Gaya Hidup

PlayMade Tampilkan Boba Pelbagai Perisa, Dihasilkan Segar Setiap Hari Tanpa Bahan Tiruan

Share

Jenama minuman teh boba, PlayMade yang berasal dari Taiwan telah pun mengukuhkan jenamanya di lebih 30 negara. Di Singapura, ia telah menambat hati pelanggan dan menjadi popular bagi penggemar minuman boba di negara itu sejak 2017.

Selepas menembusi pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertamanya di IOI City Mall, Serdang bulan lalu, PlayMade cuba untuk melangkah setapak lagi di pasaran tempatan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Menjelang tahun hadapan, PlayMade menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya lima cawangan di Malaysia.

Kami percaya landskap kepelbagaian kulinari Malaysia menawarkan kemungkinan yang tidak berkesudahan dan “taman permainan untuk semua selera” untuk mencipta pelbagai perisa boba yang akan sentiasa mengujakan pelanggan di sini, Pengurus Besar PlayMade Malaysia, Tan Chia Hong.

“Kami sentiasa komited untuk menggunakan bahan-bahan segar, semula jadi yang diimport dan bukannya perisa tiruan supaya pelanggan kami dapat menikmati setiap hari keseronokan tanpa keraguan,” tambahnya.

Boba Dihasilkan Segar Setiap Hari

Berlainan dengan minuman boba biasa yang berasaskan gula perang, PlayMade menampilkan kelainan dengan menghasilkan boba pelbagai perisa.

Lebih menarik lagi, boba mereka dihasilkan segar setiap hari tanpa menggunakan bahan-bahan tiruan demi mengekalkan kualiti dan rasa yang asli.

Perkara ini boleh disaksikan sendiri oleh pelanggan menerusi jendela kaca yang membolehkan mereka melihat sendiri proses pembuatan boba.

PlayMade sengaja menampilkan konsep dapur berjendela kaca ini demi membuktikan ketelusan penghasilan boba yang berkualiti dan segar setiap hari.

Published by
Ruszaini Ruslan