“Please Stay At Home”, Pemandu Ambulans Kongsi Risiko Dihadapi Petugas Kesihatan

Share

Hari kelima.

Keadaan menjadi semakin serius. Hari demi hari peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 meningkat dan semalam kita menyaksikan jumlah kematian meningkat kepada 8 orang.

Sebagai warga yang bertanggungjawab tiada jalan lain yang boleh kita lakukan untuk membantu mengurangkan penularan virus merbahaya ini melainkan jangan keluar rumah.

Di laman media sosial kita dapat lihat golongan yang paling berisiko ialah petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta hospital swasta, klinik dan farmasi.

Ilustrasi: Public Health Malaysia

Malah kita juga sudah dapati terdapat kes di mana frontliner seperti doktor dan petugas perubatan telah dijangkiti oleh Covid-19 disebabkan pesakit yang positif menipu dan tidak mendedahkan mereka sama ada pernah ke luar negara berisiko tinggi atau ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19.

Selain doktor dan jururawat, antara petugas berisiko tinggi ialah pemandu ambulans dan kenderaan KKM.

Tugas mereka juga sangat berisko tinggi. Mereka merupakan insan bertanggungjawab membawa peaskit, menghantar sampel darah, membawa jenazah dan memindahkan pesakit Covid-19.

Disebabkan itulah frontliners sering merayu kepada kita semua untuk jangan keluar rumah bagi mengurangkan kes Covid-19.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian oleh saudara Mohd Khairy Izzuddin yang merupakan pemandu ambulans dan kenderaan KKM.

Menerusi perkongsian yang mendapat lebih 4.4k perkongsian serta 1.4k komen meunjukkan sedikit sebanyak tugas harian dihadapi beliau.

“PLEASE STAY AT HOME”

Kami Paling terdedah,,
Yang mengangkat pesakit adalah kami, yang hantar sampel darah adalah kami.
Yang refer kes ke hospital2 utama adalah kami.
Yang membawa pegawai kesihatan kerumah2 untuk saringan adalah kami.
Yang menghantar jenazah kekubur adalah kami.
kalau terdedah ..
kami yg mula2 akan kena.. mungkin orang tak pandang kami… tapi kami tetap buat kerja kami, ikut aturan yg ditetapkan.. kami tahu kami bukan paramedik(nurse👩🏻‍🔬/ma👨🏻‍⚕️/mo👩🏻‍⚕️) .


Kami cumalah non paramedik yang melancarkan perjalanan kerja Staff2 Kesihatan .
Semoga Allah lindungi kami barisan hadapan KKM… Hero🦸‍♂️ yg tak didendangkan…😞😢😢🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑😷😷😷😷😷😷

#PEMANDUKENDERAANKKM⛑
#ABAMAMBULAN🚑💨💨
#KAMIADAKELUARGA👨‍👩‍👧‍👦
#DOAKANKAMIJUGA🤲
#KAMIBERISIKO🛑
#FRONTLINER😷
#COVID19🦠
#MEDICJINJANG🏥

————————

Semoga seruan dan rayuan oleh saudara Mohd Khairy diambil serius oleh kita semua. Sama-samalah kita membantu mereka menjalankan tugas dengan sempurna dengan tinggal di rumah!

Kredit:FB Mohd Khairy Izzuddin

Published by
Farizul Izwany