Image by aleksandarlittlewolf on Freepik

Masalah tingkap kereta atau power window kebiasaannya boleh muncul apabila kereta sudah mencecah usia 5 tahun ke atas.

Apabila masalah power window ini berlaku, tidak dinafikan ia cukup merenyahkan! Kebiasaannya faktor kerosakan ini adalah disebabkan komponen dalaman sudah haus atau uzur seiring dengan usia kereta anda.

Masalah biasa yang akan berlaku adalah ia tidak dapat turun atau naik apabila diperlukan. Selain itu apabila rosak, ia akan tersekat di tengah bingkai pintu dan fungsinya tidak lancar seperti selalu.

MASKULIN ingin tunjukkan 3 perkakas yang anda kena periksa untuk ketahui masalah yang sedang dihadapi tentang power window.

1. Masalah fius

‘Power Window’ Kereta Tak Turun Atau Naik, Ini Tiga Perkara Pertama Perlu Diperiksa
Foto: WikiHow

Cuba periksa bahagian fius. Anda boleh gantikan fius yang lama dengan yang baharu tetapi jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas.

Peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas atau pun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.

Ads

2. Voltan elektrik dan suis tingkap

‘Power Window’ Kereta Tak Turun Atau Naik, Ini Tiga Perkara Pertama Perlu Diperiksa

Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa.

Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.

Ads

3. Motor dan regulator

‘Power Window’ Kereta Tak Turun Atau Naik, Ini Tiga Perkara Pertama Perlu Diperiksa

Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

BACA: Pedal Minyak Terasa Berat Bila Ditekan, Ini Punca & Cara Nak Atasinya

Ads

Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.

Jika segalanya sudah ditukar tetapi masih tidak berfungsi, cuba bawa ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik yang lebih pakar dalam isu ini.

Selamat mencuba.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI