
PENGGUNAAN VIT E CREAM 1,000IU LEBIH SESUAI UNTUK KULIT NORMAL DAN TIDAK TERLALU KERING.
Sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 20+ kerana kandungan vitamin yang ada di dalamnya tak terlalu tinggi mengikut pH kulit. Jika kulit berminyak dan berparut, boleh guna Vit E Cream 1000 iu dgn syarat mesti guna Tea Tree Oil
Facial Cleanser setiap hari dan Tea Tree Oil Purifying Mask setiap minggu utk kurangkan minyak.
UNTUK KULIT ULTRA KERING, KUSAM SERTA MATANG, KAMI SARANKAN GUNA VITAMIN E CREAM 3,000IU.
Ia sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 30+ kerana kandungan vitamin di dalamnya tinggi dan sangat sesuai bagi yang sudah berumur kerana pH kulit makin berkurangan mengikut umur..
kedua-duanya boleh digunakan pada waktu siang dan malam..
VITAMIN E CREAM INI JUGA MEMBANTU UNTUK MEMUDARKAN PARUT JERAWAT.
Kulit berminyak tidak sesuai gunakan kedua-dua item di atas. Jika ingin pudarkan parut boleh gunakan, TETAPI perlu sapu di bahagian yang berparut SAHAJA dan pakai pada waktu malam. Pantau keadaan kulit selepas penggunaan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tujuh Cara Untuk Nampak Lebih Kacak Dari Biasa, Tak Perlu Kos & Belanja Besar

Secara tradisionalnya, ramai mengaggap kacak itu bermaksud seorang lelaki yang memiliki rupa para yang elok dan sedap di pandang. Bentuk badannya juga agak tinggi lampai, sasa dan nampak cukup perkasa.
Tapi benarkah definisi itu terus relevan hingga pada masa sekarang? Zaman sudah berubah dan penampilan lelaki juga dapat dipengaruhi oleh banyak faktor.
Soal rupa sering menjadi perbualan utama dan igauan ramai lelaki sehingga boleh menjatuhkan keyakinan diri.
Lebih-lebih jika merasakan wajah kurang kacak berbanding rakan-rakan yang lain lebih segak dan kemas selain mudah didampingi.
Namun begitu jika anda merasakan wajah anda kurang hensem, anda tidak seharusnya risau sebaliknya positifkan diri untuk jadi lebih baik. Jangan risau, MASKULIN bantu anda melalui tip di bawah ini.
Tujuh cara bagaimana anda boleh perbaiki diri menjadi lebih kacak tanpa perlu berbelanja besar.
1. Jaga Potongan Rambut
Perkara pertama yang perlu anda buat adalah merapikan rambut. Boleh guna gel atau minyak rambut lalu sisirlah rambut anda agar kelihatan kemas. Jika memiliki rambut kerinting, pakai pewangi yang khusus untuk rambut agar ia kelihatan menarik dan wangi.
2. Pilih Pakaian Sesuai & Trendy
Muka tak hensem tetapi ada badan yang sedap? Apa susah, elakkan daripada pakai baju dan seluar yang longgar. Cuba beralih kepada fesyen yang lebih fit. Kalau tak ada bajet, bawa sahaja pakaian anda ke kedai jahit untuk alter. Modal baru berapa!

3. Gunakan Perfume
Apabila berjalan di tempat umum, anda digalakkan untuk sembur sedikit minyak wangi pada tubuh anda. Bayangkan apabila anda berada dalam lif dan anda wanita tergoda dengan haruman itu, bukankan anda sudah menjadi sasaran dia? Cuma kena usaha untuk jadi lebih gentleman sikit!
4. Pandai Jaga Kebersihan Mulut
Mulut adalah aset yang penting buat lelaki apabila hendak bercakap dengan orang terutamanya gadis. Mereka akan melihat gigi anda. Adakah berkerak dengan plak gigi atau bersih dan berbau harum. Boleh ambil chewing gum untuk kekalkan kesegaran mulut anda.
5. Perbaiki Skil Komunikasi
Jangan biarkan rupa paras anda mempengaruhi daya komunikasi anda. Banyakkan membaca dan bergaul dengan orang ramai untuk mendapat seberapa banyak ilmu. Dari itu, anda dapat berkongsi semula knowledge yang anda miliki dengan cara yang lebih stailo untuk membangkitkan keterujaan sesiapa sahaja yang mendengarnya!

6. Jangan Malu Tiru Jejaka Handsome
Belajar tiru gaya mereka. Bagaimana mereka ambil gambar, posing dan berinteraksi. Ada kalanya wanita tidak kisah sangat pasal rupa. Asalkan anda mampu buat dia rasa dihargai dan dia adalah satu-satunya pun, anda sudah kelihatan sangat hensem di matanya.
7. Peka Dengan Orang Sekeliling
Menjadi seorang lelaki yang kacak juga bermakna anda haru sentiasa peka dengan orang lain. Bila berbicara atau melakukan sesuatu perlu fikir perasaan orang lain sama ada ia disukai mereka atau tidak. Jadilah seorang gentlemen yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan juga kaum wanita.
Semoga perkongsiaan ini mampu menjadikan anda seorang lelaki yang sedia kacak menjadi lebih kacak! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Berjambang Buat Wanita Mudah Melekat!

Untuk tampil lebih kemas di pejabat atau pun majlis besar, kebanyakan lelaki pasti akan bercukur terlebih dahulu. Raut wajah yang kemas dan bersih akan kelihatan lebih segak. Mungkin itu dulu, tetapi trend lelaki berjambang menjadi simbolik kepada lelaki moden dan maskulin hari ini. Lelaki berjambang tidak lagi dilihat sebagai penampilan selekeh kerana ia mampu menyerlahkan aura untuk tampil lebih macho dan seksi.
Alasan lelaki berjambang
Ternyata trend lelaki berjambang kembali tular. Sudah pasti ia berkait rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki lebih suka tampil dengan imej berjambang.
1. Ada yang kata, seseorang lelaki berjambang sangat cool. Ia memberi satu aura misteri dan classy pada lelaki tersebut.
2. Dengan menyimpan jambang menyerlahkan kelelakian seseorang lelaki. Watak-watak aktor dalam filem seperti Russell Crowe (Maximus), Hugh jackman (Wolverine) menyerlahkan sifat sebenar lelaki.
3. Ia satu daya tarikan kepada kaum wanita walaupun mungkin tidak semua wanita menyukai lelaki berjambang. Cuba anda berjambang dan tanya pasangan anda. Adakah mereka suka?
Kemas dan rapi selalu
Jika anda ingin bermisai, pastikan ia digunting atau dikemas dengan rapi. Untuk yang berjanggut pula, janggut perlu digunting lalu dicukur sehinggalah tumbuh dan raut wajah akan berkumis di kemudian hari. Begitu juga untuk individu yang memiliki jambang.
Tidak menjadi masalah jika ingin bermisai, berjanggut mahu pun berjambang. Pastikan anda tahu kepentingan memiliki jambang, kesesuaiannya di bahagian muka dan ketahui beberapa kaedah penting untuk memastikan ia dipelihara dengan rapi.
Apa perlu anda lakukan?
1. Gunting, gunting, gunting! Jangan sesekali lupa untuk amalkan tabiat ini setiap kali berada di bilik mandi terutamanya pada waktu pagi.
2. Sebelum bercukur, pastikan misai, janggut dan jambang digunting terlebih dahulu. Ia penting agar tidak menjejaskan mata pisau cukur.
3. Gunakan pisau cukur yang bersih dan tajam. Sekiranya tumpul, gantikan dengan segera untuk mengelakkan bakteria.
4. Jika perlu, gunakan krim buih cukur. Ratakan ia di bahagian zon cukur. Bilas sehingga bersih dan lengkapkan prosedur ini dengan cecair ‘aftershave.’
5. Seperti rambut, jambang juga perlu dibersihkan dengan syampu agar kelihatan rapi selepas mandi.
6. Gunakan sikat atau tangan untuk merapikan jambang dengan baik.
Apa perlu anda elak?
1. Jangan sesekali bercukur dengan pisau cukur yang lama. Pastikan ia tidak berkarat agar bakteria tidak merebak di bahagian muka yang boleh menyebabkan kulit gatal.
2. Elakkan bercukur dengan kulit yang kering kerana ia boleh menyebabkan luka. Cuci muka terlebih dahulu.
3. Sekiranya alahan terjadi apabila bercukur menggunakan krim cukur dan ‘aftershave’, jangan gunakan produk tersebut. Rujuk pakar untuk mengetahui produk yang bersesuaian untuk digunakan.
4. Jangan gunting atau trim sesuka hati setelah sekian lama menyimpan jambang. Kunjungi salun rambut dan dapatkan nasihat tukang gunting.
Berjambanglah mengikut kesesuaian
1. Jika pertama kali ingin menyimpan jambang, teliti sepenuhnya kesesuaian berjambang kerana tidak semua lelaki boleh memiliki jambang dengan baik apatah lagi jika ia disimpan untuk jangka masa yang panjang.
2. Memiliki jambang juga berkait rapat dengan pekerjaan setiap individu. Tidak semua syarikat membenarkan pekerja mereka menyimpan jambang walaupun berjambang sudah pun menjadi trend terkini.
3. Tanyakan pendapat kenalan atau mereka yang lebih pakar jika kurang berkeyakinan untuk membela jambang. Zon kelelakian diri dapat ditingkatkan melalui pendapat dan nasihat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Main Cukur Saja, Ini Hukum Cukur Bulu Kaki Bagi Golongan Lelaki

Hal ini mungkin selalu berlegar-legar dalam kepada kita semua. Mungkin ramai di antara anda sudah tahu akan hukumnya di dalam agama Islam. Tapi MASKULIN yakin ramai juga yang mungkin keliru dan ragu-ragu akan perbuatan ini.
Pada zaman sekarang sudah ramai lelaki yang mungkin lebih selesa tampil dengan kaki yang licin tanpa sebarang bulu kaki. Apatah lagi jika seseorang itu merupakan seseorang yang bulu kakinya sangat lebat hingga mendatangkan rasa tidak selesa.
Disebabkan tidak selesa atau mahu tampil dengan gaya tersendiri ramai juga memilih untuk mencukur licin bulu kaki mereka. Tapi adakah perbuatan ini dibolehkan berdasarkan hukum?
Perkara ini pernah ditanya dan dijawab dengan baik oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Agama Islam), Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
HUKUM CUKUR BULU KAKI
Menerusi jawapan yang dimuat naik di laman Twitter rasmi beliau pada 15 November 2018. Beliau memberikan penjelasan seperti berikut:
“Para ualama mengkategorikan hukum mencukur bulu-bulu yang ada pada anggota badan kepada 3 bahagian:
- Bulu-bulu diperintahkan untuk mencukurnya seperti bulu kemaluan, bulu ketiak dan misai.
- Bulu-bulu yang dilarang untuk mencukurnya:
Janggut (tidak haram bagi perempuan) dan menipiskan bulu kening - Bulu-bulu yang didiamkan dalam syarak seperti bulu dada, betis, paha, hidung dan yang terdapat pada lengan.
Secara kesimpulannya beliau menjelaskan, “Hukum asal mencukur bulu kaki bagi orang perempuan atau lelaki adalah harus. Ini kerana tidak terdapat arahan untuk mencukurnya serta tiada pula larangan untuk menyimpannya”.
Jawapan panjang lebar yang pernah dikongsi beliau di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan boleh dibaca di sini.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat bukan sahaja kepada anda tetapi kepada keluarga dan rakan-rakan. Sampaikanlah walau sepatah ilmu kepada sesiapa sahaja.

Jika anda ingin mencari produk penjagaan diri pada harga berpatutan dan diskaun hebat, boleh kunjungi di sini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI