Preview RODA PANAS EP. 2 – Wak Doyok Tampilkan Kereta Perkasa Jalanan, Mustang Shelby GT500!

Share

Buat anda yang menonton episod pertama pada hari Isnin lalu menerusi Astro Naura atau menerusi penstiman di Astro Go, terima kasih MASKULIN ucapkan. Bagaimana dengan paparan bersama Dato AC Mizal dan kereta Porsche beliau?

Memang gempak, bukan!

Untuk episod kedua yang akan ditayangkan esok, ‘RODA PANAS’ telah mengundang ikon fesyen lelaki terkenal tanah air, Wak Doyok.

Jadi apakah kereta atau jentera yang bakal dikongsikan oleh Wak Doyok menerusi episod kedua kali ini?

Buat peminat muscle car atau kereta berkuasa tinggi, iniah episod yang tidak harus anda lepaskan.

Remy Ishak sebagai hos ‘RODA PANAS’ akan membawa anda mendekati ‘raksasa jalanan’ milik Wak Doyok iaitu Episod 2 Ford Mustang 5.0L V8 yang dimodifikasi kepada Ford Mustang Shelby GT500!

Sebelum program TV ‘RODA PANAS’ ke udara di kaca TV, MASKULIN sebenarnya pernah memaparkan Wak Doyok bersama kenderaan pacuan empat rodanya yang telah mendapat jumlah view cukup tinggi di laman media sosial.

VERSI IDAMAN

Jadi pastinya pengenalan kereta Mustang dari Wak Doyok kali ini tidak harus anda lepaskan. Seperti dinyatakan di atas, kereta Wak Doyok ini asalnya ialah dari model For Mustag 5.0L V8.

Namun kerana minatnya yang luar biasa terhadap model Ford Mustang Shelby GT500, dia sanggup berbelanja untuk merealisasikan impian melihat versi idamannya di depan mata.

“Bagi saya sendiri saya suka modifikasi pada bahagian luar dan dalam. Dekat luar haruslah tampil ‘seksi’ manakala dalam pula harus ada kuasa,” jelasnya yang memiliki jentera hebat ini sejak tahun 2016.

“Luar harus ‘seksi’ manakala dalam pula harus ada kuasa,” jelas Wak Doyok yang kini turut menjadi Timbalan Presiden Kelab Mustang untuk media sosial seluruh Malaysia.

Jadi apakah modifikasi yang dilakukan oleh Wak Doyok terhadap kereta perkasa jalanannya yang tampil dalam bentuk Ford Mustang modifikasi Shelby GT500? Berapakah agaknya kuasa kuda yang dibawa di bawah bonet kereta ini?

Jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod 2 bersama hos Remy Ishak dan tetamu jemputan, Wak Doyok pada Isnin, 19 April 2021 jam 9:30 malam di Astro Naura (saluran 109). Anda juga boleh saksiken menerusi servis penstriman di Astro Go dan juga di On Demand.

Ingat kereta, ingat RODA PANAS!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim