Kecerdasan buatan kini menjadi cabang teknologi yang semakin mekar berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Ia merupakan satu perkembangan yang membuatkan pelbagai pemain industri merasakan mereka perlu bersedia untuk menghadapi perubahan yang mungkin agak signifikan dalam masa terdekat dan akan datang.
Memajukan teknologi kecerdasan buatan juga menjadi satu aspirasi yang sangat penting terutamanya di kalangan golongan muda.
Baru-baru ini DeepGlint Technology Co. Ltd., sebuah syarikat terkemuka China dalam bidang kecerdasan buatan (AI), yang tercatat di Bursa Saham Shanghai telah berkolaborasi dengan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman di Setapak (TAR UMT) untuk mengadakan seminar yang memperkenalkan pencapaian terkini dalam teknologi AI kepada 120 pelajar sains komputer.
Dikenali sebagai pemain utama dalam AI, penglihatan komputer, dan analitik data besar, DeepGlint telah memperlihatkan beberapa solusi inovatif mereka yang merangkumi sektor seperti metaverse, sukan pintar, dan pengurusan trafik.
Ads
Seminar ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan pelajar tentang teknologi canggih dan projek yang telah membuat perbezaan signifikan tetapi juga menandakan langkah maju bagi Malaysia dalam arena AI global, selaras dengan hasrat negara untuk meningkatkan pertukaran bakat dengan China.
Selain itu, DeepGlint mengumumkan kerjasama dengan DeepCore Sdn. Bhd., syarikat AI Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk merapatkan bakat dan sumber tempatan demi kemajuan teknologi dan solusi AI, memperkukuh kedudukan strategik Malaysia dalam ekosistem teknologi dunia.
DeepCore juga sedang dalam perbincangan dengan TAR UMT untuk membuka peluang kepada pelajar untuk program pertukaran bakat, di mana pelajar terpilih akan berpeluang untuk latihan dan pengalaman praktikal di markas besar DeepGlint di Beijing, China.
Ads
Peluang kerja penuh waktu di DeepCore atau tawaran biasiswa untuk studi lanjutan merupakan sebahagian dari peluang yang ditawarkan kepada peserta yang berjaya.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DeepGlint, Zhao Yong, “Kami gembira melihat begitu ramai bakat di Malaysia. DeepGlint komited untuk memperkasakan minda muda dan merapatkan jurang antara akademik dan industri.
“Rakan kongsi kami, DeepCore adalah bukti kepercayaan kami terhadap potensi Malaysia sebagai pemain utama dalam revolusi AI merentasi pasaran ASEAN dan Timur Tengah. Program pertukaran bakat akan membolehkan kami mencari bakat dan pada masa yang sama, menyumbang kepada pembangunan AI di Malaysia dan ASEAN.”
Ads
Manakala Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan di Fakulti Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat merangkap Penolong Profesor TAR UMT, Dr. Wong Thein Lai turut seiring dengan berkata, “Seminar bersama DeepGlint merupakan pengalaman yang amat bermanfaat untuk pelajar-pelajar kami, di mana mereka dapat menggambarkan teknologi yang akan datang serta potensi dan kedudukan mereka di masa depan.
“Kami menghargai peluang ini dan prospek masa depan kerjasama ini untuk pertumbuhan profesional pelajar-pelajar kami,” tambahnya lagi.
Semoga lebih banyak lagi kerjasama seperti ini dapat kita saksikan di masa akan datang bagi menyiapkan generasi muda ke arah masa depan lebih gemilang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun bila tiba hari raya baju raya adalah satu kemestian. Tidak kurangnya kaum lelaki, turut tempias untuk mendapatkan suatu yang baru untuk di pakai di pagi Syawal. Namun di sebalik keghairahan ini, pasti ada yang terkena calitan kritikan netizen terutama para pereka fesyen yang mengeluarkan koleksi terbaharu mereka di pasaran.
Terkini, limpahan kata kesat mengenai rekaan pereka Amir Kadir menjadi bualan hangat netizen di media sosial, melabelkan rekaannya persis pakaian renang kerana dilihat terlalu ketat pada badan model yang menyarungkan rekaan tersebut, dilihat salah di mata netizen.
INI LUAHAN PEREKA FESYEN TERBABIT MENGENAI REKAANNYA YANG DISALAH ERTI OLEH RAMAI NETIZEN.
1.AMIR SUDAH BERTAPAK LAMA DI DALAM INDUSTRI FESYEN TEMPATAN DAN TIDAK AKAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MEMBURUKKAN NAMANYA, TAMBAHAN DIA TAHU APA ITU NILAI ESTETIKA BUDAYA PADA BAJU MELAYU ITU SENDIRI.
2.BAJU YANG DISARUNGKAN ITU JUGA ADALAH ‘LONGGAR’ NAMUN DISEBABKAN BADAN MODEL LELAKI TERSEBUT YANG TERLALU KEKAR MEMBUATKAN BAJU ITU TAMPAK KETAT.
“Kes Baju Melayu VIRAL ciptaan Amir Kadir menjadi bualan di segenap pelusuk netizen di media sosial semenjak kelmarin termasuk Twitter , FB dll malahan di tag ke seluruh Malaysia malahan khabarnya telah di tag ke fb dan twitter teman teman yg berada di seluruh dunia. Saya mendapat respon dari beberapa teman yg berada di Hong Kong , Saudi Arabia, Kuwait , Amerika dll. Saya Amir Kadir sendiri ingin menjelaskan baju tersebut bukanlah sesendat yang saya reka dan sengaja memperlekehkan budaya Melayu sendiri, pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian perkara ini terjadi ketika sessi pengambaran yg menggunakan khidmat salah seorang model yg sado dan saiz yg agak kecil utk beliau serta effect nya kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yg agak berlainan sedangkan jika di lihat pada gambar dimana 2 model yg berlainan effectnya adalah normal . Saya tidak rasa satu perkara yg agak drastik dari mata semua jika kita membandingkan effect pd gambar yg jadi bualan netizen semua dan yg satu lagi. Di harap penjelasan saya telah melegakan hati para netizen semua tentang keadaan sebenar . Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yg negatif uols tanpa usul periksa terlebih dahulu… anyway selamat berpuasa dan gunakan bulan yg mulia ini dengan amalan yg lebih berfaedah…”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut kajian, rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia merupakan pengguna Facebook dan Media Sosial Paling ramai di dunia. Tapi, bila dah obses dengan teknologi, pasti akan beri kesan pada kesihatan.
Ini antara perkara yang akan menyerang mereka yang ketagih dengan teknologi.
Insomnia
Masalah yang terjadi apabila obses dengan teknologi dan ketagih dengan media sosial, terjadilah tabiat berjaga malam dan alami masalah tidur.
Lemah Daya Ingatan
Terlalu bergantung dengan teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan. Bahaya tu!
Kemurungan
Setiap status dan perkongsian di media sosial boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh menjadi perkara negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca status orang lain.
Jadi Gemuk
Menurut kajian, melihat gambar makanan di laman sosial akan menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan yang kita nikmati. Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.
Jatuh Sakit
Telefon pintar boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas. Jadi pastikan bersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Overthinking atau terlalu banyak berfikir boleh menjadi penghalang besar dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja mengakibatkan tekanan mental, tetapi juga boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup. Berikut adalah lima konsep yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.
Morning Pages adalah kaedah yang diperkenalkan oleh Julia Cameron dalam bukunya “The Artist’s Way“. Ia melibatkan menulis tiga muka surat setiap pagi tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. Tujuannya adalah untuk membersihkan fikiran daripada segala kebimbangan, tekanan, atau idea yang mengganggu. Dengan menulis tanpa penapisan, anda membebaskan diri daripada beban mental yang sering menyebabkan overthinking. Kaedah ini bukan sahaja membantu menenangkan fikiran, tetapi juga membuka ruang untuk kreativiti dan idea-idea baru.
Peraturan 5 Saat diperkenalkan oleh Mel Robbins dalam bukunya “The 5 Second Rule“. Konsep ini mudah sahaja. Apabila anda mempunyai dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik atau produktif, kira dari 5 hingga 1 dan terus bertindak sebelum fikiran anda mula mencari alasan untuk tidak melakukannya. Dengan bertindak pantas, anda mengelakkan diri daripada overthinking dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Peraturan ini membantu membina keberanian dan keyakinan diri dalam membuat keputusan.
Peraturan ini melibatkan membahagikan masa berfikir anda kepada tiga bahagian: 70 saat untuk mengenal pasti masalah, 20 saat untuk mencari penyelesaian, dan 10 saat untuk membuat keputusan. Dengan memberi tumpuan kepada setiap fasa secara berasingan, anda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kitaran berfikir yang tidak berkesudahan. Peraturan ini membantu anda menjadi lebih teratur dan fokus, serta mengurangkan kebimbangan yang berkaitan dengan keputusan.
Salah satu cara untuk mengatasi overthinking adalah dengan menghentikan kitaran pemikiran yang tidak produktif dan mula bertanya soalan yang berguna. Contohnya, daripada bertanya “Kenapa ini terjadi kepada saya?”, cuba tanya “Apa yang boleh saya pelajari daripada situasi ini?” atau “Apa langkah seterusnya yang boleh saya ambil untuk menyelesaikan masalah ini?”. Dengan menukar fokus kepada soalan yang lebih konstruktif, anda boleh mengurangkan tekanan dan mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.
Spotlight Effect adalah konsep psikologi di mana kita cenderung untuk berfikir bahawa orang lain memberi perhatian lebih kepada kita daripada yang sebenarnya. Ini sering menjadi punca utama overthinking, terutama apabila kita merasa malu atau risau tentang apa yang orang lain fikirkan. Dengan menyedari bahawa orang lain mungkin tidak memberi perhatian sebanyak yang kita sangkakan, kita boleh mengurangkan kebimbangan dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dalam hidup.
Mengatasi masalah overthinking memerlukan kesedaran dan usaha yang konsisten. Dengan mengamalkan konsep-konsep ini, anda boleh mengurangkan kebiasaan overthinking dan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan produktif.