8 Sistem Bantuan Pemandu Peringkat 2 (ADAS). Selain itu ia juga lengkap dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
Ads
Tawaran Istimewa
Peningkatan produk pada model ini memberikan nilai tambahan RM6,000 kepada pembeli, namun harga SUV ini dikekalkan.
Pakej ‘Early Bird’ terhad juga diperkenalkan dengan rebat sehingga RM8,500 untuk 5,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan pembelian baharu mereka sebelum 31 Julai 2024.
PROTON turut menawarkan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan 6 kali perkhidmatan buruh secara percuma.
“PROTON X50 yang dinaik taraf menunjukkan dedikasi PROTON untuk terus meningkatkan dan berinovasi sambil mengekalkan kualiti produk yang terbukti, seperti yang dijangkakan oleh pelanggan kami.
“Ia menawarkan reka bentuk sporty dan ciri yang dipertingkatkan untuk mengekalkan kedudukan produk sebagai model terbukti yang sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Proton atau hubungi pengedar Proton terdekat. Ia kini boleh ditempah dalam talian di Proton dan di bilik pameran PROTON yang sah.
Tahniah diucapkan kepada jenama kereta nasional, Proton, telah mengumumkan subjenama yang akan digunakan kepada kenderaan EV mereka.
Nama yang dipilih ialah Proton e.MAS iaitu hasil gabungan “e” yang merujuk kepaada elektrik dan “MAS” adalah singkatan kepada Malaysia.
Proton e.MAS
Fakta Menarik e.MAS
Dengan kerjasama Geely, kereta Proton EV itu ditawarkan untuk pasaran Malaysia dalam dua varian; Prime dan Premium.
Secara ringkas, e.Mas 7 Prime hadir dengan bateri berkapasiti 49.52kWh, roda aloi 18-inci, paparan unit skrin sentuh 15.4-inci dan sistem pemanduan ADAS Level 2.
Sementara e.Mas 7 Premium pula hadir dengan bateri berkapasiti 60.22kWh, roda aloi 19-inci, 16-speaker dengan sistem audio Flyme, paparan unit skrin cermin hadapan dan pengudaraan untuk tempat duduk hadapan.
Pada masa sama, kereta EV pertama Malaysia ini turut diiktiraf 5-bintang ASEAN NCAP.
Menariknya lagi, e,mas ini bkal menjadi kereta rasmi sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di negara ini pada tahun hadapan, petik MalaysiaGazette.
Proton e.Mas 7 dipilih kerana kerajaan mahu menjadikan kereta tersebut sebagai contoh di rantau Asia dalam pembuatan dan pembangunan EV, terang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama ia selaras komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 nanti.
“Untuk ASEAN tahun depan, e.Mas 7 adalah kenderaan rasmi kita. Kita nak tetapkan contoh di rantau ini, untuk mempromosikan keupayaan kita untuk menghasilkan kereta dan juga pembangunan EV.
“Ia bertepatan dengan komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih,” katanya semasa Majlis Perasmian Kereta Elektrik Nasional Pertama e.Mas 7 semalam.
Sebagai sebuah jenama automotif gergasi asal Jepun, Toyota sentiasa melihat jenamanya sebagai di antara perintis kepada kemajuan teknologi dan kejuruteraan unggugl.
Dari lensa pasarannya di Malaysia, UMW Toyota Motor dilihat sekali lagi mencatat pencapaian cukup mantap dengan mencapai jumlah penjualan bulanan sebanyak 10,931 unit. Ia merupakan pencapaian bulanan tertinggi dalam lima tahun terakhir.
Dari jumlah itu, sebanyak 10,709 unit merupakan jualan untuk Toyota manakala 222 unit lagi adalah untuk Lexus.
Pencapaian gemilang ini mendorong jumlah jualan tahunan mereka hingga Oktober 2023 kepada 87,422 unit, berbanding dengan 80,153 unit dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, mewakili peningkatan sebanyak 9.1% dalam jualan tahunan untuk sepuluh bulan pertama tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Komitmen UMW Toyota Motor dalam penyempurnaan proses pengeluaran di kompleks Bukit Raja dan Shah Alam terus membuahkan hasil dengan operasi yang lebih efisien dan peningkatan kapasiti.
Penambahbaikan terus dilakukan dalam proses CKD (Completely Knocked Down), menandakan tekad mereka untuk kecemerlangan dalam pengeluaran.
Kehadiran model Toyota Alphard & Vellfire 2023 menjadi lambang kejuruteraan yang tepat, mengimbangi kecekapan dan keanggunan. Enjin baharu 2.4L 16-valve DOHC dengan turbocharger dan intercooler memberikan prestasi unggul tanpa mengabaikan kemewahan yang menjadi ciri utama Toyota.
Sebagai komitmen untuk meningkatkan pengalaman membeli, UMW Toyota Motor turut melancarkan pelbagai promosi di bulan November di bawah tajuk “Celebrate the Symphony of Lights”.
Pelanggan Toyota berpeluang mendapatkan pembiayaan sehingga 100% untuk model-model terpilih, dengan faedah promosi sehingga RM15,000 tersedia untuk pelbagai model Toyota, termasuk Vios facelift dan Toyota Yaris baharu. Program Toyota Service Savers turut ditawarkan dengan ansuran bulanan yang mudah bermula dari RM18.
Usaha memulihara alam sekitar menjadi fokus utama UMW Toyota Motor melalui penyertaan aktif dalam Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS) di Hutan Simpan Kubang Badak, Langkawi.
Mereka berusaha mencapai matlamat menanam 12,000 pokok pada tahun 2023, dengan penekanan khusus kepada pokok bakau yang memberikan manfaat alam sekitar yang besar. Langkah ini sejajar dengan komitmen Toyota dalam mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, memperlahankan pelepasan CO2 dan membawa kepada masa depan yang lebih lestari.
UMW Toyota Motor sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menjana prestasi, inovasi, dan kesedaran alam sekitar dalam industri automotif. Dengan terus mencipta impak positif, mereka terus mempertahankan kedudukan cemerlang dalam landskap automotif global.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja ‘drop test’ pasti anda terbayang seleksi vidoe tular di mana pembikin content YouTube melakukannya terhadap pelbagai peranti pintar yang mahal. Namun berbeza dengan apa yang dilakukan pengeluar automotif asal Sweden, Volvo.
Bagi membantu pasukan keselamatan menjalani latihan khas terhadap beberapa senario kemalangan, Volvo telah melakukan drop test sebanyak 10 buah kenderaan.
Kebiasaanya ujian kemalangan diakukan di lapangan namun berbeza dengan senario yang lebih sukar ini. Dengan membayangkan kenderaan jatuh ke dalam gaung, pasukan keselamatan perlu mencari jalan paling pantas untuk membantu mangsa.
Foto: Volvo
Pasukan keselamatan khas ini merupakan pasukan pertama yang akan bergegas ke lokasi kemalangan untuk mengeluarkan mangsa. Menurut laporan, kebiasannya mereka melakukan latihan ini di tapak pelupusan kenderaan lama. Tapi di kawasan tersebut mereka hanya boleh melakukan simulasi dengan menggunakan kenderaan lama.
Foto: VolvoFoto: Volvo
Mengambil inisiatif untuk membantu pihak pasukan keselamatan tersebut, Volvo telah bersetuju untuk melakukan drop test terhadap 10 buah kenderaan baru dengan menggunakan kren.
SIMULASI KEMALANGAN
Kenderaan yang melalui ujian ini dilepaskan dari ketinggian 30 meter bagi menghasilkan simulasi kemalangan serius seperti perlanggaran antara kenderaan, dari bahagian tepi dan juga impak perlanggaran dengan kenderaan berat.
Selepas ia drop test dilakuakn pasukan keselamatan akan segera melihat kondisi kenderaan tersebut. Dan mreka hasur bertindak dalam masa paling kritikal iaitu satu jam.
Jelas salah seroang penyiasat senior Volvo Cars Traffic Accident Research Team, Hakan Gustafson berkata pihaknya bekerjasama dengan rapat bersama pasukan keselamatan.
Matlamat mereka hanyalah satu iaitu mencari jalan bagaimana untuk menawarkan keselamatan kepada pengguna jalan raya. Dengan melakukan ujian ini juga pasukan keselamatan boleh bersedia dengan senario beberapa jenis kerosakan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Ia sekali gus mempercepatkan proses menyelamatkan mangsa di masa akan datang.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan video menarik tentang gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.