Mendengar sahaja penyakit kanser prostat pasti cukup menggerunkan untuk kaum lelaki kerana ia merupakan penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kematian.

Apatah lagi ia berkait rapat dengan organ pembiakan, maka tidak semua lelaki yang selesa untuk berkongsi pengalaman tentang penyakit ini.

Walau bagaimanapun, peluang untuk sembuh juga tinggi jika penyakit ini dapat dikesan lebih awal sebagaimana Dato’ Sri Nazir Tun Razak, seorang kanser survivor yang kini bebas daripada kanser prostat.

Kehadiran penyakit yang tidak diduga ini nyata telah mengubah gaya hidup Dato’ Sri Nazir Tun Razak untuk lebih peka tentang kesihatan diri.

Artikel berkaitan: Lelaki Kesunyian Berdepan Masalah Kesihatan Luaran & Dalaman

Artikel berkaitan: Cuba Periksa Warna & Bentuk Kuku Anda, Kerana Ia Boleh Memberi Petunjuk Tahap Kesihatan Anda

Disahkan kanser prostat tanda simptom

Semuanya bermula ketika beliau menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai syarat awal pembelian insurans.

“Saya pun pergilah jumpa doktor. Lepas buat medical test itu, dapat result, doktor kata dari segi PSA Test iaitu test cancer marker, tinggi sangat. Jadi, kena buat test lagi.

“Selepas itu saya buat MRI, confirm ada tumor, ada pembesaran dalam prostat saya. Lepas tu saya kena buat test biopsy untuk pastikan ini kanser atau tidak.

“Bila buat biopsy tu, confirm saya ada kanser prostat dan ia sangat agresif. Kalau saya tak buat rawatan dengan segera, kanser ini boleh merebak ke seluruh badan.

Akui Dato’ Sri Nazir Tun Razak, dia sendiri terkejut apabila doktor mengesahkannya menghidap kanser prostat sedangkan beliau langsung tiada sebarang tanda.

Rasa takut terus menerjah dirinya saat mendengar perkataan kanser keluar dari mulut doktor.

IKLAN

“Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana penyakit ini dikesan lebih awal iaitu di stage 2 dan boleh buat pembedahan kerana kanser ini belum merebak.

“Saya menjalankan ujian di London dan memberitahu doktor saya ketika itu untuk menjadualkan pembedahan saya selepas saya pulang dari bercuti.

“Betapa sihatlah saya rasa pada masa itu sehingga boleh bercuti dengan keluarga!”

Positif Lawan Penyakit Kanser Prostat, Kini Dato’ Sri Nazir Razak Pulih Sepenuhnya!
Foto: Koleksi NU Ideaktiv Sdn Bhd

Bangkit dan ubah gaya hidup sihat

Bukan mudah untuk menerima hakikat bergelar pesakit kanser, apatah lagi penyakit ini boleh meragut nyawa. Selain melakukan pemeriksaan dan menjalankan rawatan, sokongan ahli keluarga sangat penting dalam memberi semangat untuk pesakit melawan kanser prostat ini.

“Apabila saya mendapat tahu yang saya menghidap kanser prostat, saya serta keluarga saya risau kerana ia diketahui bahawa kanser mampu meragut nyawa pada bila-bila masa, dan saya juga khuatir jika sesuatu tidak baik berlaku semasa prosedur pembedahan.

“Tetapi keluarga saya memberi semangat terutamanya isteri dan anak-anak saya yang meyakinkan saya bahawa prosedur tersebut akan berjalan lancar dan saya akan cepat sembuh.

“Abang-abang saya Nizam dan Johari serta keluarga mereka melawat saya di London. Tidak lupa juga rakan-rakan saya seperti Tan Sri Tony Fernandes, Datuk David Chua, Datuk Haris Onn dan Datuk Kamaluddin Badawi.”

IKLAN

Disebabkan kanser prostat ini, Dato’ Sri Nazir Tun Razak berhenti merokok dan lebih kerap bersenam selepas pulih.

Jika sebelum ini beliau terlalu fokus pada kerjayanya di CIMB sehingga mengabaikan kesihatan, tetapi kini beliau lebih memandang serius tentang kesihatan diri.

Untuk rutin pemakanan, beliau cuba untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi. Tidak dilupakan, aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu tidak kira di rumah ataupun di luar apabila bermain golf.

Jangan abaikan gejala ini

1. Jangan melengahkan masa lagi. Jika anda mempunyai gejala seperti kerap membuang air kecil, sukar untuk membuang air kecil ataupun mempunyai nafsu berahi (libido) yang rendah, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

2. Walaupun anda tidak mengalami apa-apa gejala, anda harus menjalani pemeriksaan prostat yang berkala selepas umur 50 tahun dan ke atas.

3. Jika anda mempunyai sejarah kanser prostat dalam keluarga terdekat, anda juga dalam golongan yang berisiko tinggi dan wajar menjalani pemeriksaan prostat yang berkala dengan doktor.

“Amerika Syarikat di mana ujian prostat kerap dilakukan, kemungkinan golongan lelaki mendapat kanser prostat adalah 10%. Ingat, hanya lelaki berisiko mendapat kanser prostat, dan mampu diselamatkan jika dikesan dan dirawat dengan awal.”

Positif Lawan Penyakit Kanser Prostat, Kini Dato’ Sri Nazir Razak Pulih Sepenuhnya!
Foto: Koleksi Dato’ Sri Nazir Tun Razak

Kaedah rawatan pesakit kanser prostat

“Penting untuk pesakit mendapatkan nasihat doktor jika mengalami gejala kanser prostat. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh termasuk digital rectal examination (DRE) dan ujian darah Prostate Specific Antigen (PSA) sebagai penyiasatan awal Kanser Prostat.

IKLAN

“Jika keputusan ujian-ujian tersebut adalah ‘luar biasa’, pesakit akan dirujuk kepada pakar Urologi untuk pemeriksaan lanjut termasuk ujian biopsi kelenjar prostat.”

Menurut beliau lagi, kanser prostat adalah antara kanser yang mempunyai peluang sembuh yang paling tinggi jika dikesan dan dirawat awal.

“Data dari kajian-kajian kanser prostat menunjukkan bahawa lebih 90% pesakit kanser prostat pada peringkat awal dapat hidup sekurang-kurangnya 10 tahun selepas menerima rawatan.

“Sebaliknya, jika kanser ini dikesan pada peringkat yang lewat, hanya sekadar 30% pesakit yang akan hidup lebih daripada lima tahun.

“Berdasarkan pengalaman saya, selepas prosedur biopsi tersebut mengesahkan bahawa ketumbuhan saya sudah menjadi barah, doktor cadangkan saya untuk menjalankan pembedahan secepat mungkin.

“Selepas pembedahan tersebut, alhamdulillah saya pulih dengan sepenuhnya dalam beberapa bulan.

“Saya rasa memiliki kesedaran mengenai kanser prostat adalah sangat penting. Kanser prostat adalah salah satu kanser yang lebih mudah dirawat dan kadar pulih pesakit kanser prostat yang dirawat awal juga adalah tinggi, hanya jika dikesan awal.”

Saksikan “Power Talk NI Fight Againts Cancer Campaign” pada 18 November 2020 secara live di FB Mingguan Wanita.

Positif Lawan Penyakit Kanser Prostat, Kini Dato’ Sri Nazir Razak Pulih Sepenuhnya!

Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=bKXzwwZEPmE&t=1s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI