Pisang memang bagus untuk pencernaan tapi ada sebab tak boleh makan lebih-lebih. Pisang, siapa yang tidak menggemarinya? Buah yang lazat, mudah dinikmati dan penuh dengan pelbagai khasiat.
Namun, di sebalik keenakan dan manfaatnya, adakah pisang benar-benar membantu dalam melancarkan sistem pencernaan, khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit?
Pisang mengandungi magnesium serta serat larut yang tinggi, yang diketahui dapat membantu usus berfungsi dengan lebih baik. Serat larut ini menyerap air dalam usus, membentuk gel lembut yang memudahkan pergerakan najis keluar dari tubuh. Maka tidak hairanlah jika ramai yang percaya bahawa makan pisang boleh membantu “melawaskan” pembuangan air besar.
Namun begitu, terdapat beberapa fakta menarik tentang pisang yang mungkin kurang diketahui oleh umum.
Pisang mengandungi dua bahan kimia penting yang bertindak sebagai neurotransmiter dalam badan, iaitu serotonin dan histamin. Kedua-dua bahan ini memainkan peranan dalam mengawal fungsi usus serta tindak balas saraf.
Bagi individu yang mempunyai sistem penghadaman yang sensitif atau mengalami gangguan usus seperti sembelit kronik, tubuh mungkin tidak dapat memproses serotonin dan histamin ini dengan baik. Kesannya, bahan-bahan ini boleh berkumpul dan memberi kesan negatif kepada tubuh.
Apabila kandungan serotonin dan histamin dalam badan meningkat tanpa pengurusan yang baik, ia boleh menyebabkan beberapa gejala seperti:
*Tekanan emosi yang tinggi dan mudah berasa tertekan
*Fikiran negatif dan keresahan berlebihan
*Ketidakselesaan perut seperti kembung dan sakit
*Gangguan saraf seperti rasa kebas atau berdenyut
Oleh itu, walaupun pisang bukanlah makanan yang perlu dielakkan sepenuhnya, pengambilan yang kerap terutamanya ketika mengalami masalah perut seperti sembelit dan angin mungkin bukanlah pilihan terbaik.
Ramai yang bergantung kepada makanan seperti pisang untuk merangsang pembuangan air besar. Namun, ini hanyalah penyelesaian sementara. Apa yang lebih penting adalah merawat punca utama kepada masalah sembelit itu sendiri.
*Mengurangkan pengambilan makanan yang membebankan usus
*Mengamalkan berpuasa untuk memberi ruang kepada usus berehat dan pulih
*Mengambil nutrien dan suplemen yang menyokong kesihatan usus
*Mengamalkan gaya hidup aktif dan minum air secukupnya
Pisang sememangnya mempunyai manfaat kepada sistem pencernaan, namun ia bukanlah satu-satunya atau penyelesaian utama kepada masalah sembelit. Menjaga kesihatan usus secara menyeluruh adalah lebih penting. Apabila usus berada dalam keadaan yang sihat, tubuh akan secara semula jadi dapat membuang air besar setiap hari tanpa sebarang bantuan luaran.
Jadi, makan pisang? Boleh. Tapi biarlah berpada-pada dan disesuaikan dengan keadaan tubuh masing-masing. Kesihatan usus, kunci kepada kesejahteraan keseluruhan tubuh!
Sumber: Dr Hafiz Sulaiman
BACA: Amalkan Makan 2 Biji Pisang Sebelum Anda Melakukan Workout
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.