Mereka bermula dengan 12 orang Bros. Dan kini hanya tinggal 6 Bros yang masih teguh berdiri, bersiap sedia untuk pertarungan terakhir!
Selepas menempuh sembilan episod penuh keringat, kekuatan dan keberanian – tiga pasukan terbaik bakal bertempur dalam cabaran paling sengit dalam sejarah MASKULIN Who’s Your Bro!
Dari memanjat menara, bertempur dengan pasukan ragbi di sawah bendang, menyeberangi sungai sambil membawa kayu balak, hingga ke cabaran triathlon—semuanya telah mereka harungi.
Setiap detik penuh aksi telah membentuk mereka menjadi pejuang sejati. Kini, tiga pasukan terakhir yang tinggal bakal berentap untuk menentukan siapa yang layak ditabalkan sebagai Juara MASKULIN Who’s Your Bro serta membawa pulang RM30,000 dan trofi eksklusif.
Pertembungan pada cabaran finale kali ini bukanlah calang-calang. Setiap pasukan sebenarnya memiliki kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Amat sukar untuk kira menjangkakan siapakah akan dinobatkan sebagai juara!
Inilah barisan gandingan Bros atau tiga gandingan hebat yang akan berentap:
🔥 Ikmal & Hakimi – Dua ‘pretty boy’ yang bukan sekadar berwajah tampan, tetapi juga memiliki ketahan, kesungguhan serta kekuatan mental luar biasa.
🔥 Saddam & Dr. Shazif – Gandingan atlet sukan lasak dan personaliti kesihatan yang membuktikan kekuatan bukan hanya di gim dan lapangan semata tetapi juga dalam cabaran sebenar.
🔥 Theeban & Syafiq – Bekas atlet serta pelakon yang berpengalaman dan peserta ‘underdog’ mat despatch yang lincah, bersedia untuk berjuang hingga ke titisan peluh terakhir!
Esok malam, ketiga-tiga pasukan akan diuji dengan cabaran terakhir yang paling epik! Mereka bakal menghadapi 7 stesen cabaran berbeza, setiap satu menguji elemen utama seorang ‘BRO’ sejati—strategi, kekuatan, kepantasan, ketahanan kelincahan dan keseimbangan.
Ini bukan sekadar ujian fizikal, tetapi juga mental. Hanya yang paling kuat dari segi minda dan tubuh akan berjaya menamatkan cabaran ini dengan gemilang!
Walaupun Saddam yang merupakan atlet sukan lasak sendiri mengakui keperitan cabaran dalam program realiti kecergasan No.1 Malaysia ini, semangat brotherhood yang terjalin sepanjang perjalanan mereka mungkin menjadi faktor penentu kejayaan.
Adakah latihan intensif mereka cukup untuk menundukkan cabaran terakhir ini? Atau akan ada yang tersungkur sebelum garisan penamat?
BACA: Theeban & Syafiq, Dari Bawah Radar Ke Finale MASKULIN Who’s Your Bro!
Satu perkara yang pasti, episode finale ini bakal mencipta sejarah! Tidak pernah sebelum ini kita menyaksikan pertarungan segetir ini dalam rancangan televisyen Malaysia.
Persoalannya, pasukan mana yang akan bangkit sebagai juara?
Saksikan Finale MASKULIN Who’s Your Bro, esok 7 Februari 2024, jam 9 malam di Astro Ria! Bersiap sedia untuk menyaksikan pertarungan paling epik dalam dunia kecergasan!
Ini adalah saatnya! Ini adalah pertarungan sebenar! Siapa BRO, siapa LAWAN?!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.