Walaupun berdepan dengan persaingan sengit dari pelbagai pengeluar, namun tidak dinafikan aura Proton masih kuat di kalangan peminat automotif tempatan. Jadi tidak hairanlah setiap kali memperkenalkan model baharu tumpuan pasti terarah kepada mereka terutamanya di laman media sosial.
Minggu lalu telah tular beberapa keping foto tentang khabar angin versi istimewa beberapa model kereta Proton. Dan hari ini segala persoalan orang ramai terjawab dengan pengumuman yang dibuat oleh Proton menerusi Facebook mereka.
Menerusi satu hantaran pada pagi hari ini, Proton mengumumkan kemunculan Persona Black Edition dan Exora Black Edition. Manakala di laman sesawangnya turut menyenaraikan Iriz R3 Limited Edition dan Saga R3 Limited Edition.
BACA: Kerosakan Palam Pencucuh, Sebelum Ia Berlaku Ini Beberapa Petanda Perlu Diawasi
“Elegan, prestij, kekuatan dan misteri merupakan elemen yang memberikan definisi kecantikan dari dalam”. Demikianlah jelas Proton tentang pengenalan versi istimewa beberpa kenderaan mereka yang akan dilancarkan pada 18 Februari 2021 menerusi sesi istimewa di Facebook pada jam 11 pagi.
Buat anda yang berminat untuk menjadi orang bertuah memiliki slah sebuah kereta Proton versi istimewa ini bolehlah https://www.proton.com/en/promotions/special-edition-launch-register-interest.
Menerusi borang di atas talian tersebut anda perlu mengisi makulmat peribadi seperti nama, nombor telefon, e-mel, kawasan tempat tinggal serta memilih jenis kereta yang anda mahukan.
Edisi istimewa dari Proton ini tidak selalu ada dan inilah peluang untuk anda miliki kereta eksklusif yang mempunyai nilainya tersendiri.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!