Pisang memang bagus untuk pencernaan tapi ada sebab tak boleh makan lebih-lebih. Pisang, siapa yang tidak menggemarinya? Buah yang lazat, mudah dinikmati dan penuh dengan pelbagai khasiat.
Pisang Memang Bagus Untuk Pencernaan Tapi Ada Sebab Tak Boleh Makan Lebih-lebih
Namun, di sebalik keenakan dan manfaatnya, adakah pisang benar-benar membantu dalam melancarkan sistem pencernaan, khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit?
Kandungan Pisang Yang Menyokong Pencernaan
Pisang mengandungi magnesium serta serat larut yang tinggi, yang diketahui dapat membantu usus berfungsi dengan lebih baik. Serat larut ini menyerap air dalam usus, membentuk gel lembut yang memudahkan pergerakan najis keluar dari tubuh. Maka tidak hairanlah jika ramai yang percaya bahawa makan pisang boleh membantu “melawaskan” pembuangan air besar.
Namun begitu, terdapat beberapa fakta menarik tentang pisang yang mungkin kurang diketahui oleh umum.
Pisang mengandungi dua bahan kimia penting yang bertindak sebagai neurotransmiter dalam badan, iaitu serotonin dan histamin. Kedua-dua bahan ini memainkan peranan dalam mengawal fungsi usus serta tindak balas saraf.
Bagi individu yang mempunyai sistem penghadaman yang sensitif atau mengalami gangguan usus seperti sembelit kronik, tubuh mungkin tidak dapat memproses serotonin dan histamin ini dengan baik. Kesannya, bahan-bahan ini boleh berkumpul dan memberi kesan negatif kepada tubuh.
Kesan Pengambilan Berlebihan
Apabila kandungan serotonin dan histamin dalam badan meningkat tanpa pengurusan yang baik, ia boleh menyebabkan beberapa gejala seperti:
Ads
*Tekanan emosi yang tinggi dan mudah berasa tertekan
*Fikiran negatif dan keresahan berlebihan
*Ketidakselesaan perut seperti kembung dan sakit
*Gangguan saraf seperti rasa kebas atau berdenyut
Oleh itu, walaupun pisang bukanlah makanan yang perlu dielakkan sepenuhnya, pengambilan yang kerap terutamanya ketika mengalami masalah perut seperti sembelit dan angin mungkin bukanlah pilihan terbaik.
Ads
Usah Bergantung Pada Penyelesaian Sementara
Ramai yang bergantung kepada makanan seperti pisang untuk merangsang pembuangan air besar. Namun, ini hanyalah penyelesaian sementara. Apa yang lebih penting adalah merawat punca utama kepada masalah sembelit itu sendiri.
Antara langkah yang boleh diambil termasuk:
*Mengurangkan pengambilan makanan yang membebankan usus
*Mengamalkan berpuasa untuk memberi ruang kepada usus berehat dan pulih
*Mengambil nutrien dan suplemen yang menyokong kesihatan usus
*Mengamalkan gaya hidup aktif dan minum air secukupnya
Ads
Pisang sememangnya mempunyai manfaat kepada sistem pencernaan, namun ia bukanlah satu-satunya atau penyelesaian utama kepada masalah sembelit. Menjaga kesihatan usus secara menyeluruh adalah lebih penting. Apabila usus berada dalam keadaan yang sihat, tubuh akan secara semula jadi dapat membuang air besar setiap hari tanpa sebarang bantuan luaran.
Jadi, makan pisang? Boleh. Tapi biarlah berpada-pada dan disesuaikan dengan keadaan tubuh masing-masing. Kesihatan usus, kunci kepada kesejahteraan keseluruhan tubuh!
Pelukkan isteri selama dua minit sehari dikatakan sebagai rahsia untuk kaum lelaki mencapai umur panjang.
Kajian menunjukkan bahawa pelukan ini merangsang pengeluaran hormon kebahagiaan. Tidak ada rasa stres kerana pelukan ini dapat mengurangkan tekanan.
Suami janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia. Kalau boleh mulakan sedikit demi sedikit. Memanglah mula-mula agak kekok namun lama kelamaan bila sudah jadi kebiasaan tentu rasa tak sempurna hari bila tidak peluk isteri. Cubalah!
LAKUKAN INI SEMASA MEMELUK ISTERI:
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Empat saranan ini mampu memberikan manfaat yang untuk hubungan suami isteri. Tak lama manapun, dua minit saja!
Sumber: via Mingguan Wanita
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda sedar atau tidak, tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada antara mereka yang berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
Ini 4 senaman kaki yang boleh anda lakukan untuk dapatkan kaki tegap dan power.
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Selamat mencuba! Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidur yang lena dan berkualiti adalah penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan kita. Namun, terdapat beberapa jenis buah-buahan yang boleh mengganggu kualiti tidur jika diambil pada waktu malam.
Jadi Punca Tidur Tak Lena, 6 Buah-Buahan Ini JANGAN Ambil Waktu Malam!
Buah-buahan
Hal ini kerana, ada di antaranya mengandungi beberapa bahan yang boleh mencetuskan masalah kesihatan seperti dilaporkan oleh Times of India.
1. Buah Oren
Buah oren kaya dengan vitamin C yang bagus untuk kesihatan, namun ia juga tinggi dengan kandungan asid. Pengambilan buah oren sebelum tidur boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti refluks asid dan pedih ulu hati, yang boleh mengganggu tidur anda.
Jadi Punca Tidur Tak Lena, 6 Buah-Buahan Ini JANGAN Ambil Waktu Malam!
2. Buah Epal
Epal mengandungi serat yang tinggi dan pektin, sejenis serat larut yang memerlukan masa untuk dicerna. Ini boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa, lantas mengganggu tidur.
3. Buah Tomato
Tomato mengandungi asid amino tyramine yang boleh meningkatkan aktiviti otak dan menghalang penghasilan melatonin, hormon yang mengawal tidur. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur atau tidur yang tidak lena.
4. Buah Kiwi
Walaupun buah kiwi dikenali sebagai buah yang baik untuk membantu tidur kerana kandungan serotonin, ia juga mengandungi asid yang boleh menyebabkan masalah pencernaan jika dimakan terlalu dekat dengan waktu tidur.
5. Buah Anggur
Anggur mengandungi gula yang tinggi dan boleh menyebabkan lonjakan gula darah. Peningkatan gula darah ini boleh mengganggu kitaran tidur dan menyebabkan anda terbangun di tengah malam.
6. Buah Pisang
Pisang mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk merehatkan otot, namun juga mengandungi serat yang boleh menyebabkan kembung perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak sebelum tidur.
Jadi untuk memastikan tidur yang lena dan berkualiti, adalah penting untuk memberi perhatian kepada makanan yang diambil sebelum tidur. Pilihlah makanan yang lebih ringan dan mudah dicerna untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti setiap malam.
7. Jambu batu
Kandungan serat yang tinggi dalam jambu batu boleh merangsang pergerakan usus dan mencetuskan ketidakselesaan. Sudah tentu, ini akan menyukarkan badan untuk tidur jika anda mengambilnya pada waktu malam.