Apakah elemen tular yang biasanya cukup mudah mendominasi topik perbualan terutamanya bagi lelaki?

Mengaku atau tidak, kejelitaan seseorang gadis yang memiliki personaliti dan latar belakang yang menarik merupakan antara perkara yang menjadi resepi mudah tular di kalangan warganet lelaki.

Begitu juga jika terdapat penglibatan kaum wanita dalam kerjaya yang lebih sinonim dan didominasi oleh lelakui seperti tentera atau polis.

Apabila ada anggota wanita yang jelita pasti dia akan berjaya menarik perhatian ramai. Itulah yang berlaku kepada seorang Polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berasal dari Indonesia ini.

WAJAH MACAM PELAKON

Polis PBB Jelita Ini Tawan Hati Warganet Dengan Rupa Paras Bak Bintang Filem
Cantiknya!

Pertama kali MASKULIN melihat fotonya di Instagram diakui kami juga agak terkesima dengan kejelitaan yang dimilikinya. Malah tak salah kalau kami katakan rupa parasnya yang cantik itu tak kalah dengan barisan aktres popular dari Indonesia!

IKLAN

Polis PBB Jelita Ini Tawan Hati Warganet Dengan Rupa Paras Bak Bintang Filem

BACA: Digelar Captain Marvel, Pilot Jelita Tular Gara-Gara Layan Rock Kapak Di Dalam Kokpit

Gadis bernama Hikma Nursya ini berasal dari Yogjakarta dan sedang bertugas di bawah panji PBB berpangkalan di Bangui, Republik Afrika Tengah. Baru berusia 25 tahun, gadis yang menjadi Polis PBB ini tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya bertugas di perbatasan menerusi Instagram, @hikmanursyaa.

IKLAN

Polis PBB Jelita Ini Tawan Hati Warganet Dengan Rupa Paras Bak Bintang Filem

TAK LOKEK SENYUMAN

Dengan jumlah follower seramai 67.5k, setiap perkongsiannya mendapat jumlah like dan komen yang cukup banyak. Rata-rata warganet terutamanya dari Indonesia menyatakan rasa kagum mereka dengan keberanian serta sifat suka membantu orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Polis PBB Jelita Ini Tawan Hati Warganet Dengan Rupa Paras Bak Bintang Filem

IKLAN

Polis PBB Jelita Ini Tawan Hati Warganet Dengan Rupa Paras Bak Bintang Filem

Menerusi perkongsian fotonya dapat dilihat Hikman juga tidak lokek senyuman. Selain itu dia juga seorang anggota yang mahir menggunakan senjata.

Semoga kisahnya yang dikongsi bersama di Instagram mampu memberikan inspirasi kepada anak-anak muda yang mungkin memasang impian untuk menjadi Polis PBB sepertinya.

Sumber: Tribun Pekan Baru & Instagram @hikmanursyaa

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI