Pilih 8 Rakaat Atau 20 Rakaat Solat Tarawih Biasa Lelaki Buat?

Share

 

RAMAI MENGADU RASA MENGANTUK KETIKA MELAKSANAKAN SOLAT TARAWIH. SEHINGGA, DALAM PELAKSANAAN SOLATNYA TIDAK BOLEH KHUSYUK. HASILNYA, BUKANNYA MENDAPAT BERKAT, MALAH MERASA LELAH. PADAHAL, SOLAT TARAWIH INI HANYA ADA SATU TAHUN SEKALI.

1.JAUHI PERBUATAN DOSA DAN MAKSIAT DI SIANG HARI

Walaupun bulan Ramadhan syaitan dibelenggu, namun kita tetap harus menjauhi perbuatan dosa. Ketika syaitan dibelenggu bukan bererti manusia terbebas dari godaan syaitan. Hal tersebut kerana yang dibelenggu adalah para ahli utama syaitan bukan seluruh syaitan. Adapun anak buahnya tetap saja berkeliaran menggoda manusia. Namun malangnya kita masih kalah dengan syaitan yang kecil-kecil tersebut.

Menjaga diri dari perbuatan dosa di siang hari bulan Ramadhan akan membantu kita terjaga di waktu malam. Banyak ungkapan para salafus soleh yang mengatakan bahawa perbuatan dosa di siang hari merupakan penghalang utama solat malam.

2.SEMPATKANLAH UNTUK QOILULAH SEJENAK (REHAT ATAU TIDUR SIANG)

Memang qoilulah adalah sunah tapi harus ingat jangan disalahgunakan sebagai alasan memperbanyak tidur siang di bulan Ramadhan. Qoilulah ada kadar dan batasannya. Jangan sampai seorang beralasan dengan qoilulah menjadi malas bekerja dan beramal. Amalkan sunah pada kadar, masa dan tempatnya.

3.ATUR HIDANGAN MAKAN DAN MINUM KETIKA BERBUKA

Hidangan makan yang tidak terkawal saat berbuka menyebabkan perut kita bekerja terlalu payah. Kesan dari hal tersebut tubuh kita letih, otak sukar menumpukan perhatian dan mata mengantuk. Akhirnya solat tarawih sambil mengantuk. Tepat sekali sabda Nabi bermaksud, “Tidak ada wadah yang lebih buruk untuk dipenuhi oleh manusia kecuali perutnya. Cukuplah bagi manusia beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika dia harus makan lebih daripada beberapa suap untuk menegakkan sulbinya tersebut, maka satu pertiga hendaknya untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk nafas/udara,” (HR. Ahmad)

4.JANGAN LUPA BERSIWAK

Siwak merupakan sunnah Nabi SAW yang banyak ditinggalkan kaum muslimin , bahkan mereka yang mengaku sebagai aktivis Islam . Jika kita telaah kehidupan Nabi SAW maka kita dapati siwak adalah sunnah yang senantiasa baginda SAW lazimi baik di rumah, masjid atau bahkan ketika musfair.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Siwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan dari Rabb.” (HR Ahmad)

Dengan bersiwak mulut menjadi bersih dan tidak bau. Oleh kerana itu , siwak membantu kekhusyukan solat anda. Ketika kita khusyuk insya Allah Ta’ala kita tidak akan mudah letih.

 

 

HUKUM SOLAT SUNAT TARAWIH HUKUMNYA SUNAT MUAKKAD

(yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam. Waktu Solat Sunat Tarawih lalah selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat. Rakaat Solat Sunat Tarawih Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.

Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga hadis yang me riwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak dua puluh rakaat. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA, beliau melaksanakannya sebanyak dua puluh rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

 

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT TARAWIH

“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

 

SOLAT SUNAT WITIR

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam.

 

 

 

 

Published by
Kim Rahim