Bagi anda yang kerap menaiki pesawat, pastinya anda pernah terpesona melihat kejelitaan pramugari dan ketampanan pramugara yang bertugas.
Apa tidaknya, paras rupa dan penampilan para pramugara dan pramugari merupakan salah satu perkara yang dititik beratkan dalam pemilihan serta latihan untuk menjadi petugas di awan biru itu.
Tahukah anda, perkara itu begitu dititik beratkan sehingga mereka tidak dibenarkan untuk bertugas di dalam penerbangan jika ada sesuatu yang menjejaskan penampilan fizikal mereka?
Seorang bekas pramugari syarikat penerbangan tempatan, Eyza Roslee berkongsi pengalamannya dikenakan tempoh grounded gara-gara mengalami masalah jerawat yang teruk ketika bertugas dahulu.
View this post on Instagram
Menerusi temu bual audio siar Borak Dalam Galley episod 31 di saluran YouTube Zarul Umbrella, Eyza memberitahu yang dia dikenakan grounded selama tiga bulan.
“Kalau setakat jerawat satu dua, tak mengapa. Ini breakout yang teruk, memang kena grounded,” ujarnya kepada pengacara audio siar, Zarul Umbrella yang juga seorang bekas pramugara.
Eyza cuba untuk menutupi cela diwajahnya itu, namun ia tetap dapat dikesan oleh pegawai atasannya.
View this post on Instagram
Kongsinya lagi, dia dipanggil oleh pegawai atasannya ketika dia hendak menghadiri taklimat sebelum penerbangannya pada hari berkenaan.
Pegawai atasannya lalu memaklumkan yang penerbangan Eyza pada hari berkenaan adalah tugasannya yang terakhir sebelum dia dikenakan tempoh grounded.
Untuk makluman, grounded bermaksud seorang pramugari atau pramugara tidak dibenarkan untuk bertugas dalam mana-mana penerbangan syarikat terbabit.
Sepanjang tempoh itu, mereka hanya akan bertugas di daratan mengendalikan tugas-tugas pejabat dengan bayaran gaji asas sahaja.
Perlu Dinilai Doktor & Diuji Teknik Solekan
Walaupun tugasnya di udara terhenti sementara, Eyza menceritakan yang dia masih perlu menghantar gambar wajahnya kepada seorang doktor yang ditugaskan untuk memantau perkembangan wajahnya.
Selepas diluluskan oleh doktor, barulah dia perlu hadir ke pejabat untuk diuji teknik menatarias wajahnya pula oleh pegawai atasan.
“Kita kena datang pejabat, bersolek depan mereka. Mereka nak tengok, kita pandai ke nak lindung bekas-bekas jerawat,” kongsi Eyza.
@eyza.roslee Ramai request look “cabin crew” 🥹 #makeup #makeuptutorial #cabincrew ♬ original sound – Aina Abdul
Selepas menerima kelulusan untuk hal berkenaan, barulah dia dibenarkan untuk bertugas semula sebagai pramugari.
Hampir 10 tahun bertugas di udara, namun itulah kali pertama Eyza mengalami masalah jerawat seteruk itu dalam hidupnya ketika memasuki usia 30an, tambahnya.
Tidak harianlah mengapa petugas-petugas udara sentiasa tampil dalam keadaan terbaik mereka, kelihatan segak dan anggun demi membawa imej syarikat penerbangan masing-masing.
BACA: “Jangan Sebut Perkataan Ini Di Dalam Pesawat” – Zarul Umbrella
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI