Pejam celik, pejam celik program TV berteraskan auto paling gempak di Malaysia, ‘RODA PANAS’ kini bakal memasuki episod yang kelapan.
Pelbagai jenis kereta serta motosikal telah ditonjolkan menerusi episod terdahulu. Bahkan kenderaan karavan juga turut menjadi pparan eksklusif yang cukup unik khas buat anda penonton dan peminat setia ‘RODA PANAS’.
Sebelum memperkenalkan preview untuk episod terbaru pada Isnin ini, MASKULIN ingin ambil kesempatan untuk terus menyeru kita semua agar terus menjaga keselamatan diri dan keluarga. Bermula minggu hadapan kita akan berdepan ‘lockdown’ yang lebih ketat berikutan kadar kes penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Teruskan duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu sahaja. Luangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga atau anda boleh menonton episod-episod terdahulu ‘RODA PANAS’ menerusi strim di Astro Go!
Bagi episod kelapan, ‘RODA PANAS’ menampilkan bukan seorang tetapi dua orang selebriti jemputan. Mereka tidak lain tidak bukan ialah pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Achey dan Beto Kusyairi.
Ads
Menariknya, mereka berdua akan mempertontonkan motosikal yang cukup ikonik kepada penonton. Bersama-sama hos Remy Ishak, anda akan dibawa mendekati motosikal Yamaha RXZ milik Achey dan juga Ducati 1198 milik Beto.
STATUS IKONIK
Buat peminat motosikal dua lejang, model Yamaha RXZ merupakan motosikal berstatus legenda di negara kita. Popularitinya menyaksikan motosikal yang pertama diperkenalkan pada tahun 1985 ini bertahan cukup lama dalam pasaran.
Malah kini ia telah menjadi motosikal buruan ramai pengumpul koleksinya dan serta menyaksikan harga mencecah puluhan ribu ringgit.
Ads
Achey merupakan pengumpul tegar motosikal dan kini memiliki kira-kira 40 buah motosikal! Dan model Yamaha RXZ ini adalah antara yang paling disayanginya. Melihat motosikal Achey sahaja pasti menggamitkan memori ramai peminat motosikal di Malaysia.
Pelakon disegani ramai, Bato Kusyari pula membawakan motosikal buatan Itali yang cukup ikonik, Ducati 1198 keluaran pada tahun 2009.
Bagi peminat motosikal ‘sport’, jenama Ducati merupakan antara model yang cukup disegani. Teknologi buatan Itali kaya dengan sentuhan cukup berseni dan agak berbeza dengan motosikal keluaran Jepun.
Ads
Pada episod ini, Beto berkongsi pengalamannya menunggang motosikal ikonik ini serta beberapa ubah suai atau modifikasi yang dilakukan olehnya.
Jika anda ingin tahun apakah kisah disebali Achey dan Beto bersama motosikal mereka, jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod kelapan pada Isnin, 31 Mei 2021 jam 9:30 malam di Astro Naura dan strim menerusi Astro Go.
Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai pemandu kenderaan, antara perkara asas yang perlu diambil berat adalah berkenaan paras minyak hitam bagi mengelakkan enjin jadi rosak atau bermasalah.
Selain memastikan minyak pelincir untuk enjin ini sentiasa mencukupi, pemeriksaan minyak hitam juga membolehkan kenderaan anda bergerak dengan lancar.
Dalam masa sama anda dapat mengenal pasti dengan lebih awal jika berlaku kebocoran minyak hitam tanpa disedari yang menyebabkan minyak hitam kurang atau pun minyak hitam yang baru ditukar tidak mencukupi atau terlebih.
Cara periksa minyak hitam
1. Buka hood kereta (ada yang panggil bonet hadapan).
2. Kenal pasti kedudukan pelaras pemeriksa. Biasanya bertangkai dan bersebelahan dengan enjin.
Sumber Foto: SPANCO
3. Tarik ke atas dengan perlahan. Biasanya akan dapat rasa ianya akan berpusing. Ikut putaran semasa tarik dengan lembut.
4. Terdapat dua sukatan yang menunjukkan aras maksimum dan aras minimum yang dicadangkan oleh pengeluar kereta. Dan juga bahagian hujung yang berpilin (twist) adalah normal.
5. Berikut adalah contoh aras minyak yang normal. Ulang langkah 3 dan 4 beberapa kali untuk benar-benar pasti paras minyak hitam tersebut.
Sumber Foto: SPANCO
6. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula ke tempat asalnya dan pastikan ianya ditutup rapat.
7. Jika, aras minyak melebihi aras maksimum atau kurang dari aras minimum, dapatkan nasihat dari bengkel berkaitan masalah yang dihadapi untuk memastikan enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Dinasihatkan juga semasa melakukan pemeriksaan ini, kereta haruslah berada dalam keadaan yang mendatar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasanya setiap orang yang menggunakan perfume secara rutin pasti pernah berdepan masalah ini. Di mana anda dapati perfume yang disembur kurang memberikan kepuasan dari segi bau.
Malah perfume yang baru dipakai tidak tahan lama. Tidak sampai dua atau tiga jam macam hilang terus tanpa ada kesan bau langsung. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang membuatkan anda berdepan dengan masalah ini.
Pertama sekali perkara yang harus difahami ialah tidak semua jenis perfume sesuai dengan kulit kita. Oleh itu, sebelum membelinya usahlah segan untuk mendapatkan pendapat daripada jurujual atau pekerja di gedung beli-belah yang menjuanya.
Mereka mempunyai pengalaman luas dan sudah terlatih untuk memberikan pandangan dan mengesyorkan jenis perfume yang sesuai untuk kita.
Selain itu terdapat juga beberapa faktor mengapa perfume menjadi kurang ‘kick’. Semburan yang tidak betul dan penyimpanannya di tempat tidak sesuai. Ingin tahu mengapa ia boleh beri kesan sebegitu? Ikuti penjelasan dari MASKULIN di bawah.
Ya, mungkin anda ada lebih daripada satu jenis minyak wangi. Namun perlu diingt setiap inyak wangi paling lama boleh bertahan untuk digunakan pun hanyalah 5 tahun. Menggunakan minyak wangi yang telah lama disimpan membuatkan baunya kurang kuat.
PENYIMPANAN SALAH
Faktor cahaya dan kelembapan kawasan simpanan boleh menjadi faktor penting mengekalkan bau wanghi. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan. Bila ini berlaku bau minyak wangi yang digunakan akan terjejas dan tidak mengeluarkan bau seperti yang dimahukan.
KULIT KERING
Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak kering dan mempunyai kelembapan yang baik. Disebabkan itulah jika anda mempunyai jenis kulit kering bau minyak wangi yangh dipakai mudah hilang. Ini kerana kekurangan kelembapan pada badan tidak membuatkan ia ‘melekat’ dan tahan lama.
TERLALU BANYAK BAU
Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis produk yang ada baunya tersendiri. Sabun mandi, pencuci muka dan juga syampu di antara produk yang ada bau. Dan percampuran bau inilah juga yang boleh menjadi penyebab minyak wangi mudah hilang baunya.
MASALAH KULIT
Bagi anda yang berdepan dengan masalah atau penyakit kulit mungkin kurang bernasib baik bila bercakap tentang minyak wangi. Ada sesetengahnya berdepan alahan dan jika dipakai pula baunya tidak tahan lama.
Buat anda yang ingin mencari perfume bau sedap dan pada harga menarik, bolehlah dapatkannya di sini.
Kalau kereta rosak dekat highway semasa berjalan jauh, anda dinasihat untuk jangan panik dan tenangkan diri.
Bukan apa.. kerana semua orang tahu risiko yang ditakuti apabila berjalan jauh adalah kereta rosak dekat highway dan ketika itu memang sukar mendapatkan bantuan.
Kalau setakat tayar pancit, OK lagi. Tapi kalau nak sampai enjin high temperature sehingga kereta rosak, yang ini masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000 d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sumber : Wan Amir
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.