Mesti anda pernah mengalami sakit lutut terutamanya selepas berlari, bersenam ataupun melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat. Jika sakit lutut ini tidak dirawat, ia akan menyukarkan anda untuk berjalan dengan baik.
Untuk mengatasi sakit lutut selain menggunakan rawatan moden, ada juga cara tradisional yang boleh anda amalkan. Petua ini dikongsikan Md Rosdi Hasan di entri Facebooknya menggunakan dua bahan.
CARA MERAWAT PENYAKIT LUTUT SUPAYA TULANG RAWAN SIHAT KEMBALI SEPERTI BIASA
Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.
Ads
Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartritis sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.
Elak guna minyak sapu panas
Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.
Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.
1. Ambil tiga biji bawang ros India jantan lalu ditumbuk hancur.
2. Campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan.
Ads
3. Kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis (berselawatlah ke atas Nabi kita waktu hendak minum).
Lakukan dua kali sehari. In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan perkara ini selama dua atau tiga bulan lntutnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.
Nak tahu bawang jantan macam mana? Pergi tanya orang tua2.
Sebelum anda nak hadap jem ke pejabat tu, apa kata kalau anda isi perut anda dengan makanan yang sihat dan seimbang. Kalau busy sangat pun, ambillah masa sedkit, dan makan makanan yang bagus untuk sepanjang hari.
Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Ini antara tip yang boleh anda follow semasa beraya di rumah sanak saudara.
Kawal Nafsu
Kebiasaannya hidangan mengandungi kalori yang melampau kerana minyak dan banyak lagi. Anda dinasihatkan mengawal nafsu semasa melihat makanan yang terhidang. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan. Dengan cara ini, boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Seterusnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal, ia akan memberi peluang kepada sistem penghadaman badan anda untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang hari.
Minum air masak
Selain daripada anda bilas apa yang anda makan dengan air masak, bagun tidur dan terus minum air tanpa berus gigi pun baik untuk sistem dalam tubuh anda. Dalam pada tu jangan pula untuk ambil air masak sekurang-kurangnya sampau urin jernih. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit jika anda makan bermacam hidangan pada waktu makan tengah hari. Ini untuk mengelakan anda dari sakit perut, atau sembelit. Air manis terlampau banyak juga boleh membuatkan keradangan tekak. Tak bestlah kalau sakit masa raya.
Kurma
Siapa kata kurma hanya baik dimakan ketika bulan puasa sahaja? Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sebelum anda mulakan hari anda di pejabat amat digalakkan. Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum makan tengah hari sebagai snek.
Cuba ambil buah-buahan
jika anda masih berasa lapar diantara makan tengah hari dan makan malam, kami nasihatkan anda supaya ambil buah-buahan ini disamping sayur-sayuran. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.
Sumber : Kevin Zahri
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak mustahil untuk kamu menghasilkan lengan sebegitu, tapi bukan hanya bercakap kosong dan esok sudah menjadi. Mestilah kena ada usaha dan mengambil masa. Asalkan kamu tahu caranya, ia bukanlah hal yang mustahil untuk membentuk lengan proporsional dan kekar.
Empat latihan tersebut bila dilakukan secara rutin boleh membantu anda untuk membentuk otot lenganmu agar kelihatan kekar proporsional seperti Chris Hemsworth, pelakon yang memegang watak sebagai Dewa Thor.
Oh ya, jangan lupa untuk mengambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan anda dan kamu melakukannya secara rutin senaman ini.
Berikut adalah empat cara bagaimana untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
1. Latihan ringan arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
2. Lakukan push up secara rutinPush up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
3. Lakukan gerakan concentration curlLatihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
4. Lakukan pull up dengan betul Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN sentiasa berbesar hati berkongsi kisah pengalaman pembaca yang telah melalui transformasi positif. Perubahan seperti penurunan berat badan mampu memberikan inspirasi kepada bukan sahaja anda tetapi juga kami di MASKULIN. Mohd Faizal Bin Saedon berkongsi pengalamannya bagaimana dia berjaya keluar dari obesiti walaupun berdepan banyak kali kegagalan.
Perkongsian yang diberikan kebenaran untuk MASKULIN ketengahkan ini turut dimuat naik oleh Mohamada Faizal menerusi akaun Facebook peribadinya. Jelasnya dia mahu berkongsi sedikit sebanyak bagaimana dia berjaya keluar dari obesiti walaupun banyak kali berdepan kegagalan.
Ingat walaupun apa jua cabaran anda harungi pasti segala penat lelah usaha itu akan membuahkan hasil juga.
Ikuti perkongsian beliau di bawah;
Asas kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul.
Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya.
Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus.
Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percubaan untuk kuruskan badan tak berjaya sehinggalah mereka putus asa dan menerima keadaan mereka seadanya. Saya tidak menilai orang lain, saya sendiri gagal beratus kali dalam percubaan untuk kurus.
Tapi sekarang kenapa saya berjaya?
Alhamdulillah, pada tahun 2018 saya berjaya capai berat badan normal mengikut piawaian BMI. Saya dah keluar dari status obesiti yang saya pegang selama hampir 20 tahun.
Apa kelainan yang saya buat?
KATA KUNCI ASAS TERPENTING BAGI KEJAYAAN SAYA ADALAH MEMBAIKI DIRI.
Inilah kata kunci ASAS paling penting yang perlu kalian semaikan dalam diri kalian mulai hari ini. Mulai sekarang, tinggalkan impian nak diet dan nak kurus.
Beban yang datang bersama impian nak kurus dan nak diet ni besar. Sebab itu ramai malah 95% mereka yang guna kaedah ini gagal. Bebanan yang kalian tak sedar ini membuatkan kalian mengheret diri kalian ke lurah kegagalan.
Tukar impian kalian, tukar perkataan kalian. Dari nak kurus kepada nak membaiki diri. Kerana dengan perbaiki dirilah kita mampu berjaya dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.
Kenapa perlu ‘membaiki’?
Istilah perbaiki adalah satu proses yang dapat difahami sebagai membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya. Jadi tugas kita ialah membaiki tabiat kita yang salah dan dengan tabiat itu telah menghasilkan kita yang gemuk dan obesiti. Maca mana nak buat?
Saya terangkan secara detail apa yang kalian kena buat, kerana saya sememangnya nak kalian rasa apa yang telah saya rasa, iaitu kemenangan mengatasi diri sendiri.
2 perkara asas kalian wajib baiki.
1. MAKAN
– Individu yang besar hakikatnya mempunyai tabiat makan yang tidak baik. Jangan menafikannya, kita besar sebab kita makan ikut suka. Kita bertambah tambah dan menikmati segala macam makanan tanpa had dan tak kira masa.
– Jadi perbaiki tabiat makan kalian. Bermula dari hari ini, sedikit demi sedikit baiki tabiat makan kalian yang salah.
Bermula dengan buang gula dalam minuman kalian, makan ikut keperluan dan bukannya nafsu. Banyakkan makan makanan semulajadi dan kurangkan makan makanan terproses. Itu sahaja, bukan susah dan bukan perlu tinggal terus McD, kfc, kek dan aiskrim, cuma kurangkan.
2. MALAS
– Saya masih ingat semasa saya obesiti, remote tv yang jaraknya 2 langkah dari saya pun saya malas nak ambil sendiri. Lebih rela panggil anak dari ruang tamu dibawah untuk ambilkan remote tv. Dua tiga hari lepas saya tengok seorang jiran saya yang obesiti, dia dengan motosikal sampai depan rumah lalu di hon beberapa kali dengan kuat. Saya pada mula ingatkan pagar berkunci, tapi saya lihat anaknya keluar lantas membuka pagar tanpa membuka kunci pun. Saya teringat peel perangai saya dulu. Macam tulah, nak turun motor dan buka sendiri pun malas. Dasar pemalas! Hinggakan menyusahkan orang lain.
– Perbaiki malas kalian, belajar dan buat sendiri apa yang kalian inginkan. Nak minum air, dari melaung mintak isteri buatkan, kalian bangun dan buatkan sendiri, bukan susah. Lagipun isteri kita dah banyak kerja yang nak dia lakukan.
Perbaiki tabiat malas kalian, ini wajib jika kalian nak berjaya turunkan berat badan. Dengan membaiki tabiat ini kalian akan sedar dengan sendirinya bila tiba masa kalian akan rajin.
Apa bila sudah rajin dan malas dapat kalian atasi maka bermulalah fasa bersenam. Ianya juga satu proses membaiki diri. Mungkin cubaan pertama berjoging sebagai contoh, kalian tak mampu lagi, hanya berjalan santai untuk 1 km itu pun dah tercungap dan sakit sakit badan. Perbaiki hari demi hari, mungkin sebulan kemudian baru kalian mampu berjalan cepat dan insyaallah dalam masa 4,5 bulan kalian boleh berjoging 1 km tanpa henti.
Saya sendiri ambik masa setahun untuk mampu berjoging 6km tanpa henti, dan percayalah ianya bermula dengan berjalan santai keliling rumah sahaja pada mulanya. Ingat, kata kunci untuk berjaya dalam penurunan berat badan adalah membaiki diri sendiri. Jadi saya sarankan kalian yang baru nak bermula, atau dalam proses penurunan berat badan apply teknik ini.
Saya berani jamin 100% inilah teknik paling betul dan pasti berjaya jika kalian amalkan. Saya doakan artikel ini mampu memberi pemahaman dan sekaligus kalian nampak sesuatu yang bermanfaat lansung mengamalkannya.
Sudi juga kiranya kalian share, atau tag orang yang kalian nak tengok mereka memperbaiki hidup mereka dengan keluar dari belenggu Obesiti.
Terima kasih sudi membaca sampai habis. Oh ya, berapa kali dah kalian punya cubaan untuk kurus?
—————————————–
Semoga perkongsian dari Mohamad Faizal di atas mampu memberikan inspirasi terutamanya buat anda yang dalam proses ingin menurunkan berat badan. Walapun cabaran, dia harungi dengan jayanya. All the best!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik seperti video di bawah.