Terlebih dahulu MASKULIN ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat anda semua. Tahun ini seperti mana yang kita tahu cukup mencabar sekali dengan berlakunya penularan wabak COVID-19.
Sudah lebih 40 hari kita mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan kesannya terbukti berjaya menurunkan kadar jangkitan baharu.
Pagi tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah muncul di kaca televsiyen menyampaikan amanat sempena Hari Pekerja dan juga mengumumkan perkembangan terkini tentang COVID-19.
Berita paling besar ialah pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020, iaitu Isnin akan datang.
Pelaksanaan PKPB ini adalah usaha terbaru kerajaan untuk membenarkan pembukaan ekonomi serta aktiviti sosial di seluruh negara secara terkawal dan berhat–hati.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pelaksanaan PKPB, sebahagian besar kegiatan ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan risiko kepada golongan tertentu termasuk warga emas terhadap penularan COVID-19.
Selain itu, kata beliau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut akan dikuatkuasakan membabitkan kawasan zon merah.
Perjalanan pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kebenaran perjalanan rentas negeri hanya diberikan dan dibenarkan jika terdapat keperluan penting seperti SOP sebelum ini.
Bagi anda yang sudah lama terkurung di rumah dan teringin melakukan aktiviti luar, terdapat beberapa kegiatan boleh dilakukan.
Antara kegiatan yag dibenarkan ialah larian dan berbasikal. Namun ia hendaklah dilakukan dengan melakukan penjarakan sosial.
Manakala terdapat pelbagai aktviti sosial yang MASIH TIDAK DIBENARKAN untuk dilakukan. Berikut merupakan senarai aktiviti yang dilarang.
HIBURAN & RIADAH
SAMBUTAN PERAYAAN, PERARAKAN & PERHIMPUNAN
PERSIDANGAN & PAMERAN
SUKAN
AKTIVITI SOSIAL
PENGANGKUTAN
KEDAI PAKAIAN & AKSESORI FESYEN
DOBI (TERUTAMANYA AYAN DIRI)
Untuk senarai penuh dan mengetahui pakah yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang PKPB berjalan nanti sila layari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara atau laman media sosialnya.