Tidak lama dahulu MASKULIN pernah menampilkan artikel tentang lelaki ini yang dikatakan nampak lebih 20 tahun dari usia sebenarnya. Hinggakan artikel tersebut mendapat jumlah perkongsian yantg cukup banyak kerana ramai tertanya-tanya apakah petua yang diamalkannya?
Lelaki dari Singapura yang dikenali dengan nama Chuando Tan merupakan seorang jurugambar, pengarah artistik dan pempegaruh yang telah beberapa kali tular di laman media sosial kerana penampilan awet mudanya.
Bukan hanya wajahnya yang nampak awet muda tetapi begitu juga bentuk badannya yang tegap.
Bahkan mampu membuatkan lelaki yang jauh lebih muda berasa segan dengan penampilannya yang bukan sahaja kacak tetapi memiliki tubuh badan diidamkan ramai.
Kini berusia 58 tahun, Chuando Tan pernah bergelar sebagai seorang peragawan sekitar tahun 1980-an dahulu.
Malah dia cukup pernah berjinak-jinak dengan bidang nyanyian pada era 90-an. Namun kemudian mengalihkan minat kepada bidang fotografi dan seni arahan artistik.
Menurut laporan dari South China Morning Post, Chuando membuka laman Instagramn kira-kira 10 tahun lalu untuk studio ditubuhkannya bersama rakan fotografi, Frey Ow dikenali dengan nama ChuanDo & Frey.
Selepas memuat naik fotonya, mereka menjadi tular dan segera mendapat perhatian ramai. Bahkan sehingga hari ini akaun Instagram tersebut mencecah lebih 1.5 juta pengikut.
Walaupun terdapat pelbagai spekulasi tentang penampilannya yang jauh nampak lebih muda, ramai memuji rejim latihan, senaman dan diet yang diamalkan. Hinggakan warganet sering meminta petua daripadanya menerusi pelbagai ruangan komen di laman media sosial.
Petua pertama yang paling penting baginya ialah pemilihan makanan. Baginya, 70 peratus penampilan fizikal dan kesihatan mental boleh dipengaruhi oleh diet harian. Selain itu, aktiviti fizikal seperti senaman jufga memainkan peranan cukup besar.
Bagi sarapan pagi, kebiasaannya Chuando akan mengambil sebanyak enam biji telur rebus. Daripada enam biji tersbebut dia akan buang dua bahagian telur kuning kerana ingin menjaga tahap kolesterol. Sekali-sekala dia turut sertakan potongan avokado bersama beri.
Untuk makam tengahari atau malam pula dia lebih cenderung untuk makan nasi bersama ayam berserta sayuran yang dibakar dan juga kuah sup ikan.
Manakala untuk ‘rewards’ diri, sekali-sekala dia akan makan aiskrim. Minum air kosong juga merupakan amalan yang sering diamalkan dengan sama sekali mengelak kopi atau teh.
Apabila ditanya tentang apakah jenis makanan yang paling tidak boleh ditinggalkannya, dia menjawab, “Protein, kerana ia sumber makanan penting untuk pastikan kesihatan manusia.
Jika dia terpaksa memilih hidangan kegemaran, Tan akan memilih hidangan dengan beberapa bentuk protein dan sayur-sayuran dalam sup jernih.
Pilihan itu menekankan komitmennya terhadap diet seimbang, mengutamakan nutrien yang menyokong daya hidup dan umur panjang.
Tak sah rasanya petua awet muda tidak setakam rutin senaman yang baik. Menerusi perkongsian di laman media sosial, Chuando berkata rutin senaman yang tetap sangat penting.
Dia melakukan senaman kompaun biasa dengan bebanan. Squats, lunges, bench press dan pull-up berfungsi berbilang kumpulan otot pada masa yang sama.
BACA: Rahsia Lelaki Singapura Berusia 56 Tahun Ini Tampil 20 Tahun Lebih Muda
Kajian menunjukkan rutin masa yang berkesan ini membantu membakar lebih banyak kalori, memperbaiki dan membina koordinasi antara otot, menguatkan teras dan membina jisim otot.
Rejimen kecergasan Chuando juga menyasarkan latihan kekuatan, tiga atau empat sesi setengah jam seminggu. Dia juga melakukan treadmill berjalan pantas dan berenang hampir setiap hari.
Dia mengambil suplemen vitamin C, “kerana ia adalah antioksidan yang kuat yang memainkan peranan penting dalam membaiki dan meremajakan badan kita”, tambahnya laginya.
Selain dua faktor pentind di atas dia turut berkongsi bagaimana pentingnya untuk mendapatkan cahaya matahari memadai dengan dengan membenarkan sintesis vitamin D.
Dia turut menegaskan hubungan baik dengan orang-orang terdekat juga sangat baik. Mempunyai hubungan sosial yang baik boleh memberikan kesihatan mental dan sekali gus fizikal yang mantap.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: SMCP