Bagi anda yang aktif dan mempunyai rutin senaman tersendiri pastinya setiap hari akan lakukan cabaran tersendiri. Pasti ada sasaran yang hendak dicapai setiap kali melakukan senaman. Namun ada satu perkara yang sangat penting ramai orang lupa. Pre-workout merupakan rutin yang sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kecederaan otot.
Memiliki tenaga yang berpanjangan semasa bersenam tak kira di kawasan beriadah, mauhu pun di gimnasium adalah idalam setiap orang. Makanan memainkan peranan penting dalam pencapaian seseorang.
Seseorang yang menjaga diet, akan sentiasa menjaga pemakanan mereka tak kira dalam apa jua keadaan. Namun, ada antara anda yang masih tidak pasti bentuk makanan bagaimanakah yang sesuai dinikmati oleh seseorang sebelum memulakan senaman.
Lebih sinonim dengan nama Pre-Workout dimana anda perlu mengambil sedikit makanan sebelum anda bersenam. Ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk antaranya makanan semua jadi, ataupun supplement yang telah diproses.
Masing-masing mempunyai khasiat tersendiri. Tujuan utama mengambil makanan Pre-Workout adalah untuk menstabilkan gula dalam darah semasa bersenam yang akan membantu mencegah pengurangan glikogen dan mengurangkan kerosakan otot anda.
Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan bergantung kepada jenis senaman anda. Contohnya seperti kefein yang diterangkan oleh pakar UK, dimana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan creatine atau kafein, boleh membantu untuk meningkatkan prestasi.
Walaupun mereka mungkin mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan mungkin juga meningkatkan aliran darah ke kulit, kesan-kesan ini begitu kritikal malah membantu anda menjadi lebih kuat, cerdas dan sihat.
BACA: Bisep Dapat Jadi Sado Dengan Beberapa Teknik Senaman Dumbbell Ini
Setiap coach, nutritionist, dan dietitian mempunyai konsep yang berbeza dalam jenis-jenis pre-workout. Namun, mereka semua mencapai kata sepakat bahawa makanan merupakan elemen terpenting dalam pre-workout. Makanan ini hendaklah diambil paling lewat 30 minit sebelum anda mula bersenam.
Karbohidrat membantu memaksimumkan glikogen untuk senaman intensiti tinggi, manakala lemak membantu badan anda untuk bertahan lebih lama ketika latihan. Protein juga boleh dimasukkan kerana ia meningkatkan sintesis protein otot dan membantu dalam pemulihan otot yag koyak ketika bersenam.
Tentu sekali, jika anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar nutrisi dan dietitian, mereka akan menasihatkan anda untuk makan makanan yang tidak diproses seperti telur mata lembu, telur rebus bersama dengan sekeping roti sebelum bersenam. Manakala coach dan pakar gimnasium akan sarankan anda untuk mengambil protein powder sebagai makanan tambahan.
Follow Instagram MASKULIN untuk update terkini trend lelaki terkini!