Liang pori wajah terbuka biasanya akan mengundang masalah seperti bintik hitam, bintik putih ataupun jerawat.
Selain menggunakan skrub, anda boleh amalkan banyak petua untuk menghilangkan masalah ini dengan bahan semula jadi yang murah dan mudah dari dapur.
Petua menghilangkan bintik hitam dan putih ini boleh diatasi dengan menggunakan sembilan bahan murah yang mudah didapati di dapur.
1. AIS
Meningkatkan pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
3. PUTIH TELUR
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Ads
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
4. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
5. SODA BIKARBONAT
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
Ads
6. JUS LEMON
Mengurangkan bukaan pori, mengatasi bintik hitam dan mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
7. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.
Ads
8. YOGURT
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
9. OAT
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
LAKUKAN SECARA KONSISTEN
Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.
Dengan mengamalkan petua mengatasi bintik hitam dan putih ini serta menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!
Ramai yang sering mengabaikan pemakaian sunblock kerana menganggap ia tidak penting. Seperti juga produk penjagaan wajah yang lain, sunblock penting sebagai fungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.
Menyedari bahawa ada pengguna yang pening kepala berdepan dengan masalah lambakan sunblock di farmasi, seorang pengguna Facebook bernama Herry Rozular sudi berkongsi jenis dan kegunaan sunblock untuk kulit serta badan. Paling best, sunblock ini boleh didapati di drugstore sahaja dengan harga mampu milik.
Jenis dan sunblock yang ada dekat drugstore!
Pening kan banyak sangat2 ada n sampai rasa takyah pakai la. Ish kena pakai tu kalau tak nak jeragat muncul ? Berdiri depan rak tu adoi entah mana satu nak ambik kann, last2 tak beli sbb takut salah beli. Nah rujuk gambar bawah ni. Tiap satu gambar dah ada caption so tengok okay ? semoga bermanfaat ?
1. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+
Tekstur dia tak melekit n boleh dijadikan makeup base so nnt make up nampak smooth. Mengandungi Royal Jelly, Hyaluronic Acid dan Mix Citrus Essence sbagai bahan pelembap utk skin nmpk moist n hydrated.
Yang ni sweat n water resistant ya ( kalis peluh n air so jangan lupa remove pakai makeup remover ye ! ) all skin types boleh pakai.
Kegunaan: Muka dan badan
Berat: 50gram
2. Biore UV Aqua Rich Watery BB SPF 50+ PA++++
Yang ni pun sama, non-greasy n non-sticky texture n boleh dijadikan makeup base jgk utk make up nampak smooth tp dia ada warna iaitu warna Beige so mcm pakai foundation jgk la dia ni. Yang rasa skin kusam n nk instant nampak skin cerah ambik yang ni ye.
Pun sama mengandungi Royal jelly, Hyaluronic Acid n Mix Citrus Essence utk melembapkan skin. Yang ni pun kalis air n peluh so nnt kena remove pakai makeup remover ya sayang.
Yang ni sama je ada rumusan Royal Jelly, Hyaluronic Acid n Mix Citrus Essence cuma extra dia, dia diformulasi dengan Chamomile extracts utk menghalang munculnya melanin yang menyebabkan skin gelap serta dia boleh prevent jeragat keluar ! All skin types boleh.
Yang ni pun sama dia kalis peluh dan air so pakai remover utk buang. Actually semua sunblock kena buang pakai make up remover. Saja pesan banyak2 kali tkt ada tak tahu hehe.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 33 gram
4. Biore UV Bright Face Milk SPF 50+ PA++++
Yang ni special sikit ya. Dia ada fungsi pores corrector dengan ‘pinkish colour correction’ utk buatkan pores kurang kelihatan n instantly brighten skin biar nampak fresh n natural. All skin types boleh.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 30ml
5. Biore UV Perfect Face Milk SPF50+ PA++++
Yang ni dia instantly matte ( sesuai utk oily skin ) sebab dia ada sebum absorbing powder so skin kekal fresh n nmpk tk berminyak. Jugak bleh dijadikan make up base ? normal to oily skin boleh pakai tapi paling sesuai Oily.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 30 ml
6. Biore UV Perfect Milk SPF50+ PA++++
Yang ni Biore kata sesuai utk outdoor activities ( bersukan ke, jenis mmg kerja terpaksa berpanas ke, ambik this one )
Yang ni pun kalis air n kalis peluh. Nak solat tu pandai2 la ya buang dulu hehe. All skin types n oily pun sesuai.
Kegunaan: Muka dan badan
Berat: 40 ml
7. Biore UV Color Control CC Milk
3 dalam 1, UVA & UVB protection, Instant Coverage n nourishing skin. Yang ni orang skin oily sesuai jgk sbb dia ada oil absorbing powder utk long lasting oil control n tlg make up stay lama kat wajah.
Kegunaan: Muka sahaja
Berat: 30 ml
8. Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel
Mengandungi Arbutin utk lawan dark spots so skin kekal cerah dan bersih. So if nak extra protection sambil n rawat jeragat go with this one jgk ye.
Kegunaan: Muka dan Badan
Berat: 80 gram
9. Sunplay Skin Aqua UV Watery Gel
Sesuai utk oily skin. Sbb dia watery light texture. Ada jugak vitamin C utk tlg bantu melawan dark spots. Dalam ni jgk ada Aloe & Portulaca Extract utk bantu skin lawan radikal bebas.
Kegunaan: Muka dan Badan
Berat: 80 gram
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mencukur bulu badan adalah rutin yang biasa bagi kebanyakan orang, terutamanya bagi lelaki yang ingin mengekalkan kulit yang licin dan bersih.
Namun, masalah seperti luka kecil, kulit kering, dan rasa sakit sering mengganggu proses mencukur. Jangan risau! Dengan teknik dan alat yang betul, anda boleh mencukur dengan selamat tanpa rasa sakit dan mendapatkan hasil kulit yang licin seperti sutera.
1. Pilih Alat Cukur yang Berkualiti
Langkah pertama untuk mencukur tanpa luka ialah memilih alat cukur yang berkualiti. Gunakan pisau cukur dengan bilah yang tajam dan reka bentuk ergonomik. Pisau cukur yang tumpul boleh menyebabkan iritasi dan memaksa anda menekan lebih kuat, yang meningkatkan risiko luka.
Tip: Tukar bilah pisau cukur secara berkala, terutama jika ia sudah kelihatan berkarat atau tidak tajam.
2. Bersihkan Kulit Sebelum Mencukur
Sebelum mencukur, pastikan kulit anda bersih. Gunakan air suam untuk membuka pori-pori dan melembutkan bulu. Langkah ini membantu mengurangkan rintangan ketika mencukur dan menjadikan prosesnya lebih selesa.
Bonus: Skrub ringan sebelum mencukur boleh menghilangkan sel kulit mati, menjadikan hasil cukuran lebih licin.
3. Gunakan Krim atau Gel Cukur
Krim atau gel cukur adalah kunci untuk mengurangkan geseran antara pisau cukur dan kulit anda. Ia membantu pisau meluncur dengan lancar dan mengurangkan risiko luka atau iritasi. Elakkan mencukur dengan kulit kering kerana ini adalah penyebab utama luka.
Tip: Pilih produk cukur yang sesuai dengan jenis kulit anda, sama ada untuk kulit sensitif, kering, atau berminyak.
4. Teknik Cukur yang Betul
Pastikan anda mencukur searah pertumbuhan bulu terlebih dahulu, terutama jika kulit anda sensitif. Walaupun mencukur melawan arah pertumbuhan bulu memberikan hasil yang lebih dekat, ia boleh menyebabkan iritasi dan bulu tumbuh ke dalam (ingrown hair). Jangan menekan pisau cukur terlalu kuat; biarkan bilah yang tajam melakukan kerjanya.
5. Melembapkan Kulit Selepas Cukur
Selepas mencukur, basuh kawasan tersebut dengan air sejuk untuk menutup kembali pori-pori. Kemudian, sapukan pelembap atau losen bebas alkohol untuk menenangkan kulit dan mencegah kekeringan.
Bonus: Gunakan produk yang mengandungi aloe vera atau chamomile untuk menenangkan iritasi.
6. Elakkan Kesilapan Biasa
Mencukur terlalu cepat: Luangkan masa dan jangan tergesa-gesa.
Menggunakan pisau cukur lama: Pisau yang tumpul lebih cenderung menyebabkan luka.
Tidak membersihkan alat cukur: Pastikan pisau cukur sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan.
Mencukur tanpa luka dan rasa sakit sebenarnya mudah jika anda mengikuti langkah yang betul. Dengan penjagaan yang konsisten, kulit anda bukan sahaja licin tetapi juga sihat dan bebas iritasi. Jadi, ubah rutin mencukur anda hari ini untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Eh.. tadi pagi test macam muat. Kenapa balik rumah petang ni kasut yang kita beli ni tiba-tiba rasa ketat ek?”
Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini? Kalau pernah, ketahuilah bahawa anda sudah terbeli kasut pada waktu yang salah.
4 waktu sesuai beli kasut
Ramai orang tidak tahu bahawa ada waktu-waktu tertentu dan sesuai untuk anda membeli kasut.
Iyalah, kasut bukan sekadar dipakai untuk melindungi kaki malah untuk menampakkan anda lebih bergaya.
Namun sebagai seorang lelaki maskulin dan pengguna yang bijak, ini antara waktu yang perlu anda ambil tahu kesesuaiannya untuk membeli kasut :
1. Beli kasut pada waktu petang atau malam
Waktu yang paling sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang atau pada waktu malam. Urat kaki dan otot ketika itu sedang membesar dan menjadi lebih aktif. Anda tidak digalakkan membeli kasut pada waktu waktu pagi kerana ukuran kaki menjadi lebih kecil pada masa tersebut. Nampak remeh tetapi sangat penting. Bukan apa, takut try sewaktu di kedai pada waktu pagi nampak OK tetapi bila sampai rumah waktu petang, sempit pula.
2. Hujung minggu atau cuti umum
Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang sesuai untuk shopping di pusat membeli belah. Anda punyai banyak masa untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dengan lebih selesa. Minta bantuan pekerja kedai sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis “running shoes”. Perlu diingatkan juga anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda.
3. Musim perayaan
Kasut merupakan antara item terpenting selain baju serta aksesori lain dan promosi musim perayaan tak kurang hebatnya terutamanya di pusat-pusat beli belah. Pada musim Perayaan seperti Tahun baharu Cina tidak lama lagi, sudah tentulah sneakers, loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50% – 70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti. Risau kasut yang dijual adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula-mula dikeluarkan dahulu.
4. Beli semasa cukup duit
Bunyinya memang agak cliche tetapi sesetengah shoppers memang sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Biarlah lama mana mengumpul, asalkan hati puas hati dan bukannya mencuri. Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.