Dikenali dan dihormati sebagai seorang tokoh politik yang berprinsip tinggi serta memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia, dan reformasi politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah berjaya menduduki tempat ke-15 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims (Muslim Paling Berpengaruh) bagi edisi 2025, yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) dari Jordan.
Menurut laporan Malay Mail , ini merupakan peningkatan buat Anwar, yang pada tahun sebelumnya berada di tangga ke-17 dalam kategori yang sama.
Berita pengiktirafan ini turut dikongsikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan tersebut melalui aplikasi X.
Nga menyatakan bahawa Anwar adalah contoh pemimpin yang mampu memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Dalam penerbitan tersebut, Anwar disenaraikan bersama nama-nama besar lain seperti Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein, yang menduduki tempat pertama, dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima), serta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (ke-18).
Tahniah PMX!
BACA LAGI : 10 Ciri-Ciri Lelaki Takut Bini, Salah Satunya Banyak Alasan Bila Kawan Ajak Lepak
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bangun Jam 4 Pagi Untuk Bersenam, Antara Rahsia The Rock Kekalkan Bentuk Badan
Mata kita yang melihat mungkin tidak tahu akan usaha keras yang seseorang curahkan sebelum dia mengecap kejayaan hebat. Dwayne Johnson atau lebih popular dengan namagelaran gustinya, The Rock merupakan antara aktor dan selebriti lelaki yang paling berjaya pada masa sekarang.
Malah, dia telah dilaporkan menjadi antara salah seorang pelakon lelaki yang mendapat jumlah pendapatan dalam tempoh setahun. Kemunculannya dengan susuk tubuh yang tegap menjadikan The Rock sebagai pelakin filem aksi yang sangat didambakan pengarah dan penerbit filem.
The Rock yang bakal muncul di dalam filem adiwira DC berjudul ‘Black Adam’ ini turut berkongsi beberapa perkongsian tentang persiapan berbentuk senaman pada awal pagi.
Lebih menarik terdapat hantaran yang dilakukan oleh The Rock menerusi Instagram kendaliannya pada jam 3:46 pagi. Menerusi kapsyen perkongsian tersebut, The Rock menulis, “selamat pagi, ayuh kita mula bekerja kawan-kawan”.
Bekerja baginya di sini ialah melakukan senaman untuk memantapkan bentuk badan serta stamina. Ia juga merupakan persiapan penting sebelum terlibat dalam mana-mana penggambaran.
Dan beberapa jam kemudian selepas hantaran tersebut, The Rock dilihat pula meneruskan aktivitinya di sebuah gimnasium dikenali sebagai Iron Paradise. Pada waktu tersebut jam menunjukkan jam 4:15 pagi dan beliau mengambil keputusan untuk meneruskan sesi senamannya di situ pula.
“Hari Isnin ini saya ambil keputusan untuk melakuka aktiviti lebih produktif dan bangkit dengan segera sebelum pergi kerja,” jelasnya lagi.
Berbeza dengan orang lain yang mugkin lebih selesa menyambung tidur tapi tidak bagi The Rock. Tambahan pula ia adalah mingu-minggu terkakhir sebelum penggabaran ‘Black Adam’ bermula.
Mungkin itulah yang menyebabkan The Rock lebih bekerja keras memantapkan kondisi fizikalnya. Kalau The Rock yang sudah berjaya pun bekerja keras seperti itu, bagaimana pula dengan kita? Semoga ia menjadi inspirasi buat kita semua!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Takkan Nak Menyewa Sampai Ke Tua, Lelaki Ini Kongsi 7 Tip Miliki Rumah Sendiri Walau Bergaji Kecil
Isi Kandungan
ToggleDengan harga rumah yang semakin melonjak naik dengan kos sara hidup yang juga semakin meningkat, membantutkan hasrat ramai dalam kalangan kita untuk memiliki rumah sendiri. Bagi golongan yang bergaji kecil dan tambahan lagi baru memulakan kehidupan berdua sudah pasti menginginkan rumah sendiri yang mampu memberikan lebih privasi dan keselesaan, disamping kehidupan yang lebih terjamin. Mari lihat perkongsian saudara Amir Syahir ini di laman facebooknya mengenai tip memiliki rumah sendiri ini. Semoga bermanfaat buat semua.
Yelah takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5? Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang. Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak. Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas.
Ikuti tip berguna untuk membeli rumah idaman dan siapa sangka anda mungkin jumpa mana yang berkenan..
1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan
Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.
2. Tabiat Menyimpan
Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.
3. Mulakan Pelaburan
Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.
4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat
Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.
5. Tambahkan Pendapatan
Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.
6. Beli Rumah Murah Dulu
Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.
7. Baiki Profil Kewangan
Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.
Sumber : Amir Syahir
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dengan Diet Makan Telur & Intermittent Fasting, Jejaka Ini Berjaya ‘Hilang’ 28kg!
Isi Kandungan
ToggleSudah banyak kita dengar tentang intermittent fasting. Bahkan MASKULIN sendiri sudah berulang kali mengupas tentang teknik diet yang pada asanya berpuasa selama 12 jam. Dan ia kebanyakannya dilakukan bermula pada malam sehinggalah keesokan pagi.
Akan tetapi bagi jejaka bernama Mohd Ariff Shafiq Bin Husin yang berusia 29 tahun ini, selain mengamalkan intermittent fasting dia juga menggabungkan satu lagi teknik diet yang cukup berbeza.
Jejaka berasal dari Kuala Terengganu yang berkhidmat sebagai Pegawai Keselamatan di dalam bidang pembinaan ini berkongsi rahsia bersama MASKULIN bagaimana dia berjaya menurunkan berat bada dari 109 kilogram ke 81 kilogram.
Jom sama-sama kita ikuti temubual MASKULIN bersama Mohd Ariff yang dihubungi menerusi e-mel di bawah.
KEINGINAN TURUN BERAT BADAN
BAGAIMANA BERAT BOLEH MENCECAH SEHINGGA 109KG?
Selepas berkahwin saya jadi kurang jaga pemakanan. Terutamanya pada waktu malam. Makan nasi dengan banyak, ambil makanan bergula serta makanan lain yang tinggi kalori.
APA YANG MEMBUAT ANDA INGIN TURUNKAN BERAT BADAN?
Saya mendapat motivasi untuk turunkan berat badan bila saya perasan keyakinan diri sangat rendah bila nak berdepan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada masa itu saya fikir saya belum ada anak tapi sudah pakai baju bersaiz XXL.
Bidang kerja saya pula perlukan orang yang berada dalam tahap kesihatan baik. Bila dah makin berisi saya juga selalu deman, malas dan cepat letih. Itulah yang membuatkan saya ingin berubah dan mahu turunkan berat badan untuk diri sendiri, kerjaya, keluarga dan masa depan.
BACA: “Tak Minum Ais & Nasi Segenggam”, Rahsia Gadis Ini Turun 21kg!
BAGAIMANA DENGAN PERUBAHAN DIET CONTOH MENU DIAMBL SETIAP HARI?
Bulan pertama saya makan 3 biji telur pada waktu tengahari.Selain itu saya akan makan sekeping roti putih berserta air yang banyak iaitu kira-kira 2 liter. Pada waktu malam selepas ke gym pula saya biasanya akan makan epal hijau. Dengan mengikuti intermittent fasting saya tak akan makan apa-apa dari jam 9 malam hinga 12 tengahari.
BOLEH KONGSI TIP TAHAN DIRI UNTUK MAKAN SEPERTI SEBELUM INI?
Seperti saya katakan tadi, diet saya telah berubah dengan banyak minum air putih dan makan telur 2 biji. Telur merupakan makanan sempurna yang boleh buat saya tahan rasa lapar. Elak pergi kedai makan dan isi masa lapang dengan hobi lain contohnya main video game PUBG.
PERUBAHAN FIZIKAL PADA PERINGKAT AWAL
ADAKAH PERUBAHAN PADA BULAN PERTAMA PADA FIZIKAL JADI KETARA?
Selepas sebulan perut saya jadi makin mengecil serta badan rasa sangat selesa bila buat kerja dan tugasan harian.
BAGAIMANA PULA DENGAN SENAMAN?
Ya, senaman memang memainkan peranan sangat penting! Saya berlari atau jogging selama lebih kurang 30 minit sehari. Pada permulaannya saya akan buat dengan lari pantas sejauh 20 meter dan sambung dengan berjalan. Kemudian lari pantas 20 meter dan berjalan untuk 10 meter hinggalah cukup masa 30 minit.
Bagi jarak pula saya tak pernah tetapkan tapi saya cuba untuk buat 5km. Tiga bulan kemudian saya buat 4km dalam masa 28 minit. Kini saya jogging hanya 2.5km dalam masa bawah 12 minit.
ADAKAH SUDAH UAS HATI DENGAN BERAT SEKARANG?
Alhamdullah saya sudah turun 28kg. Tapi misi saya seterusnya ialah nak turun lagi hingga 75kg.
TIP BAGAIMANA KEKALKAN MOTIVASI DIRI?
Antara tip yang saya praktikkan ialah membeli baju bersaiz yang lebih kecil. Contoh sekarang saya bersaiz L, jadi saya akan beli baju saiz M. Dengan itu saya akan kerja keras untuk sasarkan saya boleh pakai baju saiz itu.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Mohd Ariff yang berkongsi tip serta pengalamannya menurunkan berat badan. Semoga perkongsian perjuangannya menurunkan berat badan ini boleh menjadi sumber inpirasi buat adan yang ingin melakukan perkara saya.
Syabas MASKULIN ucapkan buat Mohd Ariff. Teruskan berusaha keras dan kekalkan fikiran positif untuk terus maju ke hadapan!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI