Pink & Lelaki, 5 Sebab Mengapa Ia Simbol Warna Kejantanan Era Baru

449

Cuba anda fikir sejenak. Berapa banyakkah pakaian anda terutamanya baju atau kemeja yang berwarna merah jambu atau lebih mesra dengan panggilan pink.

MASKULIN yakin ramai di antara anda juga mengelak daripada memiliki bukan sahaja baju malah apa jua barang peribadi yang mempunyai warna ini.

Sebenar dari manakah datangnya idea bahawa pink ini hanya untuk gadis dan wanita?

Zaman sudah berubah. Kini lelaki zaman moden lebi terbuka dan selesa untuk menggayakan warna pink. Malah tidak keterlaluan jika MASKULIN katakan warna pink mempunyai daya tarikan tersendiri terutama di kalangan wanita.

Ini 5 sebab mengapa anda boleh menggunakan pakaian berwarna pink.

PERNAH JADI WARNA POPULAR MASKULIN

Menurut sejarah lelaki pada zaman kurun ke-18 menggayakan warna pink tanpa sebarang stigma. Malah warna ini sangat popular pada sut yang mempunyai sulaman berwarna pink. Outfit in dianggap sebagai sagat maskulin pada era tersebut.

BUKAN WARNA ‘GIRL’ SEMATA

Industri pakaian dan juga permainan kanak-kanak memainkan peranan besar yang mempengaruhi masyarakat beranggapan bahawa pink itu warna feminin. Biru untik baby lelaki dan pink untuk baby perempuan. Itulah yang biasa kita dengar. Namun sebagai lelaki dewasa anda berhak menentukan gaya tersendiri tanpa perlu memikirkan label yang diberikan. Malah anda juga bukan kanak-kanak lagi.

TANGKAP PERHATIAN

Seperti MASKULIN katakan warna pink mempunyai daya tarikannya tersendiri terutamanya di mata wanita. Mereka sangat menyukai warna ini. Jadi cuba bayangkan anda yang kacak mengenakan baju berwarna pink. Pasti mata mereka tak lekang memandang anda!

BACA: 6 Tip Berfesyen Untuk Jejaka dan Lelaki Pertengahan Usia

LEBIH MENONJOL & YAKIN

Warna pibnk juga sering digunakan sebagai simbol kekuatan. Mungkin ada di antara anda tak tahu bahawa warna pink digunakan sebaga simbol kesedaran kanser payudara. Selain membuatkan anda menonjol secara tak langsung anda membawa suara kesedaran kepada masyarakat.

MUDAH DIPADANKAN WARNA LAIN

Pink merupakan warna yang membawa sifat sangat universal. Malah warna kulit anda boleh menjadi semakin emnonjol dengan sesetengah warna pink. Lelaki berkulit lebih gelap akan nampak lebih menarik dengan pink yang lebih light. Manakala lelaki berkulit cerah amat sesuai dengan warna pink lebih terang.