Platform VR Dalam Bentuk Treadmill Evolusi Baharu Dunia Gaming

Share

Industri permainan video atau gaming kini bernilai berbilon ringgit. Malah tahukah anda nilai industri ini lebih tinggi berbanding indsutri perfileman. Terbaru sebuah syarikat inovasi gaming memperkenalkan platform VR atau realiti maya fizikal yang bakal membawa evolusi baharu.

Bayangkan bermain permainan video dengan menggunakan peranti VR dan dalam masa sama melakukan pergerakan bebas seperti berlari, berpusing dan sebagainya. Ia menjadikan pengalaman gaming menjadi lebih nyata dan sensasi.

Sebuah syarikat startup VR, Virtuix telah memperkenalkan platform 360 darjah treadmill untuk pengalaman gaming lebih nyata. Treadmill tersebut diberi nama Omni One.

Peranti canggih ini mempunyai bentuk platform berbentuk oktagon dengan permukaan tanpa geseran bagi memudahkan pergerakan. Kehadiran permukaan ini sekali gus memberikan pemain untuk bergerak ke mana-mana arah tanpa halangan.

EVOLUSI GAMING

Ombi One juga dilengkapi dengan alat kawalan badan yang turut menyokong sebarang pergerakan seperti berlari, melompat dan juga merangkak. Demi merealisasikan peranti ini di pasaran, Virtuix melancarkan kempen crowfunding bagi pelaburan jangka masa panjang.

Projek Omni One ini telah dimulakan sejak tahun 2013 dengan pelbagai inovasi telah diperkenalkan sehingga versi terkini diperkenalkan.

Virtuix juga mengumumkan pelancaran kempen untuk merealisasikan produk mereka bagi kegunaan mesra kediaman.Omni One juga diperkenalkan sebagai peranti yang mudah disimpan – hanya lipat dan storan tidak memerlukan ruang yang besar.

Mereka juga menyatakan setiap peranti dilengkapi 30 jenis permainan video. Manakal lebih banyak judul third-party akan menyusul seperti ‘Fortnite’ dan ‘Call of Duty’.

Peranti gaming tercanggih ini bakal dipasarkan pada suku kedua tahun 2021 pada harga USD1,995 (RM8257). Lihatlah demo treadmill gaming Omni One dibawah.

Sumber & foto: Virtuix

Published by
Farizul Izwany Ibrahim