Pejam celik, program TV berkisarkan dunia automotif paling gempak di Malaysia, ‘RODA PANAS’ kini sudah pun memasuki episod kelima.
Menerusi episod-episod sebelumnya kita semua dihidangkan dengan variasi jentera kereta dan motosikal daripada tema-tema berbeza seperti kereta sport,kereta fini tuning, motosikal berkuasa besar dan juga kereta gaya muscle car Amerika.
Salah satu perkara yang membuatkan mengapa kaki kereta begitu komited dengan hobi mereka ialah kepuasan yang dapat dirasai selepas mampu merealisasikan jentera impian di depan mata.
Dalam episod kali ini, itulah yang ‘RODA PANAS’ bakal bawakan kepada anda. Bersama-sama hos yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Remy Ishak kita akan dibawa mendekati kereta sensasi milik aktor cukup berpengaruh berasal dari Kelantan, Pekin Ibrahim.
Mengetangahkan kereta sensasinya Volkswagen Golf R32 MK5, Pekin menceritakan bagaimana dia membina semula kereta ini dari kasar sehinggalah lengkap seperti yang disaksikan sekarang.
“Masa aku beli kereta ni masa tu kereta ni dah rosak. Kereta yang tak ada apa. Tak boleh jalan, enjin teruk, gear box kong,” jelas Pekin kepada Remy.
Paling menarik, Pekin turut berkongsi bahawa model modifikasi seperti keretanya tidak sampai 10 unit sahaja terdapat di Malaysia. Dan elemen ‘rare’ itulah yang membuatkan Pekin lebih sayang dan teruja dengan kereta dari jenama asal Jerman miliknya itu.
Menerusi episod ini juga Pekin turut berkongsi tentang spesifikasinya dan mencertiakan pengalamannya bagaimana dia ‘membikin’ kereta ini dari tak ada apa kepada sebuah entiti auto yang cukup mantap.
Penggambaran yang dilakukan di Litar Antarabangsa Sepang ini juga turut menonjolkan Pekin dan Remy ‘test power’ kemantapan enjin yang Volkswagen Golf R32 MK5. Namun ada perkara agak mencuitkan hati berlaku.
Bak kata Pekin Ibrahim, “Motorsport itu kejam bro!”
Jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ EP.5 pada 10 Mei 2021, jam 9:30 malam di Astro Naura, ON DEMAND atau strim menerusi ASTRO GO.
Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!