Tidak dinafikan antara faktor yang cukup penting bagi lelaki di Malaysia terutamanya yang beragama Islam ialah memilih produk penjagaan diri yang terjamin status halalnya. Tampil memenuhi keperluan itu ialah jenama Kahf yang baru-baru ini dilancarkan di negara kita.
Jenama ini sebenarnya tidak asing lagi terutamanya buat pengguna di negara jiran kita, Indonesia. Kahf dibawakan oleh PT Paragon Technology and Innovation, sebuah syarikat kecantikan terbesar dari Indonesia memperkenalkan kejayaan yang relevan dengan keperluan lelaki hari ini.
Ia menyajikan variasi produk penjagaan diri dan kulit yang mendukung elemen halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semula jadi.
Tampil menawarkan kandungan formulasi ringan dan unik dengan teknologi HydroBalanceTM yang mampu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit supaya kulit lebih sihat. Bahan semula jadi istimewa sangat sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup aktif, dan berimej moden sekaligus membawa manfaat fizikal, emosi, dan rohani.
“Permintaan terhadap produk penjagaan kulit dan diri lelaki di Malaysia semakin meningkat, tetapi malangnya ramai yang belum menemui jenama yang sesuai dengan kemahuan dan gaya hidup harian mereka.
Ads
Oleh itu, kami berusaha untuk mengisi jurang ini dengan memperkenalkan Kahf, jenama penjagaan diri dan kulit lelaki yang halal, berkualiti tinggi, tayyib, dan diilhamkan oleh alam semula jadi dengan reka bentuk moden sebagai penyelesaian penjagaan kulit dan gaya hidup untuk lelaki hari inil,” jelas Pengurus Jenama Kahf, Billy Dharmawan,
ILHAM & PENYELIDIKAN MENDALAM
Dillhamkan melalui perkembangan sains dan teknologi moden dengan penyelidikan mendalam dan telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi supaya produk yang dipasarkan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Rangkaian produk Kahf juga dilengkapi dengan teknologi HydroBalanceTM dengan empat falsafah utama, termasuklah:
I. Purely Cleanse: Membersihkan kulit secara menyeluruh ke liang-liang pori dengan rangkaian Face Wash
II. Balance and Hydrated: Mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dengan Sunscreen Moisturiser
Ads
III. Nourish and Care: Merawat dan menutrisi kulit dengan rangkaian Beard and Hair Care
IV. Exquisite Natural Scent: Eau De Toilette dengan 4 varian wangian yang diinspirasikan dari alam semula jadi
Koleksi minyak wangi EDT Kahf
Kahf melengkapkan keperluan lelaki dengan menawarkan 3 kategori produk iaitu Penjagaan Kulit (Pencuci Muka dan Pelembap Pelindung Matahari), Minyak Wangi (Eau De Toilette) dan Penjagaan Janggut dan Rambut (Serum dan Minyak).
Ads
“Kahf Face Wash” adalah produk unggul dengan formulasi halal, Pure Cleanse kerana ia mampu membersih dengan berkesan, dibuat dengan teknologi HydroBalanceTM dan formulasi selesa yang boleh mengekalkan kelembapan kulit.
Kahf face wash
Kahf juga mempunyai rangkaian Beard and Hair Care yang terbukti berkesan dan sesuai untuk lelaki yang ingin melebatkan janggut yang sihat dengan fungsi antibakteria, kerana ia boleh memastikan kulit wajah bebas daripada jerawat dan bintik hitam,” ujar Billy Dharmawan.
Serum rambut dan janggut
Bagi meraikan pelancaran ini juga, Kahf turut menganjurkan aktiviti luar iaitu KahfBro Explore – #JalanYangKuPilih, dimana #Kahfbro yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada pempengaruh lelaki, blogger, dan pengembara Malaysia yang melakukan beberapa misi dan tugasan dalam ‘mini explore-race’ yang diilhamkan daripada tagline kempen #JalanYangKuPilih.
Produk Kahf kini boleh didapati di Guardian dan Watsons seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan Tiktok Shop dengan harga yang sangat berpatutan iaitu antara RM19.60 hingga RM45.90.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahagian tubuh amat penting dijaga kerana ia melambangkan sifat kejantanan dalam diri seseorang lelaki.
Untuk kelihatan kacak dan bergaya, penting untuk anda jaga bahagian tubuh ini dengan sebaik mungkin.
Selain menjadi ‘jelingan’ dan daya tarikan wanita, bahagian tubuh badan lelaki juga melambangkan personaliti diri anda.
Berikut merupakan tujuh bahagian pada tubuh lelaki yang perlu anda jaga dan kekalkan kemantapannya agar anda boleh tampil ‘smart’ dan bergaya.
1. Perut
Ini merupakan bahagian tubuh lelaki yang sering menjadi perhatian terutamanya wanita. Memang betul lelaki impikan perut sixpack namun bukan semua wanita suka dengan bentuk perut sebegini. Ada juga wanita yang suka melihat perut lelaki yang boroi dan buncit atas alasan, lelaki dengan perut boroi lebih comel dan sedap untuk dipeluk.
2. Dada
Bahagian dada juga haruslah dijaga dengan baik kerana ia menggambarkan anda seorang lelaki yang gagah dengan dada bidang. Dalam satu kajian mendapati ramai wanita teruja melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik baju kemeja mereka. Jadi jangan pandang remeh dengan bahagian tubuh badan anda yang satu ini!
3. Punggung
Lelaki juga harus melakukan senaman untuk memantapkan bahagian punggung. Punggung yang berotot menunjukkan anda seorang lelaki yang mempunyai kekuatan serta ciri-ciri lelaki maskulin. Malah ia juga menampakkan anda lelaki ‘seksi’ di mata seorang wanita.
4. Lengan
Pastikan bahagian lengan anda berotot, mantap dan tidak menggelebeh. Lengan berotot menggambarkan anda seorang lelaki yang kuat bekerja dan biasa melakukan tugasan mencabar. Bahkan anda juga akan kelihatan lebih segak ketika menyarungkan pakaian dengan lengan berotot lebih-lebih lagi jika anda memakai baju lengan panjang yang digulung hingga ke paras bicep.
5. Paha
Lihat sahaja ahli sukan, kesemuanya mempunyai paha yang mantap dan berotot. Ciri-ciri ini melambangkan kekuatan seorang lelaki dengan paha yang mantap.
6. Bahu
Untunglah jika anda memiliki bahu yang lebar dan tegap kerana ia mampu menyerlahkan lagi karisma seorang lelaki. Bahkan pakaian akan nampak terletak jika ia disarungkan pada lelaki yang memiliki bahu bidang dan tegap.
7. Mulut & gigi
Bahagian yang satu ini juga tidak kurang pentingnya untuk lelaki jaga. Tidak ada gunanya anda memiliki bibir yang ‘seksi’ di mata wanita, jika nafas mulut anda berbau dan gigi anda pula kuning serta berkarat. Bukan hanya wanita, member lelaki juga boleh lari kalau anda miliki mulut berbau dan gigi berkerak dengan kesan hitam akibat merokok. Oleh itu, pastikan bahagian ini diberi perhatian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang rambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri, lelaki rambut panjang ini juga memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang sihat dan beralun boleh membuatkan lelaki lain cemburu, sekali gus menanam cita-cita mahu membela rambut yang panjang juga.
Malah orang perempuan pun boleh cemburu bila orang lelaki pandai menjaga rambut panjang.
Dalam entri kali ini, Maskulin telah menemubual seorang pelakon stunt berambut panjang, Azlym Aziz yang sering muncul dalam filem-filem aksi seperti Tombiruo, Abang Long Fadil 2, Polis Evo 2, Badang The Movie, KL Wangan dan banyak lagi.
Jadi kepada anda yang berambut panjang atau bercita-cita untuk simpan rambut panjang, bolehlah ikuti 5 tip penjagaan rambut seperti yang Azlym kongsikan ini.
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut pelindung cahaya.
5. Pilih syampu dan perapi sesuai
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urutlah rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku.
Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Itulah antara 5 tip yang sering Azlym lakukan untuk memastikan rambut panjangnya sentiasa cantik dan sihat, selain relevan untuk digayakan dalam setiap babak aksi yang dilakukannya.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tip lain? Apa kata kongsikan dengan Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan ada sesetengah lelaki secara semula jadinya lahir dengan wajah yang elok dan tampan. Apa sahaja yang mereka gayakan pasti nampak sedap saja siapa memandangnya.
Namun ramai juga tidak tahu bahawa keremajaan itu satu sifat yang tidak kekal! Faktor penjagaan diri sangat penting bagi penampilan lelaki. Rupa paras boleh diberikan sentuhan dengan pelbagai kepakaran dalam dunia peragaan sekarang, Jadi jangan ingat nada berwajah elok maka tidak harus melakukan penjagaan diri dengan baik.
Jika anda ingin kekal kacak, bergaya dan berpenampilan menarik jangan abaikan 7 perkara MASKULIN kongsikan di bawah.
GUNA PRODUK SESUAI DENGAN KULIT
Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab. Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja dengan pasangan.
TRIM BULU HIDUNG
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
PENJAGAAN GIGI
Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!
BERSENAM DAN JAGA MAKAN
Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan makan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk beriadah atau bersenam. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple, lagi seronok bersenam bersama kesayangan kan.
Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!
KESEGARAN MATA
Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Isteri terutamanya sila ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.
SENTIASA POTONG KUKU
Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.
Buat jejaka kacak sekalian, jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk tip serta perkongsian menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.