
Pernah terfikir tak bagaimana nak dapatkan kulit bersih dan pori-pori mengecil glowing bak artis K-pop?
Bayangkan anda miliki kulit wajah yang sempurna dan bersih, pasti anda menjadi kegilaan wanita-wanita di luar sana bukan?
Tak menjadi masalah, MASKULIN ada beberapa cara untuk anda mengecilkan liang-liang pori agar kulit kelihatan bersih dan glowing.
Biar kulit wajah anda semakin sihat dan dapat mencegah break out pada kulit.
#1: Teknik Kapas Basah
1. Ambil kapas dan rendamkan ke dalam air sejuk.
2. Tampalkan kapas di bahagian wajah terutamanya pada kedua-dua belah pipi, dahi, dagu dan hidung.
3. Biarkan di atas kulit selama 3-5 minit.
4. Kalau ada sisa kapas yang basah pada wajah, tepuk-tepukkan dengan tangan yang bersih sehingga semuanya menyerap pada kulit.
#2: Teknik Golekkan Ais Di Wajah
1. Ambil seketul ais dan golek di seluruh wajah.
2. Waktu terbaik untuk amalkan teknik ini sebelum apply skincare atau makeup.
3. Kulit wajah akan nampak lebih licin dan glowing.
#3: Teknik Mask (Putih Telur + Yogurt)
1. Ambil putih telur dan campurkan dengan satu sudu yogurt original.
2. Sapu pada keseluruhan wajah dan biarkan selama 15-20 minit.
3. Kulit akan rasa sedikit tegang lepas cuci. Jangan lupa apply pelembap untuk jaga kelembapan kulit.
Follow Instagram, subscribe & tonton video Youtube MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tabiat Harian Lelaki Lakukan Jadi Punca Rambut Cepat Botak, Antaranya Pakai Topi Terlalu Ketat

Sejak dulu kita sering dengar wanita berkata bahawa rambut merupakan mahkota mereka. Sebenarnya ia juga tidak kurang juga dengan lelaki. Rambut merupajan antara ‘aset yang sangat penting dalam penampilan lelaki.
Malah dengan rambut yang baik ia menonjolkan identiti serta personaliti seorang lelaki itu menjadi lebih menarik. Jadi bagi lelaki memang rambut sangat penting. Penjagaan rambut lelaki mungkin tidak serumit seperti wanita. Namun terdapat beberapa tabiat yang sering lelaki lakukan boleh menyebabkan rambut gugur, rosak dan seterusnya menjadi cepat botak.
Jika anda melakukan perkara seperti MASKULIN nyatakan di bawah, masih tidak terlambat untuk ubat tabiat tersebut!
Pakai topi ketat
Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada anda yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu.
Namun tanpa anda sedar, pemakaian topi yang terlalu ketat dengan pemakaian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala. Tabiat ini akan menyebabkan rambut kurang bernafas sehingga rambut jadi nipis dan akhirnya botak.
Ikat rambut terlalu kuat
Memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah man bun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Apa yang salahnya apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut.
Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk anda yang berambut panjang!
Elak ikat rambut tocang
Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya man braid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki. Gaya french braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy.
Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
Kurangkan produk dengan bahan kimia
Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan. Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala.
Sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik. Jadi berhati-hatilah menggunakan produk sebegini. Jangan kerana ingin mengikut trend, anda sanggup mengabaikan kesihatan rambut.
Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi pastikan anda tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan produk hair styling.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Atasi Masalah Kelemumur Teruk & Keruping Kulit Kepala Dengan Beberapa Syampu Ini

Tanyalah mana-mana lelaki antara masalah yang cukup menjengkelkan dalam hal penjagaan diri adalah masalah kelemumur. Tidak kiralah lelaki itu dalam bidang jenis apa sekali, kelemumur merupakan masalah yang boleh menjejaskan keyakinan diri.
Buat anda yang ada masalah kelumumur pastinya tertanya-tanya apakah rawatan yang terbaik. Dan apakah jenis syampu yang mampu membantu anda mengurangkan masalah kelemumur.
Sebelum kita mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu kenalilah apakah punca berlakunya kelemumur. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Iskandar Mirza menerusi satu bebenang ciapan di laman media sosial Twitter kendaliannya.
Jelasnya, masalah kelemumur boleh berlaku apabila kulit di badan atau kepala berubah menjadi keruping. Ia tidak membawa sifat berjangkit atau merupakan sakit serious.
Namun kondisi ini sebenarnya boleh mengurangkan tahap keyakinan diri apabila berjumpa kenalan atau berjumpa orang lain secara bersemuka.
Masalah kelemumur yang tidak terlalu banyak boleh dikawal dengan menggunakan syampu setiap hari. Akan tetapi jika ia tidak membawa kesan ketara bermakna anda harus menggunakan syampu khas yang mengandungi ubat. Satu perkara yang harus diingat, jika ia hilang itu tak bermakna kelemumur itu tak akan muncul semula.
Kenali Simptoms
- Keruping di Kawasan kulit badan atau kepala
- Kulit kepala gatal
- Kulit kepala bersisik
Ada ketikanya simptom akan menjadi bertabah teruk terutamanya jika berada dalam keadaan stres serta bila musim sejuk dan kering.
Terdapar beberapa penyebab utama mengapa kelemumur boleh muncul.
- Kulit sensitive, berminyak
- Tak shampoo dengan kerap
- Ada jangkitan kulat di kulit kepala
- Kulit yang kering
- Kulit sensitive terhadap produk
- Sakit kulit kronik seperti psoriasis dan eczema
JENIS SYAMPU MENGIKUT KONDISI
- Pyrithione zinc shampoo (Head &Shoulders, DermaZinc)
Mengandungi anti bakteria dan anti kulat
2) Tar-based shampoos (Neutrogena T/Gel)
Tar memperlahankan kematian sel – sel kulit di kepala daripada menjadi keruping.
3) Shampoo mempunyai salicylic acid (Neutrogena T/sal, Baker’s P&S)
Shampoo ini dapat membuang sisik kelemumur
4) Selenium sulfide shampoo (Head & shoulders intensive, Selsun Blue)
Mempunyai anti kulat.
5) Ketoconazole shampoo
Dapat membunuh kulat di kulit kapala.
Dan jika anda masih ragu-ragu akan jenis syampu dan rawatan sesaui silalah berjumpa dengan pakar kulit.
Semoga perkongsian yang dilakukan oleh Dr Iskandar ini mapmu memberikan manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rambut Gugur Tidak Akan Teruk Jika Ikut Beberapa Tip Ini

Masalah rambut gugur merupakan satu kondisi yang biasa dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita. Tahukah anda seorang lelaki secara puratanya keguguran 50 helai rambut dalam masa sehari?
Sebenarnya ia adalah proses semula jadi yang biasa. Cuma bila rambut gugur itu lebih banyak dari biasa – itulah kondisi yang perlu anda bimbang. Ia boleh gugur di mana sahaja dan dalam keadaan berbeza-beza.
Sebagai contoh ketika menyikat atau mencuci menggunakan syampu. Ia pasti akan gugur walaupun sedikit.
Jika rasa ia gugur lebih banyak daripada normal, lakukan beberapa perkara yang MASKULIN kongsi di bawah.
CUCI GUNA SYAMPU
Cucilah dengan rutin yang baik. Ia boleh membantu mengurangkan keguguran dan memastikan kulit kepala bebas kelemumur. Secara tidak langsung ia mengurangkan risiko sebarang jangkitan yang boleh sebabkan rambut gugur.
PENGAMBILAN PROTEIN
Pastikan diet harian anda lengkap dengan protein seperti daging, ikan, kacang dan pelbagai produk tenusu. Ia boleh membantu mengurangkan keguguran.

URUT GUNA MINYAK
Sesiapa berdepan masalah kulit kepala boleh dapatkan rawatan urutan dengan menggunakan essential oil. Ia membantu folikel kekal aktif.
JANGAN SIKAT KETIKA BASAH
Ketika rambut anda basah itulah masanya ia cukup lemah. Jadi elakkan memberus atau menyikat rambut ketika kepala basah. Jika perlu menyikat juga pilihlah sikat yang mempunyai jarak ‘gigi’ lebih lebar.
MINUM AIR
Pastikan anda meminum air dengan cukup. Badan yang mempunyai kadar hidrasi yang baik boleh membantu pertumbuhan rambut lebih sihat.
JANGAN MEROKOK
Tabiat merokok juga boleh menyebabkan ia mudah gugur. Rokok boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan rosak. Sekali gus membuatkan rambut gugur.
JANGAN STRES
Kesihatan mental juga memberi impak sangat besar kepada fizikal anda. Banyak kajian mendapat seseorang yang sentiasa berdepan stres menghadapi masalah rambut gugur dengan teruk.
Jika anda mencari syampu yang berkualiti pada harga menarik, boleh dapatkan di sini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI