Rambut memainkan peranan penting dalam membentuk imej seseorang lelaki. Setiap tahun, trend gaya rambut berubah dengan inspirasi daripada budaya pop, runway fesyen dan pengaruh media sosial.
Tahun ini, gaya rambut lelaki tidak hanya menonjolkan keunikan tetapi juga menekankan keseimbangan antara penampilan kemas dan santai.
Mari kita lihat beberapa gaya rambut lelaki terkini yang sesuai untuk semua jenis penampilan dan personaliti.
Buzz Cut Modern
Pendek, ringkas dan maskulin, Buzz cut kembali menjadi pilihan utama lelaki yang menginginkan gaya minimalis tetapi penuh impak.
Versi moden gaya ini menampilkan garis tajam dengan sentuhan fade di sisi, memberikan dimensi dan struktur kepada wajah.
Gaya ini sesuai untuk lelaki aktif yang mahukan penampilan bersih dan mudah diurus.
French Crop
Potongan rambut French crop yang menampilkan bahagian sisi yang pendek dan rambut di atas yang lebih panjang memberikan sentuhan gaya klasik.
Ini adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan gaya mudah tetapi bergaya, terutama bagi lelaki yang mahukan penampilan yang lebih profesional.
Taper Fade
Taper fade adalah pilihan versatil yang menawarkan peralihan halus daripada rambut panjang di atas kepala kepada rambut yang semakin pendek di sisi.
Ia memberi kesan kemas dan sesuai untuk lelaki yang inginkan potongan elegan.
Textured Quiff
Quiff masih mengekalkan popularitinya pada 2024.
Namun, versi terbaharu potongan seumpama itu lebih bertekstur dengan menggunakan produk rambut untuk mencipta gaya lebih bersahaja.
Gaya tersebut sesuai untuk lelaki yang suka bereksperimen dengan volum rambut mereka.
Slicked Back Undercut
Undercut yang disisir ke belakang dengan kemas adalah gaya yang memancarkan keyakinan dan keanggunan.
Potongan sedemikian sesuai untuk acara formal atau lelaki yang inginkan gaya profesional tetapi tidak mahu kelihatan terlalu konvensional.
Mullet
Mullet yang pernah menjadi simbol fesyen pada era 80-an, kini kembali menguasai trend gaya rambut lelaki dengan sentuhan moden.
Gaya ini terkenal dengan ciri khasnya pendek di bahagian depan dan sisi, tetapi panjang di bahagian belakang.
BACA: Jangan Sampai Terlambat! Ini Tip Untuk Elak Kebotakan & Rambut Gugur Awal
Kini, rambut mullet bukan sekadar nostalgia tetapi ia menjadi gaya unik yang melambangkan keberanian dan ekspresi diri.
Apapun gaya rambut yang dipilih, penjagaan yang rapi adalah kunci utama untuk memastikan penampilan sentiasa segar dan menarik.
Pastikan rambutbersih, sihat dan terurus agar ia mencerminkan keperibadian yang positif dan keyakinan diri.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI