Kalau ikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan netizen adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.
Jangan ingat kereta anda nampak bersih, ia bebas daripada kehadiran lipas. Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta anda.
Oleh itu untuk pastikan kereta anda betul-betul bebas daripada lipas, anda boleh cuba petua perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan Abuyat Sakoora ini.
Semoga petua ini berjaya mengatasi masalah lipas dalam kereta anda. Selamat mencuba!
Pak Jamel jumpa resipi ni dalam FB, alhamdulillah menjadi! Sekarang dah x jumpa lagi dah lipas-lipas bermaharajalela dalam kereta. Kalau x, buka ja pintu ewah. Bersenang-lenang depa dok atas seat, atas stereng, kat tingkap. X hormat langsung dengan tuan keta? Nah hambik kau. Hasil tangkapan memuaskan. Sapa ada masalah yang sama macam kami, boleh try resipi di bawah.
Salah satu petanda biasa yang boleh kita perhatikan ialah apabila berlakunya perubahan ada ada keluarnya bunyi tidak sepatutnya. Ini terutamanya apabila kereta sedang dibawa. Jika bunyi yang tidak patut dan pelik keluar makin kerap itu bermakna anda perlu sediakan poket yang lebih tebal.
Untuk mengelak kereta berdepan kerosakan lebih serius anda perlu kenal pasti beberapa jenis bunyi yang keluar. Kalau ada bunyi pelik dan lain dari kebiasaan periksalah dengan segera ya.
Berikut MASKULIN kongsi beberapa jenis bunyi perlu anda risaukan.
KETUKAN PADA BAHAGIAN TAYAR
Jika ketika memandu anda mendengar ada bunyi seakan ketukan pada bahagian tayar itu mungkin berpunca dari kerosakan atau masalah spring penyerap hentakan atau absorber. Ketahuilah bahawa absorber yang tidak berfungsi dengan baik boleh menjejaskan kawalan kereta setika pemanduan.
GESERAN KETIKA BREK DITEKAN
Ini antara jenis bunyi perlu diberikan perhatian khusus. Kebiasaannya bunyi geseran yang berlaku ketika brek ditekan membawa maksud brake pad sudah semakin menipis. Ia juga menandakan brek anda mungkin berdepan masalah kegagalan berfungsi kerana cengkamannya sudah menyusut dan boleh membawa bahaya.
BUNYI SEAKAN SIULAN KETIKA MEMBELOK
Apabila membelok di jalan selekoh ia mengeluarkan bunyi nyaring geseran seakan siulan. Ini mungkin berpunca dari masalah bearing tayar atau mungkin juga pada timing belt. Apa-apa pun kedua-duanya pun boleh membahayakan pemanduan anda. Pergilah ke bengkel dengan segera untuk lakukan diagnosis lebih terperinci.
NYARING DARI BONET DEPAN
Tidak lain tidak bukan besar kemungkinan ia berpunca dari masalah timing belt. Jika putus ia boleh menyebabkan kerosakan yang mampu buat anda sakit jiwa! Ia perlu dibaiki segera kerana timing belt merupakan komponen kawalan sistem asas kenderaan. Rosak timing belt bermakna tersadailah kereta.
EKZOS MENGERAM KUAT BILA MEMECUT
Ketika melakukan pecutan lebih laju ada bunyi kuat dari bawah ekzos. Usah diabaikan kerana mungkin ia berpunca daripada masalah kebocoran pada ekzos. Kebocoran seperti ini cukup bahaya kerana boleh menjadi punca kepada pencemaran karbon monoksida kepada penumpang di dalam kereta. Pergilah baiki dengan segera sebelum bocor itu makin teruk.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dengan motor, anda boleh bergerak sedikit bebas dan masih boleh tiba di destinasi yang hendak ditujui walaupun ada kalanya, golongan riders sering terdedah kepada bahaya.
Lebih menyeronokkan, kalau berdepan dengan jalan raya yang sesak, anda dengan sebegitu mudahnya boleh ‘mencilok’ ke sana ke mari untuk meneruskan perjalanan.
Namun begitu, ada satu perbahasan turun-temurun sering timbul kepada mereka yang ingin dan sedang merancang untuk membeli motor baharu.
Persoalan itu adalah apa yang lebih penting? Design yang lawa dan seksi atau spare partnya mudah dicari di mana-mana kedai baik pulih motorsikal jika berlaku kerosakan?
Menurut pandangan penulis, perbahasan ini akan menjurus kepada persoalan-persoalan lain seperti apa tujuan sebenar anda untuk membeli motor tersebut?
Selain itu, berikut adalah soalan-soalan lazim yang perlu anda tepuk dada, tanya diri terlebih dahulu untuk mengenal pasti bakal ‘buah hati’ baharu anda itu :
1) Berapa jauh motor ini boleh pergi dalam KM/jam?
2) Spare part dia ada banyak atau tidak?
3) Berapa harganya?
4) Maintenance pula bagaimana?
5) Minyak dia kuat tak?
Untuk kesemua jawapan itu, ia memiliki pelbagai persepsi yang tersendiri namun apa yang boleh dikongsikan,jika anda membeli motor yang design lawa tetapi sukar cari spare part :
a) Jika motor rosak, anda terpaksa tanggung kos baik pulih yang agak tinggi
b) Pergilah ke kedai motor mana pun, mereka akan geleng kepala dan cakap, “Ini spare part mau kena order dulu maa..”
c) Motor terpaksa ‘berkampung’ dalam bengkel lebih lama daripada biasa.
Jika cari motor yang designnya boleh tahan tetapi ada banyak spare part :
a) Kos baik pulih lebih murah
b) Pergilah ke mana-mana sekali pun, setiap bengkel ada menyediakan spare part yang anda kehendaki
c) Motor dapat dibaiki dengan lebih cepat dalam erti kata lain, hari itu juga boleh siap!
Apa-apa pun, Maskulin menegaskan pembelian motor baharu ini sebenarnya terpulang kepada apa hajat anda.
Adakah untuk merempit (bawa laju-laju), menjadikan pengangkutan ke tempat kerja, untuk mengangkat barang, kerana limited edition dan anda sememangnya pengumpul motor atau gemar mengikut trend terkini? Semua terpulang kepada anda.
P/s : Tepuk poket, pulas enjin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Generasi baharu Honda Accord kini sedia dipasarkan ke pasaran Amerika Syarikat. Negara Uncle Sam itu baru sahaja melancarkan generasi ke-10 Honda Accord.
Model sedan segmen-D itu lebih lebar, walaupun jarak roda dipanjangkan tetapi bahagian badan lebih pendek dengan garisan bumbung yang rendah.
Seperti apa popularnya model berkenaan? Untuk makluman, secara purata sebanyak 13 juta Honda Accord dijual di Amerika Syarikat sejak 41 tahun lalu. Ini bermaksud Accord akan terjual setiap dua minit.
Ini menjadikan pembaharuan semula Accord adalah satu cabaran besar. Di sini, penulis senaraikan sembilan perkara yang perlu anda ketahui tentang Honda Accord 2018:
ENJIN LEBIH KECIL
Honda menggantikan enjin 3.5 liter V6 dengan 2.0 liter pengecas turbo 4-silinder daripada enjin Civic Type R. Tetapi jangan terlalu teruja bahawa Accord lebih maniac seperti Type R. Accord akan menerima inersia turbo rendah yang berbeza.
Terdapat juga enjin 1.5 liter turbo petrol iaitu enjin sama yang digunakan pada model Civic. Enjin 1.5 liter menggantikan enjin 2.4 liter aspirasi semulajadi (NA).
Versi Hibrid turut ditawarkan menggunakan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson bersama sistem dua motor hibrid yang dikemas kini. Bahagian bateri dan modul kawalan diposisikan di bahagian bawah lantai but bagi mengekalkan ruang kargo dan membolehkan kerusi barisan kedua dilipat.
TRANSMISI 10-KELAJUAN
Honda mengesahkan Accord generasi ke-10 adalah model pertama pacuan depan yang digabungkan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Transmisi tersebut akan dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo. Manakala, transmisi CVT ditawarkan pada versi 1.5 liter.
Bagi pengguna yang menginginkan keseronokkan pemanduan, Honda masih terus menawarkan transmisi 6-kelajuan manual. Walaupun pilihan pemanduan manual berkenaan tidak begitu popular.
VERSI COUPE DIMANSUHKAN
Oleh kerana Accord coupe hanya menyumpang kepada empat peratus jualan di Amerika Syarikat, Honda menamatkan tawarkan versi coupe.
LEBIH BANYAK CIRI PERALATAN
Skrin sentuh hiburan lapan inci dipadankan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara, sistem telematik HondaLink diperbaharui dengan ciri bantuan tepi jalan, membuka dan mengunci jarak jauh serta menghidupkan enjin, diagnostik jarak jauh dan pengesan apabila kenderaan dicuri dan geofencing.
Lebih menarik Honda Sensing ditawarkan standard bagi kesemua varian.
DIMENSI BERUBAH
Accord versi 2018 lebih lebar, pendek dan rendah. Bahagian jarak roda meningkat sebanyak 2.16 inci bagi menawarkan ruang kabin lebih lapang.
Walaupun jarak roda bertambah, panjang keseluruhan Accord lebih pendek 0.39 inci dan ketinggian sedan dikurangkan sebanyak 0.6 inci. Kedudukan kerusi juga agak rendah bagi menawarkan ruang kepala dan bahu lebih lega.
Bahagian kerusi belakang diposisikan sedikit ke belakang bagi memberikan ruang tambahan 1.9 inci pada bahagian kaki. Ruang but belakang juga meningkat.
KETEGARAN BADAN DIPERTINGKATKAN
Penggunaan 54.2 peratus keluli kekuatan tinggi menyumbang kepada pengendalian tajam Accord. Ia juga mengurangkan berat badan Accord selain meningkatkan ketegaran. Pengurangan berat Accord di antara 50 sehingga 80kg (bergantung kepada varian).
Rekaan semula topang MacPherson pada bahagian depan menawarkan pengendalian lebih baik. Manakala bahagian belakang juga didatangkan dengan suspensi multilink baharu. Lebih menarik, buat pertama kali Accord ditawarkan dengan penyerap hentak adaptif.
DUA MOD PEMANDUAN
Accord didatangkan dengan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Sport. Mod berkenaan akan mengubah pengendalian stereng, kotak gear dan pemetaan pendikit serta suspensi bagi menawarkan pemanduan santai dan sporty mengikut mod pilihan.
PILIHAN VARIAN
Accord 1.5L: LX, Sport, EX, EX-L, EX-L Navi dan Touring.
Accord 2.0L: Sport, EX-L, EX-L Navi dan Touring.
Accord Hybrid: Hybrid, EX, EX-L, EX-L Navi, dan Touring.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.