Tahniah diucapkan kepada jenama kereta nasional, Proton, telah mengumumkan subjenama yang akan digunakan kepada kenderaan EV mereka.
Nama yang dipilih ialah Proton e.MAS iaitu hasil gabungan “e” yang merujuk kepaada elektrik dan “MAS” adalah singkatan kepada Malaysia.
Menariknya lagi, e,mas ini bkal menjadi kereta rasmi sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di negara ini pada tahun hadapan, petik MalaysiaGazette
.Proton e.Mas 7 dipilih kerana kerajaan mahu menjadikan kereta tersebut sebagai contoh di rantau Asia dalam pembuatan dan pembangunan EV, terang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama ia selaras komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 nanti.
“Untuk ASEAN tahun depan, e.Mas 7 adalah kenderaan rasmi kita. Kita nak tetapkan contoh di rantau ini, untuk mempromosikan keupayaan kita untuk menghasilkan kereta dan juga pembangunan EV.
“Ia bertepatan dengan komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih,” katanya semasa Majlis Perasmian Kereta Elektrik Nasional Pertama e.Mas 7 semalam.
BACA LAGI : 10 Fakta Menarik Mengenai Perodua EV eMO-II, Masa Depan Mobiliti Di Malaysia
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.