Penyanyi Jepun, Pikotaro yang pernah muncul dengan lagu “Pen Pineapple Apple Pen” (PPAP) kembali mencuri tumpuan warganet di media sosial apabila muncul dengan lagu terbaharu dikenali sebagai PPAP versi tahun 2020.
Lagu yang digubah sempena penularan wabak COVID-19 itu diberi tajuk “Pray-for-People-and-Peace” dengan mengajak orang ramai untuk mencuci tangan menggunakan sabun.
Sejak dimuatnaik di Youtube pada 4 April 2020 yang lalu, muzik video tersebut telah mencecah lebih 5 juta tontonan dan tersenarai sebagai lima topik trending di Twitter Jepun.
Selain menggunakan rentak lagu yang sama seperti lagu PPAP yang pernah popular sekitar tahun 2016, penyanyi dengan nama sebenar Kazuhito Kosaka ini juga turut mengenakan pakaian berwarna keemasan bermotifkan harimau sama seperti muzik video PPAP yang pernah tular suatu ketika dahulu.
Durasi muzik video lagu “Pray-for-People-and-Peace” ini juga lebih pendek iaitu satu minit 39 saat berbanding lagu PPAP yang asal.
Malah lagu tersebut turut tersenarai ke Guinness World Record sebagai lagu terpendek memasuki ke carta Billboard Hot 100.
View this post on InstagramA post shared by ピコ太郎(PIKOTARO) (@pikotaro_ppap_official) on
Sumber: pikotaro_ppap_official, Japan Today
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sedihnya, Ini 8 Punca Tubuh Kekal Gempal Selamanya
1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang. Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya. Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.
2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ramai di kalangan perempuan hari ini sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan! Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju.
3. Genetik dan faktor keluarga.
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk. Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome. Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat.
5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan
terganggu,benar bukan? Bila anda tertekan, marah, stres, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda. Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7. Merokok.
Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh. Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar. Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada. Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan. Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Minyak Sawit Boleh Lambatkan Penuaan Lelaki?
Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada minyak sawit itu yang boleh digunakan bukan sahaja sebagai minyak masak, tetapi sebagai rumusan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan.
Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin D, E dan K.
Asid lemak adalah penting untuk membina membran setiap sel dalam badan anda termasuk tulang, saraf dan otak manakala mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh anda sihat dan berfungsi dengan baik.
KANDUNGAN BERKHASIAT
Kandungan karoten dalam minyak sawit merah ini pula adalah lebih tinggi berbanding yang dikandung tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung dan katarak. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam.
Karoten ini tidak terdapat dalam minyak sawit biasa yang berwarna kekuningan. Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.
ELAK SERANGAN STROK
Vitamin E tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit merah mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok.
ELAK MASALAH KEGEMUKAN
Selain itu, vitamin E tokotrienol juga mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada. Ini pastinya satu perkembangan baru yang mampu menyelesaikan masalah kegemukan.
Gabungan kedua-dua antioksida iaitu karotenoid dan vitamin E tokotrienol, memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan
tindakbalas radikal bebas yang berbahaya dalam badan, sekali gus membantu melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan kesihatan otak.
MELAMBAT PROSES PENUAAN
Sebarang penyakit penuaan sebenarnya membabitkan keradangan. Minyak sawit merah boleh melambatkan proses penuaan
melalui kemampuannya dalam mengurangkan keradangan itu.
HALANG SEL KANSER PAYUDARA MEREBAK
Di samping itu, beberapa kajian awal menunjukkan potensi minyak sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara daripada
merebak.
Dengan segala kebaikan yang ada pada minyak sawit merah, kita boleh memanfaatkannya sebagai sebahagian menu kita.
INFO
Mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel-sel lemak baru.
Mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangka masa pemulihan akibat serangan strok.
Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Game-Game Gempak Untuk Tahun 2019, Nampak Macam Best!
Kalau buat carian di Google untuk ‘game 2019’, anda akan temui lebih 50 judul permainan video yang akan dikeluarkan pada tahun ini untuk ‘dimain uji’ oleh kaki gamers.
Kalau ditanya kepada penulis, ini 5 permainan video yang secara peribadinya akan penulis cuba cari peluang untuk beli dan bermain selepas anak dan isteri tidur.
Harap kita semua yang merupakan kaki gamers tidak mengantuk apabila sampai ke tempat kerja keesokan harinya :
1. Residence Evil 2
Platform: PS4, Xbox One, PC
Tarikh pelepasan: 25 Januari 2019
Para peminat mendakwa Capcom telah bertindak balas dengan baik. Pembaharuan dalam permainan video Resident Evil 2 akan membawa anda kembali ke zaman survival klasik dengan baik.
Anda akan menyertai Leon Scott Kennedy dan Claire Redfield yang sama-sama berjuang untuk hidup di Raccoon City setelah dijangkiti dengan virus.
Permainan video kali ini juga kelihatan lebih mengujakan selepas mereka merombak semula imej lama pada 20 tahun lalu (1998) dengan paparan zombi yang lebih terperinci yang meliputi darah, lendir, daging membusuk serta persekitaran yang menakutkan.
Ditambah pula dengan rekaan kamera orang ketiga dari atas bahu memperlihatan permainan video ini menjadi lebih moden, membuatkan ketakutan itu mampu menyesakkan dada pemain serta pemotretan semula Residence Evil 2 ini tidak begitu menghampakan.
2. Anthem
Platform: PS4, Xbox One, PC
Tarikh pelepasan: 22 Februari, 2019
‘Anthem’ pada dasarnya adalah jawapan kepada EA untuk ‘Destiny: A Shared-World Shooter’ yang menyemarakkan semangat para pemain untuk memburu di alam sci-fi yang dipenuhi dengan raksasa.
Anda akan bermain sebagai Freelancer yang memiliki gaya tembakan Mass Effect, menyarung sut Javelin ketika membuat pencarian dan menghapuskan makhluk asing bersaiz gergasi.
Seperti yang dijangka, terdapat level-level yang perlu dilepasi dan anda perlu mengejar dan mengumpulkan item-item berharga yang dikehendaki.
Sepanjang permainan, anda akan melihat jalan cerita menarik hasil nukilan dari team Knights of the Old Republic atau lebih mesra dikenali sebagai, KOTOR.
3. Devil May Cry 5
Platform: Xbox One, PS4, PC
Tarikh pelepasan: March 8, 2019
Devil May Cry 5 mengekalkan estetika yang kurang molek dari Teori Ninja DmC tetapi melalui edisi reboot kali ini, Devil May Cry 5 tetap meneruskan kisah permainan yang sentiasa mendapat tempat di hati peminatnya.
Dinyatakan oleh Capcom sebagai “sekuel sebenar” bagi Devil May Cry 4, pemain akan menjadi seseorang yang dikawal oleh Nero, seorang pemburu syaitan dengan lengan robot serta pedang yang dapat menghidupkan semula sama seperti enjin motosikal.
Ya, kedengaran agak bodoh. Tetapi siapa yang peduli ketika wira permainan anda menembak roket seperti papan selancar ke wajah syaitan yang dilaknat dan jijik itu?
4. Crackdown 3
Platform : Xbox One, PC
Tarikh pelepasan: 15 Februari 2019
Dalam Crackdown 3, anda merupakan seorang polis super di dunia terbuka. Anda akan menggunakan kuasa anda untuk memerangi jenayah dan menghancurkan seluruh sarang-sarang jenayah.
Anda boleh bermain sehingga empat orang dan membina pasukan untuk agensi anda memusnahkan bandar futuristik yang ‘rosak’ dengan gaya tersendiri.
Anda akan melompat-lompat di antara bangunan ke satu bangunan menggunakan jumpjet serta menembak penjenayah yang sadis dengan peluru berpandu yang berteknologi tinggi.
5. Mortal Combat 11
Platform: Suis, PS4, Xbox One, PC
Tarikh pelepasan: 23 April 2019
NetherRealm Studios mempunyai satu perkara baik yang dapat menggantikan keunikan reka bentuk permainan tempur antara watak-watak Mortal Combat dan penentang mereka.
Mengikuti kejayaan permainan video Injustice 2, NetherRealm kembali ke akar umbi untuk membangunkan semula Mortal Kombat 11.
Bermula dengan video acah-acah sinematik, peminat disajikan dengan kegemilangan Scorpion dan Raiden yang memukul antara satu sama lain sehingga berdarah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI