KULIT KERING MEMBUATKAN KULIT WAJAH MENJADI LEBIH SENSATIF TERHADAP PERSEKITARAN. SEBAGAI LELAKI, ANDA JANGAN BIARKAN MASALAH INI TERUS BERLARUTAN. KAWAL DAN ATASI MASALAH INI SEGERA.
SUHU AIR YANG BERSESUAIAN
Adakah anda tahu suhu air panas dan terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Lantaran gunakan suhu air yang sederhana untuk mandi atau mencuci wajah. Ia akan membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit.
PELEMBAP BERBENTUK KRIM
Gunakan pelembap berbentuk krim bukannya losen untuk mengatasi masalah kulit kering. Krim lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan kekal lama. Lantaran kulit mendapat khasiat yang terkandung di dalam produk tersebut.
GEL PENCUCI
Bagi anda yang mempunyai kulit wajah kering, jangan sesekali menggunakan pencuci berbentuk sabun. Sebaliknya pilih gel pencuci kerana ia berasas air dan membantu membuatkan kulit wajah lembap sekali gus mengelakkan ia melupas.
MINYAK ZAITUN SIHATKAN KULIT
Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya ia kaya dengan Vitamin E yang membantu menjadikan kulit halus, lembut dan kekal lembap. Kulit wajah dan tubuh yang kering serta kasar dapat diatasi dengan penggunaan minyak zaitun secara konsisten. Amalkan tip ini setiap hari, pasti anda dapat melihat perubahan yang positif pada kulit.
MASKER AVOKADO
Kisar buah avokado sehingga benar-benar halus, campurkan dengan air suam. Kemudian gaul bahan ini sehingga sebati. Oleh pada seluruh wajah dan leher, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit akan menjadi halus dan tidak lagi kering.
KHASIAT KUBIS
Kubis enak dijadikan hidangan dan membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Selain itu sayuran ini juga mempunyai kebaikan untuk merawat masalah kulit kering. Khasiat yang terkandung di dalam kubis dapat mengatasi kulit kering dengan berkesan. Caranya hancurkan kubis kemudian jadikan masker.
MADU LEMBAPKAN KULIT
Oleh wajah dengan madu setiap malam sebelum tidur, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas wajah dengan air limau nipis atau air putih. Hasilnya kulit menjadi lembap, halus dan kemerahan. Wajah kusam tampak berseri.
3 PRODUK PATUT CUBA
THE BODY SHOP ALOE SOOTHING DAY CREAM
Moisturizer alcohol free terbaik untuk kulit sensitif
Lidah buaya sememangnya terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif dan membantu melegakan ketidakselesaan pada kulit. Ia sesuai untuk menyejukkan dan sempurna untuk kulit yang terdedah pada alahan, gatal atau merah. Body shop sering mengeluarkan produk yang terbukti mengandungi bahan semula jadi. Pelembap lembut ini untuk menenangkan kulit sensitif dan kering. Dirumus tanpa wangian, warna, pengawet dan alkohol dan pilihan yang sempurna untuk kulit sensitif.
HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING LIGHT CREAM
Moisturizer anti jerawat terbaik untuk kulit berminyak
Krim pelembap ini menggabungkan 4 jenis O hyaluronic asid yang dikuasai oleh teknologi penembusan untuk mengunci, menambah dan menyimpan kelembapan dalam lapisan kulit di setiap lapisan. Selain itu, ia meningkatkan tahap penghidratan kulit melalui teknologi canggih aqua volume matrix yang menggunakan kluster 3D untuk menahan titisan air minyak yang mengandungi nutrisi larut minyak untuk membolehkan penembusan yang lebih dalam ke dalam kulit. Ia mengawal dan menyerap minyak yang berlebihan yang terhasil pada kulit. Memberi kulit rasa kekal ringan dan keselesaan sepanjang hari yang tidak berminyak.
HIMALAYA NOURISHING SKIN CREAM
Krim Nourishing Himalaya adalah krim ringan, tidak melekit dan sesuai untuk penggunaan harian yang menyediakan pelembap, khasiat dan perlindungan sepanjang hari. Krim ini diadun dengan ekstrak lidah buaya, cherry, pokok kino India dan pennywort India yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering agar kekal memberikan khasiat dan kelembapan. Cherry adalah tumbuhan yang digunakan untuk tindakan antioksidannya yang membantu pertumbuhan semula sel kulit. Manakala pokok kino India mempunyai sifat astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk nada dan meremajakan kulit wajah. Kulit anda akan kekal lembap dan tidak kering lagi dengan krim pelembap ini.