Inspirasi

PMX Dinobat Antara Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Share

Dikenali dan dihormati sebagai seorang tokoh politik yang berprinsip tinggi serta memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia, dan reformasi politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah berjaya menduduki tempat ke-15 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims (Muslim Paling Berpengaruh) bagi edisi 2025, yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) dari Jordan.

PMX

Menurut laporan Malay Mail , ini merupakan peningkatan buat Anwar, yang pada tahun sebelumnya berada di tangga ke-17 dalam kategori yang sama.

Berita pengiktirafan ini turut dikongsikan oleh  Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan tersebut melalui aplikasi X.

Nga menyatakan bahawa Anwar adalah contoh pemimpin yang mampu memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Dalam penerbitan tersebut, Anwar disenaraikan bersama nama-nama besar lain seperti Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein, yang menduduki tempat pertama, dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima), serta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (ke-18).

Tahniah PMX!

BACA LAGI : 10 Ciri-Ciri Lelaki Takut Bini, Salah Satunya Banyak Alasan Bila Kawan Ajak Lepak

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana